Inverted Hammer / doji / hangin man kefahaman




Inverted Hammer


Bentuk yang agak hampir sama dengan shooting star tetapi inverted hammer (penukul terbalik) ini berbentuk seperti tukul besi. Kebiasaannya, ia muncul pada saat-saat akhir trend akan berubah. Apabila harga rendah dan harga buka adalah sama, Bullish Inverted Hammer terbentuk.

 Bentuk ini dianggap sebagai inverted hammer yang lebih baik berbanding bearish inverted hammer.

 Bearish inverted masih dianggap Bearish walaupun tidak begitu kuat kesannya. Selepas trend menurun yang panjang, bullish inverted akan terbentuk kerana harga tidak lagi mampu bergerak ke bawah.



Hanging Man

Hanging Man adalah salah satu tanda bearish (Jual). Biasanya, paten ini terbentuk di bahagian atas uptrend dan adalah satu amaran bahawa perubahan downtrend berpotensi untuk berlaku.




Doji

Doji adalah candlestick yang tidak memiliki badan. Ia berbentuk palang atau tanda campur.  Doji menunjukkan keseimbangan di antara tekanan Bull dan Bear. Doji ini mungkin menunjukkan perubahan arah ataupun penerusan arah akan berlaku.  Apabila keluar doji, pengesahan dari candlestick yang berikutnya diperlukan.
Ada pelbagai lagi bentuk candlestick yang boleh dipelajari. Hanya beberapa bentuk yang penting sahaja yang dipilih untuk diterangkan di sini. Bentuk-bentuk candlestick di atas mampu memberi petunjuk atau amaran tentang potensi berlakunya perubahan harga.


Post a Comment

0 Comments

Cari info FX di Blog ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...