STOP ORDER







Stop order adalah arahan kepada broker apabila posisi trader yang sudah di isi(fill) dan meletakkan di harga tertentu untuk keluar dari pasaran jika harga bergerak melawan arah. Stop Order juga dipanggil sebagai STOP LOSS. Trader menggunakan stop order untuk mengurangkan risiko apabila harga melawan mereka.  Sebagai contoh, Trader A telah membeli  Serai pada harga RM 10 dengan kuantiti sebanyak 500 unit. Trader A meletakkan stop loss pada harga RM8 sebanyak 500unit jika harga sampai di RM8. Jika harga Serai jatuh ke RM8, Broker trader A akan “immediately” menjual semua 500unit yang dibeli oleh Trader A tadi. Ini bermakna, Broker tadi perlu mencari “pembeli” untuk mengambil 500unit tadi ATAU broker boleh menyimpan dahulu sebelum menjual dengan harga yang lebih tinggi lagi. Perhatikan bahawa 500unit serai tidak berubah apabila posisi menghampiri harga Stop Loss. 

HUBUNGKAIT ANTARA STOP ORDER DAN KECAIRAN(LIQUIDITY)

• Stop order dapat mengubah kedudukan harga. Harga berubah kerana dominasi salah satu side(buyer atau seller) yang mengawal “demand” yang melebihi kemahuan yang ada ketika itu. 

• Stop order sentiasa menyumbang kepada dominasi satu side(buyer atau seller) untuk melakukan transaksi.

 • Stop order sentiasa “menambah  momentum(kekuatan)” kepada pasaran ketika itu.

  • Trader yang menggunakan “buy stop atau sell stop order” , juga menyumbang kepada momentum ditambah dengan kekuatan stop loss trader. Kombinasi ini akan menyebabkan ketidak seimbangan antara yang mahu membeli dan mahu menjual (demand dan supply)

• Kecairan(liquidity) akan bertambah pada satu harga yang mempunyai banyak Stop Loss. Kecairan (liquidity) ini akan menyebabkan kekuatan dan sentiment pasaran berubah arah.















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :