SahVCS speedfocus 2020 Road Map




Sepertimana yang telah diberitahu sebelum ini pelancaran project 'speedfocus' akan bermula January 2020.

Pembahagian tugasan untuk penyampaian juga telah diberitahu sebelum ini dengan berlabuhnya tirai xtream maka semua group akan menutup tirainya selepas pelancaran speedfocus nanti. Bersedialah untuk penyampaian sepenuhnya melalui blog di PIP HIJAU mahupun di blog SahVCS sendiri yang mana ianya telah mula diwujudkan sekitar setahun yang lalu.

Sebarang talian hayat untuk menghubungi kami di SahVCS hanya perlu PM di talian yang sama dan tiada lagi group tele akan dilanjutkan bagi memberi laluan blog bergerak aktif sebagai library one drive.

Disamping itu semua sessi kelas juga akan ditutup buat selamanya dan kami hanya akan menjalankan aktiviti sepanjang tahun melalui aktiviti silent trade sahaja bagi memberi tumpuan kepada 10 akaun dan pemfokusan pada 5 staff yang dilantik sahaja sebagai menajamkan  skill mereka. Sessi kelas semangnya telah lama ditangguhkan penutupannya bermula tahun 2018 lagi atas beberapa permintaan.

Kami hanya bersedia untuk membuat hanya sekali saja lagi sessi kelas sekiranya dikehendaki bagi permintaan last minute sebelum ianya ditutup sepenuhnya menjelang pelancaran speedfocus.

Sepanjang 6 tahun kita bersama dari sesi kelas sehingga di lanjutkan sessi bimbingan yang pada mulanya dirancang untuk tempoh 3 tahun saja kini ianya telah melepasi 6 tahun dan semestinya ianya sudah dianggap sebagai kurang produktif untuk diteruskan.

Maka bagi memberi laluan kepada project baru di speedfocus langkah drastik perlu diambilkira dengan hanya speed dan focus pada perancangan matlamat yang disetkan bagi memajukan lagi SahVCS untuk lebih bertambah daya saing dengan perubahan diluar sana.

Perancangan untuk menuju kepada full time trade akan digerakkan dan ianya dirancang akan berlaku dalam masa terdekat disamping terdapat beberapa desakan luar untuk kami meneruskan secara ftt.

Ianya bagus untuk digerakkan awal agar ianya tidak menjadi satu kejutan disaat akhir.

Setiap perubahan yang dilakukan berdasarkan road map ini sebenarnya bukan satu yang baru dan ianya telah di perjelaskan pada satu - satu masa dahulu cumanya ianya di perlengahkan bagi mempastikan semua ahli bersedia sebelum sessi penutupan dan pelancaran project barunya.

Maka dengan ini saya dengan secara rasminya memberi isyarat pada semua ahli bahawa  tempoh 2 bulan akan diberikan untuk group - group tele bergerak dan selepas itu ianya akan hanya bergerak aktif hanya di blog sahaja.

Pembukaan kerjaya di SahVCS terbuka kepada 5 kekosongan pada mereka yang benar - benar  berminat dan sanggup bergerak dibawah bimbingan kami sepenuhnya sahaja.

Insya Alllah ia adalah langkah yang terbaik untuk memajukan diri dalam bidang trader.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :