Teknik di dalam forex ada pelbagai.Tetapi bila bercakap konteks naked chart atau price action,mana mana ilmu adalah sama sahaja.Yang membezakan nya adalah dari segi pemahaman individu dari segi pembentukan candle dan hala tuju trend sesuatu currency.

Untuk konsistensi profit dalam trading,benda paling basic yang perlu anda tahu adalah simple.

TREND:Apakah trend?Trend adalah hala tuju.Ahmad wasap si Ahmud inform ingin ke kedah,jadi mana hala tuju Ahmad?Adakah ke johor?Sudah tentu ke kedah.Takkan ke Johor plak??Nampak kelakar,tapi itu lah kesilapan kecil trader lakukan dalam analisa.Untuk buy atau sell,anda perlu tahu apa arah tuju CURRENCY!

TIMEFRAME:Ramai pandang remeh soal timeframe.Ada juga teknik yang hanya fokus pada satu timeframe.Jika anda memang price action trader,tahukah anda apa keselarasan timeframe?
Setiap timeframe ada bersangkut paut.Mahupun dari kecil hingga besar.Kenapa time frame besar trend uptrend dan kenapa bila konteks timeframe kecil downtrend?Apa kah penyebab?Apa kesinambungan?Itu adalah tips atau keselarasan arah dalam trading.

Ramai yang terkejar2 masuk kelas sana,masuk kelas sini,last2 tak kemana.Nasihat saya,jika anda memang ada basic,pahamkan apa yang saya sampaikan di atas.Jika anda dapat tajamkan maksud trend dan keselarasan timeframe,dengan praktikal insyaAllah anda dah tak perlu membazir duit masuk mana mana kelas.Sayangi lah duit anda,jangan habiskan duit untuk ilmu tetapi anda sendiri gagal untuk pahami apa maksud dibelakang candle.Forex ni mudah,cara mudah adalah kita mudahkan analisa.

Paling penting,usaha,money management yang ketat dan juga berkat dari orang sekeliling.Kalau takda berkat,entry la kot mana pon,mesti ada saja yang tak kena.Nampak kelakar,tapi itu adalah realiti!!

Akhir Qalam , 
Rezeki Tak Pernah Salah Alamat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :