Rahsia Kejayaan Empayar WALMART









Pada tahun 1992, pengasas perniagaan gudang membeli belah terulung Amerika Syarikat, Wal-Mart, Sam Walton meninggal dunia. Kekayaannya pada waktu itu dianggarkan lebih daripada USD 25 billion dengan Wal-Mart memiliki lebih daripada 8,000 gudang di 15 buah negara. 


Pada mulanya saya amat yakin, kejayaan Sam Walton membina empayar Wal-Mart di seluruh dunia adalah disebabkan oleh faktor kepintaran para pengurus dan plan strategi perniagaan mereka yang jitu. Rupa-rupanya terdapat faktor lain yang mendorong Wal-Mart menjadi sebuah syarikat luar biasa.


1. Ramai dalam kalangan usahawan dan organisasi perniagaan hari ini yang mengabaikan pembentukan "falsafah perniagaan" terlebih dahulu sebelum meletakkan misi, visi dan sasaran perniagaan. Di Wal-Mart, Sam Walton memulakan falsafah ringkas perniagaannya dengan memaksa para pengurusnya memakai lencana yang tertulis "We Care About Our People."


2. "We Care About Our People" adalah falsafah asas semua jenis perniagaan. Yang menggerakkan segala operasi, pengurusan dan sesebuah perniagaan adalah manusia yang digelar sebagai pekerja. Walton mahu menumpukan terlebih dahulu kepada isu meningkatkan produktivi para pekerjanya. Beliau yakin jika para pekerja dilayan dengan baik, apa-apa sahaja perniagaan akan berjaya dan maju.


3. Walton menyebut mereka sebagai rakan, bukan pekerja. Dia mendengar apa-apa yang mereka katakan. Beliau berkata, "Kuncinya ialah keluar masuk kedai dan mendengar apa-apa yang diperkatakan oleh mereka." Beliau mahu tahu realiti dan isi hati pekerjanya. Hal ini amat berbeza dengan kebanyakan CEO dan pengurusan tertinggi organisasi yang tidak suka mendengar realiti, bahkan lebih gemar memaksa para pekerjanya agar mendengar segala impian yang mereka inginkan. 


4. Sekali lagi, Walton menitik beratkan soal komunikasi dan bukan plan strategi syarikat! Beliau sangat gembira dan menjadi rutinnya untuk mendengar pandangan orang bawahan, katanya, "Penting sekali bagi setiap orang untuk melibatkan diri. Idea-idea kami yang terbaik datang daripada kerani dan orang-orang di gudang." Berbeza dengan keadaan sekarang. Ramai para pengurus-pengurus besar syarikat yang menganggap mereka terlaluhebat dan serba tahu.


5. Di Wal-Mart - Walton percaya bahawa perniagaannya hanya akan berjaya sekiranya para pekerjanya dilayan dengan baik, kerana pekerja yang dilayan baik oleh majikannya pasti akan melayan baik para pelanggannya juga. 


6. Falsafah di Wal-Mart adalah mudah. Layan pekerja sebagai manusia dewasa. Layanlah mereka dengan hormat. Jika sesebuah syarikat menginginkan produktiviti, syarikat tersebut harus memperlakukan para pekerjannya sebagai harta yang paling bernilai.


7. Syarikat-syarikat unggul seperti Wal-Mart, mereka mementingkan kebahagian dan berorentasi penampilan individu yang saling menghormati. Pengurusan tertingginya juga percaya bahawa kejayaan syarikat bukannya lahir daripada amalan "memukul meja atau menendang pintu". Sebaliknya kejayaan hadir melalu cara syarikat melayan pekerjanya sebagai individu yang dewasa. 


8. Tidak ada hal yang lebih menyeronokkan bagi seorang pekerja selain daripada merasakan diri mereka dihargai dan diperlukan. Itulah asas bagi mana-mana perniagaan yang berhasrat untuk maju.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :