Nasihat dari Mak Muda untuk Fresh Graduate



1. Cari ilmu kewangan dan pelaburan. Rajin pergi seminar, baca buku, ber-networking, pergi kelas dan set See First geng influencer financial.


2. Buat simpanan kecemasan 6 bulan gaji. Contoh gaji RM3,000 x 6 bulan = RM18,000 simpanan kecemasan yang kena ada. Bila dah ada, lupakan duit ini. Ingat hanya guna apabila waktu kecemasan sahaja.


3. Wajib ambil takaful untuk perlindungan. Sebab kita ini setiap hari ada je berhadapan dengan risiko-risiko yang bahaya. Kita juga nak lindung harta, aset dan pelaburan kita. Dan kita nak wariskan harta kita bila kita mati nanti, bukannya hutang.


4. Elakkan buat hutang jahat (bad debts) seperti Personal Loan dan Aeon Credit. Maksudnya jangan buat hutang yang tak bantu pon menyelesaikan masalah kewangan kita. Bukan apa, takut jadi beban yang berlarutan dan kesannya berpanjangan!
.

5. Pastikan beli kereta yang harganya tak lebih dari gaji setahun. Guna formula ini ‘harga kereta = setahun gaji’. Contoh gaji bulanan RM2,500 x 12 bulan = RM30,000.


6. Pilih hobi yang tak mahal. Alaa senang je, banyakkan membaca, jogging, menyanyi, main badminton atau main game yang menguji minda kita. Tapi kalau boleh anda pilihlah membaca. Bukan setakat tambah ilmu pengetahuan, dapat tambahkan pahala lagi kalau kita sebarkan ilmu ini pada ramai orang. Kan...

Saya doakan anda semua berjaya suatu hari nanti !!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :