SahVCS membincangkan antara ketetapan dan penentuan.




Salam semua pembaca blog SahVCS. Setelah beberapa hari bercuti Insya Allah mulai hari ini, ruangan SahVCS kembali aktif. Setelah kita semua menyepurnakan tanggung jawab di hari lebaran Aidiladha kali ini. Allahhu Akhbar.... Allah u Akhbar... Allahhu Akhbar.... Walillah Ilham.

Sumber rezeki datang dari pelbagai arah seumpama mengalirnya air dari sungai menuju lautan .  Umpama air Zamzam merentasi benua penyebarannya. Umpama udara yang disedut oleh setiap makhluk dan umat. Diberi rezeki itu dari kecukupan sehinggalah ianya melimpah ruah juga ada yang diuji dengan kesempitan. Suatu ketetapan dengan penentuannya.

Penentu sesuatu adalah Dia yang maha Esa dengan ketetapan yang boleh diubah melalui amalan dan doa kepadanya. Istilah confirm atau pasti hanya miliknya manakala makhluknya dikehendaki untuk sentiasa beramal dan bersangka baik untuk sesuatu yang lebih indah di kemudiannya.

Tetapan adalah satu bentuk untuk ianya berada didalam guide line agar ianya tidak tersasar. Manakala ketetapan adalah suatu yang pasti berlaku.

Penentu adalah penghujung ajar tuju manakala penentuan adalah penghujung yang pasti.

Rezeki segantang boleh diubah menjadi segunung dengan iringan usaha dan doa. Rezeki juga tidak akan datang keseluruhan sekali gus ianya akan sampai di sepanjang kehidupan mahupun selepas kita tiada. Itulah yang di garisankan sebagai penentuan rezeki seseorang.  Sebelum kami meneruskan perbincangan mengenai perdagangan forex seterusnya, suka untuk saya berkongsi coretan ini sebagai pembuka bicara dan tarbiah diri untuk kita lebih mendewasakan diri didalam mencari sesuap nasi untuk kehidupan hari esok. Insya Allah kita sama - sama  berusaha dengan pencarian ini disamping mendapat limpah rahmat dariNya. Aminn

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :