SahVCS speedfocus di ulasan projectnya 19 Sept 19




Assalamualaikum semua pada rakan-rakan dan team SahVCS. Setelah pelancaran project 19 Sept 19 yang lalu kita akan sentiasa membuat signal dan post mortem untuk tujuan pembelajaran.

Kebiasaannya perbincangan adalah dibuat di telegram untuk keadaan belum berlaku dan entry standby bermula. Contohnya keadaan akan berlaku sekitar petang. Maka perbincangan di awal pagi mengenai situasi market di sebelah petang sudah mula dibincangkan. Pencarian TP juga bermula lebih awal dari market. Ini kerana teknik SahVCS berkemampuan untuk lock market sekitar 8 hingga 12 jam yang akan datang melalui point - point rujukan SOP di sebalik graph yang direka bentuk melalui teknik SahVCS.

Kemampuan untuk memberikan signal juga boleh dilakukan meskipun hanya melihat pada screenshoot market semasa.

Hanya team members yang pernah belajar secara formal di kelas dan di sesi ftf akan mengetahui caranya.Namun begitu kami sedang didalam usaha menyampaikan dan melebarkan ilmu fardhu khifayah ini kepada umum dan untuk diwarisi.

Kepada mereka yang ingin mempelajarinya secara blog, perlu memahami secara berturutan dari keluaran pertama sehingga yang terkini . Ianya telah disusun rapi disana. Manakala untuk menajamkan lagi pemahaman boleh mendapatkan caranya di speedfocus demo 19 Sept 19 yang mana sekarang baru memasuki hari ke2nya. Ianya akan berlangsung selama 3 bulan di blog dengan signal valid dan TP nya. Ulasan dibuat di telegram rasmi akan discreen shoot dan dibawa ke blog sebagai rujukan. Begitu juga sekiranya terdapat screen shoot awalan tajuk dari keluaran yang lalu dari blog  ianya adalah menandakan penyambungan atau related dari keluaran tersebut.

Akaun demo digunapakai untuk tujuan keselamatan dan melindungi .  Sebagai insan kerdil disini perlulah untuk sentiasa berwaspada dari segala kemungkinan berikutan ianya disampaikan di ruangan umum.

Login dan investor password akaun ini diberikan dan boleh la rujuk ia sebagai cara pantas untuk memahami cara di dalam pembelajaran Q4 ni.

Rebut peluang pembelajaran sementara ianya berlangsung. Terima kasih semua.

Di SahVCS gambar yang disampaikan bukanlah sekadar gambar yang hanya perlu ditatapi tetapi ianya boleh digunapakai dan boleh menceritakan market dan profitnya.

 ASSALAMULAIKUM WBT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :