Penerangan Lengkap Bagaimana “Stop Loss” berfungsi (depth of market )





   Bahagian ini akan menerangkan bagaimana stop loss trader boleh memberi kesan kepada pergerakan harga di dalam pasaran. Perlu difahami bagaimana stop loss itu adalah market order kepada broker. Sila pahamkan contoh di bawah.


"Trader A membuat buy order di price RM100 dengan kuantiti 200unit ,dan Trader A meletakkan harga RM95 sebagai stop loss .Ini bermakna, jika price hit stop loss Trader A di RM95. Trader A akan keluar dari pasaran serta merta.Trader A menggunakan Broker Z sebagai medium untuk melakukan transaksi ini.
Hakcipta "



 Dari pemerhatian penting dan apa yang berlaku di sudut kedudukan broker adalah: 

1) Stop loss di RM95 itu adalah sell order untuk broker 

2) Ini bermakna, apabila harga mencapai RM95 . Broker bertanggungjawab untuk mengambil posisi kita dan mereka akan membuat sell order di dalam market. Sell order sebanyak 200unit ini lah yang akan membawa harga jauh ke bawah jika tiada yang dapat memenuhi 200unit ini.

3) Bayangkan jika stop loss (sell order) itu banyak??? Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan antara penjual dan pembeli yang sangat ketara.

 4) Kedudukan Stop Loss ini juga akan memberi peluang kepada pemain lain untuk mengambil kesempatan pada kedudukan harga yang lebih menarik minat mereka.

Mengapa hal ini penting untuk difahami?? Perlu diingat, jika terdapat banyak stop loss trader daripada semua trader . Stop loss itu boleh digunakan oleh pemain utama(big player) untuk mendapatkan harga yang mereka mahu. Erti lain, mereka boleh mendapatkan premium atau discount price dari pasaran



KESIMPULAN

Perlu difahami bahawa , apabila kita melihat market. Selalu lihat di mana kebarangkalian tinggi untuk trader meletakkan stop loss.  Perlu juga di ingat, peletakan stop loss adalah bergantung kepada apa yang mereka percaya. Salah satu penyebab adalah mereka melihat price action, indicator dan dan sebagainya. Di sini kita boleh memanipulasi semula di mana stop loss trader dan berfikir sebalik nya.  Dan jika melihat market, selalu fikir, where the stop loss trader?? Sebab di situ lah entry terbaik untuk big trader melakukan keputusan untuk memasuki pasaran. KERANA STOP LOSS ITU MEMBERI KELEBIHAN KEPADA SMART MONEY UNTUK MENJUAL/MEMBELI PADA HARGA YANG TERBAIK bagi mereka. Selain dari itu, kesan Stop Loss sangat besar terhadap pergerakan harga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :