Memilih Broker Forex DAN PLATFORM



Dalam memilih broker-broker forex, anda perlu mencari broker yang boleh dipercayai kerana banyak terdapat broker yang cuma beroperasi untuk menipu atau mengambil kesempatan ke atas trader. Kerap berlaku situasi di mana trader melaburkan wang yang banyak tanpa menyedari yang broker mereka langsung tidak mempunyai apa-apa ilmu dagangan. Wang yang dilaburkan lesap tidak dapat dijejak. Broker begini hanya tahu menyakinkan pelabur untuk menyerahkan wang pelabur kepada mereka dan mengosongkan akaun bank pelabur.

Berikut adalah beberapa tips berguna untuk membantu anda memilih broker:

i) Pilih broker yang berdaftar dengan badan kewangan seperti NFA (National Future Association) atau CFTC (Commodity Futures Trading Commision).  Sekiranya broker beroperasi di UK, broker tersebut hendaklah berdaftar dengan FSA (Financial Service Authority).  Manakala di Indonesia, broker berkenaan mesti berdaftar dengan BAPETI. Kebanyakan broker menjalankan operasi di negara-negara ‘offshore’, maka mereka tidaklah berdaftar dengan mana-mana badan kewangan seperti NFA dan sebagainya. Sekiranya anda memilih broker-boker offshore ini, anda perlu melakukan lebih banyak kajian dan siasatan, seperti membaca ‘review’ atau komen-komen mengenai broker-broker forex di forum-forum seperti http://www.forexpeacearmy.com. Dan jika anda ingin membuka akaun dan mendeposit dana ke dalam akaun-akaun ‘offshore forex’ ini, maka sebaik-baiknya deposit jumlah yang kecil atau minimum dahulu bagi mendapat keyakinan diri dalam berurusan dengan broker forex ini sebelum mendepositkan wang dalam jumlah yang besar. 

ii) Pilih pair yang mempunyai SPREAD yang kecil. Spread yang kecil dari broker biasanya menunjukkan bahawa broker-broker tersebut mempunyai kewangan yang baik berbanding dengan broker-broker yang mengenakan spread yang tinggi. Contohnya, broker yang menetapkan spread untuk pair EURUSD pada kadar 3, dan broker satu lagi menetapkan spreadnya pada 12, maka amat jelas bahawa broker yang mempunyai spread yang lebih besar cuba mengambil kesempatan ke atas pelanggannya atau mencekik darah. Jadi berhati-hati dalam memilih broker forex ini.

iii) Cara-cara memasukkan dana (deposit wang) ke dalam akaun anda. Pelbagai cara disediakan oleh broker untuk memudahkan anda mendeposit wang ke dalam akaun anda.  Sekiranya broker menawarkan cara ‘internet money’ contohnya Liberty Reserve atau Paypal, pastikan anda mengesahkan akaun-akaun LR dan Paypal broker tersebut terlebih dahulu.

iv) Software Trading (Platform) - Kebanyakan broker menyediakan perisian khas yang digelar platform untuk pelanggan menguruskan akaun forex mereka dan melakukan urusniaga trading. Satu contoh platform yang paling mudah digunakan ialah METATrader; contohnya META4. Software ini sememangnya lebih mesra pengguna serta lebih mudah digunakan (‘user friendly’). Pelbagai jenis teknik, dan indicator siap disediakan dalam perisian ini. Bagi trader yang lebih profesional, skrip EA boleh diimport untuk digunakan bersama META4 ini. Sesetengah broker menawarkan dan menyediakan software mereka sendiri, dan ini lebih merumitkan kerana adakalanya fungsi-fungsi platform yang disediakan ini lebih mengelirukan dan tidak mesra pelanggan. Anda mungkin terpaksa meluangkan lebih banyak masa untuk membiasakan diri dengan platformplatform yang kurang mesra pengguna seperti ini.

v) Sekiranya anda tidak mahu menggunakan SWAP atau ROLLOVER seperti yang ditawarkan oleh broker-broker, anda hendaklah mencari broker yang menawarkan akaun mengikut konsep perniagaan Islam.  Sekarang ini, banyak broker-broker besar menawarkan Islamic Account ini.

vi) Anda juga dinasihatkan supaya mencari broker-broker yang menawarkan Mikro Akaun sebagai peringkat permulaan untuk anda ‘berjinak-jinak’ dengan transaksi FOREX. Anda dinasihatkan mencuba akaun demo seberapa lama yang boleh sebelum trade menggunakan akaun sebenar (real account).


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :