PENGIRAAN NILAI PER PIP










PENGIRAAN NILAI PER PIP

Sambil menunggu di klinik sy sambung sedikit ttg pengiraan nilai pip.

Semalam di posting pengiraan margin dan leverage, ada yg bertanya kenapa nilai per pip utk setiap pair itu berbeza. Disini saya buat posting baru utk terangkan secara ringkas ttg cara pengiraannya kerana agak panjang walau cuba di ringkaskan.

Terdapat 3 rates yg berbeza iaitu

1) Direct rates - XXX/USD
2) Indirect rates - USD/XXX
3) Cross rates - yg tidak melibatkan USD cth EUR/GBP, GBP/CHF ect.

Formula pengiraan berbeza utk setiap satu seperti berikut. Pengiraan berdasarkan standard acc, 100,000 contract size. Jika mini guna 10,000 atau micro guna 1000. Ini adalah tetap.

Tick ialah nilai terkecil samaada 0.0001 @ 0.01

1) Direct rates

Contract x Tick x Volume

Cth volume open post 0.1

100,000 x 0.0001 x 0.1

Nilai per pip = USD1.00

Merujuk kepada running pos sy seperti SS utk AUDUSD, Volume 0.1

Running profit 563 point @ 56.3 pip

100,000 x 0.0001 x 0.1 x 56.3

Profit = USD56.3

2) Indirect rates

(Contract x Tick/ current rate) x Volume

Cth volume open post 0.1

(100,000 x 0.0001/ current rate) x 0.1

Nilai per pip = USD1.00/current rate(price)

Merujuk kepada running pos sy seperti SS utk USDCAD Volume 0.1

Running profit 763 point @ 76.3 pip

(100,000 x 0.0001/1.30616)x 0.1 x 76.3

7.65 x 0.1 x 76.3

Profit = USD58.42

Tick utk Yen ialah 0.01, jd utk USDJPY formula

100,000 x 0.01/ current rate x volume

3) Cross Rates

Contract x Tick x base quote/ current rate x Volume

Cth volume open post 0.1

100,000 x 0.0001 x base quote/ current rate x 0.1

Nilai per pip = 10 x base quote/current rate x volume

Saya tiada running pos utk cross pair buat masa ini, nanti jika ada sy sertakan contoh pengiraan.

Base quote ialah currency yg menjadi base. Utk EURJPY, base quote ialah EURUSD



Credit sumber fb cikgu ridzuan rahman

Post a Comment

0 Comments

Cari info FX di Blog ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...