Trend Pasaran




UPTREND = Cari Peluang BUY sahaja

 Uptrend @ UT adalah “siri KENAIKAN harga yang mencipta High dan Low yang LEBIH TINGGI daripada sebelumnya”. High yang lebih tinggi dilabel sebagai HH (Higher High), manakala Low yang lebih tinggi dilabel sebagai HL (Higher Low). Sila rujuk gambarajah di bawah untuk pemahaman yang lebih jelas.



DOWNTREND = Cari Peluang SELL sahaja


  Definisi bagi Downtrend @ DT pula ialah terbalik daripada Uptrend, iaitu “siri PENURUNAN harga yang mencipta High dan Low yang LEBIH RENDAH daripada sebelumnya”. Ia dilabel dengan LH (Lower High) dan LL (Lower Low). 




SIDEWAYS TREND = Tunggu Retracement Selepas Breakout

 Sideways Trend (SW) pula terjadi apabila price bergerak turun dan naik dalam julat yang kecil (kurang daripada 30 pips). JANGAN ENTER POST KETIKA SW kerana tidak banyak profit yang boleh diperoleh dalam pergerakan sebegini.  Apabila price berada dalam SW, ia menandakan BREAKOUT akan berlaku, iaitu pergerakan drastik yang keluar daripada zon SW sebelumnya. Lebih lama price dalam SW, lebih besarlah breakout yang bakal berlaku! Lihat contoh SW breakout di bawah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :