PENGURUSAN KEWANGAN (MONEY MANAGEMENT)





Ingin ditekankan sekali lagi di sini bahawa pelaburan dalam forex adalah pelaburan berisiko tinggi jika anda tidak berhati-hati. Seperti yang berulangkali disebut oleh para penggiat arena forex ini, 95% daripada mereka yang terlibat dalam pelaburan forex akan gagal dan hanya 5% akan berjaya. Sasaran kita adalah untuk berada dalam golongan 5% tersebut. Oleh sebab itu, pengurusan kewangan (Money Management) penting kerana mereka yang berjaya dalam forex ini adalah trader yang pandai mengurus kewangan dalam forex.

Dari sudut pengurusan kewangan, sebelum memulakan trade, anda perlu melakukan perkara-perkara penting berikut:

1. Mengenal pasti risiko dalam trade – keputusan penting yang anda harus buat adalah mengenal pasti risiko yang anda sanggup terima bagi setiap trade. Kebanyakan trader yang berjaya hanya menghadkan 2%-5% kerugian sahaja dari jumlah margin yang ada. Contohnya dengan modal sebanyak usd1000.00, anda menghadkan sebanyak 20 – 50pips sahaja untuk kerugian. Tujuan menghadkan kerugian itu adalah untuk menampung margin yang sedia ada bagi mendapatkan keuntungan dari post-post lain yang dibuka dan menganggarkan keuntungan yang diperolehi dapat menampung kerugian yang dialami.

2. Memahami risiko trade anda, dan tentukan saiz (lot) yang selamat untuk post anda – mengenai risiko trade ini, sebelum memulakan sebarang trade, anda haruslah membuat kiraan pip bagi menentukan pada harga berapa anda perlu menutup dengan kerugian(cut loss) post anda sekiranya arah pergerakan harga tidak menyebelahi anda. Contohnya, setelah mengkaji trend dan membuat analisis teknikal dan fundamental, anda dapati trend semasa adalah menaik (BULL), lalu membuat keputusan membuka post BUY GBPUSD pada harga $1.6200. Malangnya, tidak lama kemudian, mungkin disebabkan anda tersilap tafsir, harga mula menurun (BEAR) dan tanda negatif (-) menemani bilangan pip di terminal anda. Apa yang harus anda lakukan? Pada harga berapakah harus anda tutup post (cut loss) tersebut?  Jawapan bagi soalan ini sebenarnya perlu anda sediakan sebelum anda memulakan trade.

3. Terima kerugian– Anda haruslah bersedia menerima kerugian yang kecil sebelum kerugian anda (-tif) semakin membesar.  STOP LOSS digunakan untuk mengawal kerugian daripada menjadi besar. Apabila menetapkan STOP LOSS, pastikan anda meneliti trend, ranging PAIR yang anda pilih. Pastikan harga tertinggi, tentukan harga terendah sebelum menetapkan STOP LOSS anda. Sekiranya anda menggunakan MODAL yang Kecil, anda MESTI menggunakan STOP LOSS. Jika tidak, anda akan berhadapan dengan Margin Call dan jika ini berlaku, dana dalam akaun anda akan kehabisan atau terlalu kecil untuk membuka sebarang post baru.
Secara dasarnya apa saja analisis yang anda gunakan sama ada teknikal, fundamental, astrologi, atau pun secara menembak di dalam gelap, anda tidak boleh membuka post tanpa mengetahui pada harga berapa anda harus keluar (exit) dari trade tersebut.
Kepentingan menggunakan STOP LOSS adalah teramat JELAS kerana sekiranya anda mengalami kerugian, anda masih lagi berpeluang membuka post lain dan cuba mengumpul keuntungan semula.

4. 1 PAIR,  1 POST,  1 TRADE @ 1 TIME -  teknik ini boleh menyelamatkan margin anda atau sekurang-kurangnya mengurangkan kerugian besar. Ia bermaksud, setiap kali anda membuat trade, pilih satu pair yang anda sudah biasa, buka satu post sahaja dan satu trade sama ada BUY atau SELL (kaji trend), pada satu-satu masa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :