ISTILAH-ISTILAH (TERMS) UTAMA di dalam F0REX




Istilah Utama

1) Base Currency – Mata wang pertama dalam pasangan mata wang. Ia membandingkan nilai di antara ke dua-dua mata wang dalam pasangan ini.

2) Bear market- Istilah untuk pasaran di mana harga sedang turun (SELL).

3) Broker – ‘Orang tengah’ dalam transaksi anda dengan pasaran Forex

4) Bull market - Istilah untuk pasaran di mana harga sedang naik (BUY).

5) Buy-  BELI atau ASK. 

6) Buy limit - sejenis pending order – arahan tertangguh untuk beli yang hanya akan dilaksanakan apabila mencapai harga yang ditentukan. Urusniaga ini dilakukan apabila harga berada pada tahap lebih rendah daripada harga semasa, dan anda menjangkakan yang harga ini akan retrace dan naik semula. Contohnya harga semasa bagi GBPUSD adalah 1.6300, apabila anda menganggarkan yang trend pasaran akan berubah arah dan akan naik setelah mencapai harga terendah pada 1.6280, maka anda buat pending order BUY LIMIT pada 1.6280.

7) Buy stop – sejenis pending order untuk beli. Di beli pada harga lebih tinggi daripada harga semasa. Contohnya harga semasa bagi GBPUSD adalah 1.6300, apabila anda lihat trend market itu akan naik lagi, maka anda buat pending order BUY STOP pada 1.6320 contohnya. T/P pada harga lebih tinggi daripada 1.6330 contohnya.

8) Close – bermaksud post/urusniaga dagangan yang sudah ditutup sama ada dalam keadaan untung atau rugi.

9) Currency Pairs – mata wang yang diperdagangkan dalam bentuk berpasangan seperti USDJPY, EURJPY, GBPCAD, GBPJPY, dan lain-lain.

10)Downtrend – sama dengan istilah BEAR market. Harga sedang menurun.

11)Expert Advisor (EA) – Kaedah menggunakan program berskrip yang juga dipanggil ‘robot’.  Dengan menggunakan kaedah ini, post dibuka atau ditutup secara automatik apabila signal atau teknik memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

12)Hedging – satu teknik yang digunakan untuk melindungi kerugian, contohnya, membuka post SELL untuk mengimbangi post BUY anda yang sedang mengalami kerugian. 13)High – Harga tertinggi untuk sesuatu pair

14)Japanese Candlestick – Satu bentuk carta (chart) yang menunjukkan transaksi mata wang menggunakan penanda berbentuk lilin. Mengandungi harga buka, harga tertinggi, terendah dan harga tutup.

15) Leverage - geran yang diberikan oleh broker kepada trader. Ratio yang biasa diberikan oleh broker adalah 1:100, 1:200, 1:500, 1:1. Contohnya apabila anda mendeposit sebanyak USD1000.00 ke dalam akaun forex anda dan anda memilih ratio leverage sebanyak 1:500, maka duit yang anda trade adalah berlipat kali ganda iaitu  USD1000 x 500 = USD500,000.00.  Kita seolah-oleh trade menggunakan duit sebanyak USD500, 000.00.

16) Long (Buy) – post untuk transaksi BELI apabila trend menaik.

17)Lot -  Ukuran yang digunakan untuk menilai sesuatu urusniaga dagangan forex.

18)Low – Harga terendah untuk sesuatu pair

19)Margin – Dana yang dideposit ke akaun forex bagi menampung sebarang kerugian yang dialami oleh trader jika pasaran bergerak ke arah bertentangan dengan post yang dibuka.

20)Margin call – Permintaan dari broker untuk anda menambah jumlah margin hingga ke tahap yang dapat menjamin kedudukan post yang sedang mengalami kerugian. Penambahan dibuat ke dalam akaun agar margin anda tidak kehabisan.

21)Open – bermaksud post/urusniaga dagangan anda yang masih terbuka sebelum ditutup

22)Overbought – bermaksud pembelian sudah mencapai tahap maksimum. Ia adalah petunjuk bahawa besar kemungkinan trend akan berubaha arah (harga akan turun). Cara yang paling mudah untuk melihat Overbought adalah melalui petunjuk (indicator) seperti RSI, Stochastic, dan William%

23)Oversold - bermaksud penjualan sudah mencapai tahap maksimum. Ia adalah petunjuk bahawa besar kemungkinan trend akan berubah arah (harga akan naik).

24)Pending order – Arahan urusniaga tertunggak yang dibuat, yang hanya akan diaktifkan secara automatic apabila harga semasa mencecah sesuatu harga yang telah anda tetapkan.

25)Pip – Perubahan harga sesuatu mata wang dikira sebagai pip. Contohnya, EURUSD pada harga 1.5800 dan kemudiannya meningkat kepada 1.5810, bermakna ada perubahan harga sebanyak 10pips (1.5810-1.5800=10 pips). Keuntungan dan kerugian anda bergantung kepada bilangan perubahan pips tersebut. 

26)Platform – Perisian (software) yang disediakan oleh broker untuk membolehkan trader menjalankan urusniaga forex serta menguruskan akaun mereka. Contohnya Meta4 atau VT trader.

27)Resistance - Tahap harga tertinggi sesuatu pasangan (pair) untuk satu jangka masa tertentu yang telah dianalisis. Pada tahap harga ini, trend pasaran dijangka akan turun semula.

28)Rollover – sama dengan swap di mana post yang masih aktif (open) berlanjutan ke hari berikutnya (“tergantung”). Kebiasaannya, traders harus membayar ‘rollover fee’ kepada broker dan adakalanya traders akan mendapat ‘rollover fee’ yang dibayar oleh broker, bergantung kepada post yang dibuka.

29)Scalping – kaedah trading yang digunakan oleh trader untuk mengutip keuntungan dalam tempoh-tempoh yang pendek. Traders membuka dan menutup berbilang posts dengan bilangan pip yang kecil contohnya mengutip 5pips atau 10pips pada setiap post yang dibuka.

30)Sell – JUAL atau BID

31)Sell limit – sejenis pending order – arahan tertangguh untuk jualan yang hanya akan diaktifkan apabila mencecah harga yang ditetapkan. Sell Limit dilakukan apabila yakin harga yang sedang naik akan turun semula apabila mencecah satu tahap – harga tertinggi. Contohnya harga semasa bagi GBPUSD adalah 1.6300, jadi apabila anda menjangkakan yang trend market itu akan berubah arah setelah mencapai tahap tertinggi pada harga 1.6330, maka anda buat pending order SELL LIMIT pada 1.6330. T/P pada harga lebih rendah.

32)Sell stop - sejenis pending order. Sell Stop dilakukan apabila yakin harga yang sedang turun akan turun lebih jauh setelah mencecah harga tertentu. Contohnya harga semasa bagi GBPUSD adalah 1.6300, apabila dilihat trend pasaran akan turun  lagi, maka anda buat pending order SELL STOP pada 1.6290.

33)Short – post untuk transaksi JUAL apabila trend menurun.

34)Spot – kaedah trading yang digunakan oleh bank-bank atau institusi kewangan dengan membiarkan satu-satu post  berlanjutan sehingga 6 bulan atau setahun. Untuk melakukan spot trading ini, anda perlu mempunyai margin yang besar untuk menampung pergerakan sesuatu mata wang.

35)Spreads – perbezaan antara harga BUY dan SELL.  Inilah komisyen yang diperolehi oleh broker setiap kali anda buka trade atau post.

36)Stop loss – Tahap kerugian yang ditetapkan sewaktu post dibuka. Kiraan dibuat dengan mengambilkira margin anda bagi mengelak margin call atau post yang ‘tergantung’.

37)Support – Tahap harga terendah sesuatu pasangan untuk satu jangka masa tertentu yang telah dianalisis. Pada tahap harga ini, tren pasaran dijangka akan naik semula.

38)Swap- kebanyakan broker menawarkan interest rate yang dipanggil SWAP. Broker-broker yang mempunyai Islamic account tidak mempunyai SWAP. 

39)Swing – kaedah trading yang digunakan oleh trader untuk mengutip keuntungan dalam tempoh-tempoh jangka panjang. Traders membuka dan menutup post dengan bilangan pip yang besar. Bilangan pip yang ditetapkan mungkin melebihi 50.

40)Take Profit – Singkatannya TP. Harga pada mana post anda akan ditutup setelah mencapai keuntungan yang ditetapkan.

41)Time frame – Tempoh masa pada waktu tertentu

42)Trailing stop – Arahan menutup post berdasarkan jumlah pip yang ditetapkan sebelum tren pasaran bergerak ke arah bertentangan (reverse).

43)Uptrend – sama dengan istilah BULL market. Harga sedang menaik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :