PERBEZAAN DI ANTARA FOREX DAN SAHAM !!



Ada beberapa perbezaan di antara forex dan saham. Anda perlu pertimbangkan perbezaan di antara kedua-duanya bagi menentukan sama ada lebih berbaloi untuk melabur dalam forex atau saham.  Di sini, disenaraikan beberapa kelebihan trading forex.



 - Bullish atau Bearish? Tiada masalah untuk trader forex. Bagi trader forex, keuntungan boleh dibuat sama ada pada masa Bullish atau Bearish. Tidak ada sekatan atau undang-undang yang menghalang trader forex ini melakukan sebarang forex transaksi untuk jangka masa pendek atau panjang.

-Trader Forex boleh mengawal leverage yang besar. Trader Forex boleh membuat transaksi yang besar berbanding dengan saham. Ini adalah kerana nisbah leverage yang diberikan oleh broker-broker forex. Tidak mustahil bagi forex trader untuk menggunakan leverage sehingga 1:500.

- Trader Forex mempunyai kelebihan melalui Fundamental Trader forex boleh menggunakan data atau berita yang biasa contohnya perubahan kadar faedah (interest rate). Pasaran forex terlalu sensitif terhadap situasi politik, kewangan, ekonomi sesebuah negara, dan perubahan tersebut memberi banyak peluang kepada trader untuk mengaut keuntungan.

- Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari selama 5 hari seminggu. Pasaran saham biasanya hanya boleh didagang pada waktu-waktu tertentu sahaja contohnya pada pukul 9.30 pagi hingga pukul 4.00 petang. Sekiranya anda bekerja sepenuh masa, memanglah sukar bagi anda untuk mengambil kesempatan pada waktu pasaran saham. Tetapi pasaran Forex boleh didagang 24 jam sehari selama 5 hari (Isnin pagi pukul 5:00 pagi hingga sabtu pukul 5.00 pagi waktu Malaysia).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :