Kisah SAMI & Orang Miskin



Ada satu kisah yang menarik hati saya untuk membaca dan mengambil pengajaran daripada kisah ini


Seorang lelaki miskin telah pergi berjumpa dengan seorang sami. Dia mengeluh tentang hidupnya yang miskin.
Dia cakap kat sami tu;
“Kenapalah dunia ni tak adil? Orang kaya jadi semakin kaya sedangkan aku yang miskin ni sentiasa hidup dalam keadaan daif”
.
Selepas mendengar keluhan lelaki miskin tu, sami tu terus bertanya ;
“Dunia yang macam mana kamu inginkan supaya ia kelihatan adil bagi kamu?”
.
Orang miskin tu jawab;
“Aku nak orang kaya tu jadi miskin macam aku. Buat kerja kampung macam aku. Kalau dia jadi kaya jugak lepas tu, aku takkan komplen lagi”
.
Sami tu pun cakap;
“Baiklah, aku akan tunaikan permintaan kau. Orang kaya tu aku akan jadikan miskin macam kau. Aku akan bagi sebuah gunung yang penuh dengan arang untuk setiap seorang daripada kamu. Jadi, kau lombonglah arang tu untuk menyara hidup kau”
.
Sami tu berpesan lagi;
“Aku bagi masa sebulan untuk kau dan orang kaya tu lombong arang tu.”
.
Maka hiduplah dua orang tu sebagai orang yang sama miskin yang memiliki gunung yang penuh dengan arang setiap sorang daripada mereka.
.
Si miskin tadi mendapati kerja melombong arang ni senang je sebab dia dah biasa dengan kerja-kerja kasar. Jadi tak ada masalah untuk dia melombong arang tu seorang diri. Dia boleh melombong arang yang banyak dan mendapat untung yang banyak setiap hari.
.
Si kaya ni pulak menghadapi kesukaran untuk melombong sebab dia tak biasa buat kerja berat. Si kaya ni ambil masa yang agak lama untuk melombong sedikit arang sahaja.
.
Selepas menjual satu bakul arang, si kaya ni beli sebuku roti untuk dimakan manakala duit baki tu dia simpan.
Kini, kehidupan si miskin tadi sudah berubah. Dia boleh berbelanja dengan mewah berbanding si kaya sebab dia dapat lebih banyak untung hasil kerja kerasnya.
.
Keesokan harinya, si miskin tadi teruskan kerja melombong di gunungnya manakala si kaya tadi tak pergi melombong. Sebaliknya si kaya tadi pergi ke pasar untuk membeli hamba dengan duit simpanannya tadi.
.
Selepas tu, si kaya pulang dengan membawa dua orang hamba yang tinggi dan gagah. Dia mengarahkan hamba yang dia beli tadi untuk melombong bagi pihaknya.
.
Si kaya tadi sudah tidak perlu lagi untuk bekerja sendiri. Dia hanya berikan arahan kepada hambanya saja untuk melombong.
.
Dalam masa yang singkat, si kaya tadi berjaya melombong banyak arang dan dia gunakan duit untung hasil jualan arang tadi untuk mengupah lebih ramai pekerja.
.
Pada masa yang sama, si miskin tadi masih lagi melombong seorang diri dengan kudrat yang dia ada. Dia masih berbangga dengan keupayaanya melombong arang yang banyak seorang diri.
.
Selepas sebulan, si miskin tadi gagal untuk melombong semua arang yang ada. Dia juga tak mempunyai simpanan duit yang cukup sebab semua duit untungnya digunakan untuk beli makanan yang mewah dan sedap. Pendek kata, dia masih kekal miskin macam dulu.
.
Berbeza dengan si kaya tadi, dia sekarang mempunyai ramai pekerja dan duit yang banyak. Si kaya tadi sudah mula melaburkan duit ke dalam bisnes lain bagi mengembangkan kekayaannya. Dia dah jadi kaya balik macam dulu.
.
Akhirnya, si miskin tadi terpaksa akur dengan kehidupannya. Dia tak lagi komplen pasal kesusahannya.
.
Kawan-kawan,
.
Kadang-kadang kita iri hati tengok orang lain lebih sikit daripada kita. Kita rasa kita lebih layak dapat rezeki lebih sebab usaha kita lebih banyak.
.
Kita dengki dengan orang kaya yang nampak duduk rileks je tapi duit sentiasa masuk sedangkan kita bermatian memerah keringat.
Kawan-kawan,
.
Kita miskin bukan sebab kita tak usaha, tapi sebab kita tak reti nak manage duit dengan betul. Kita tak reti nak buat duit bekerja untuk kita.
.
Jadi, di harap kisah ini dapat membuka mata kawan-kawan saya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :