Contoh money management.
Modal yang dicadangkan $50 usd.
- 1st lot 0.10sen, maka apabila trade anda profit, nantikan retracement ataupun signal buy berikutnya untuk memasuki entry seterusnya.
Pada entry 2nd berikutnya lot anda akan digandakan kepada 30sen untuk 1 lot. Pada 3rd lot seterusnya anda boleh membuka pada nilai 0.50sen hinggalah 1.00$ untuk 1 pips trade.
- Untuk lot pertama, anda boleh membuka 3 lot 10sen
- Setelah trade profit lebih dari 30 pips atau 50 pips ke atas, lot berikutnya adalah 30sen sebanyak 5 lot.
- Lot berikutnya anda boleh gandakan kepada value yang lebih besar.
Ingat, matlamat anda adalah ingin membuat profit sebanyak mungkin berdasarkan sesuatu trend.
Akan tetapi harus ingat, risiko tetap ada dan risiko anda adalah akaun anda bakal margin call jika trading anda gagal.
Untuk trading scalping, anda bebas menggunakan mana-mana timeframe yang anda mahu namun digalakkan menggunakan timeframe 4H kerana sesuatu signal itu akan terhasil selang dari 4 jam bagi sesuatu candle. Signal yang dihasilkan juga lebih tepat berbanding timeframe yang lebih kecil.
Namun jika anda mahir menggunakan ditimeframe 1H, anda boleh menggunakan teknik ini pada timeframe 1H.
Ingat peraturan yang saya nyatakan awal tadi, pastikan anda hanya meletakkan modal yang anda sanggup untuk kerugian sahaja. Ini adalah bertujuan untuk menjaga emosi anda sewaktu trading.
Trading dalam keadaan tertekan dan dalam keadaan tidak sanggup untuk kerugian adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menganggu tumpuan trading anda
Saya doakan kejayaan anda
Latihan berterusan adalah kunci kejayaan.
Ingat, ‘practice always make perfect!
Ingat jadikan blog pip hijau sebagai arkib ilmu forex malaysia dalam bahasa melayu