Analisis Forex Sebelum Memulakan Dagangan




Sebelum memulakan sebarang trade, anda perlu mengenali dan memahami dua jenis analisis iaitu ‘Technical Analysis’ dan ‘Fundamental Analysis’ (Analisis Teknikal dan Analisis Asas).


Analisis Fundamental (Asas) - adalah cara anda menganalisis sesuatu mata wang dari sudut ekonomi, politik, penjualan (import/export), kadar faedah (interest rate) serta bencana alam dan sebagainya yang boleh mempengaruhi kenaikan dan penurunan sesuatu mata wang.


Salah satu contoh mudah adalah seperti Trade deficit (defisit dagangan) dan trade surplus (lebihan dagangan). Trade deficit berlaku apabila sesebuah negara mengimport lebih dari mengeksport. Negara-negara akan mengalami defisit apabila membeli/mengimport produk-produk dari luar dan menjual mata wang mereka secara berlebihan. Ini akan melemahkan ekonomi negara itu sendiri. Oleh itu tindakan perlu diambil untuk menguatkan semula mata wang tersebut. Caranya adalah dengan menaikkan Interest Rate (kadar interest). Apabila data ekonomi yang melibatkan Interest Rate diumumkan, akan berlaku pergerakan mata wang yang aktif dan mengubah trend mata wang tersebut secara drastik


Trade Surplus pula berlaku apabila Export Dagangan Negara melebihi Import. Trade surplus menyebabkan negara menjual/mengeksport produk-produk ke luar negara dengan membeli mata wang asing yang secara tidak langsung akan menguatkan ekonomi negara tersebut.  Oleh itu, untuk mengimbangkan ekonomi, kadar faedah perlu diturunkan dan menjadikan mata wang tersebut lebih stabil.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :