Standard Bollinger Band (Upper Band dan Lower Band)





    Bollinger band adalah satu alat(tools) yang diasaskan oleh John Bollinger pada tahun 1980. Mengikut definasi Bollinger Band yang ditulis dalam ebook beliau iaitu Bollinger on Bollinger Band menyatakan, Bollinger Bands are bands drawn in and around the price structure on a chart. Their purpose is to provide definition of high and low(John Bollinger,2001)

Bollinger band menyatakan bahawa Bollinger band dilukis di dalam dan di luar harga dan berhapirang dengan kedudukan harga. Tujuan Bollinger Band adalah untuk memberi definasi tinggi harga(high) dan rendah(low). Harga yang menghampiri upper band adalah high, dan harga menghampiri lower band adalah low. Berikut adalah asas kepada pembentukan Bollinger band dimana menggunakan sample harga untuk mencari definasi high dan low.

Berikut adalah standar asas mathematical formula bagi Bollinger band yang menggunakan sample 20period.

Upper band=Middle band+2 standard deviation Middle band=Moving average 20 (MA20) Lower band=Middle band – 2 standard deviations

Apakah tujuan menggunakan Bollinger Bands?

 Bollinger band dapat mengukur perubahan siri harga atau volatility berdasarakan standard deviation. Ini bermaksud perubahan dalam satu siri harga dalam dikesan sama ada sedang menaik atau sedang menurun(increasing or decreasing). Band yang terbina mengembang apabila perubahan mendadak pada harga berlaku(volatility increase) dan dalam kedaaan mendatar apabila perubahan harga perlahan(narrow price)


Tujuan utama DOM adalah mecari kawasan harga yang mempunyai POTENSI berlaku nya minat kemasukan pemain utama dalam pasaran(big player). Kita perlu melihat upper,middle dan lower Bollinger bagi mengesan adakah berlaku nya tindakan harga dari pemain pasaran. Hal ini kerana pemain pasaran menggunakan Bollinger Band sebagai satu alat untuk mereka membuat kemasukan order berdasarkan Upper dan Lower Bollinger band. Oleh itu, tugas kita adalah MEMERHATI di DOM sama ada terdapat minat dari kelakuan pemain pasaran(big player) berdasarkan Depth Of Market(DOM).

 Kita boleh menggunakan apa-apa timeframe tetapi perlu menggunakan Standard Bollinger Band(Period-20) bagi mencari tindakan harga berdasarkan sentuhan harga pada Upper Band atau Lower Band.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :