SahVCS speedfocus dengan cara mengekalkan profit


Bagaimanakah cara untuk mengekalkan profit?

👉 Pernahkah anda bertanya apakah kaedah yang di ajar di teknik SahVCS.

Sebenarnya teknik ini menyampaikan ilmu mengikut contoh penyebaran Islam.  Teras didalam penyampaian Islam adalah melalui panduan Alquran dan hadis. Disamping itu ianya disampaikan secara langsung melalui pendidikan penyampaian melalui face to face dan secara muzakarah.

👉 Apa yang hendak disampaikan disini adalah Ianya mempunyai 1 Buku panduan SOP pembentukan  dan terdapat beratus ulasan dengan cara penyampaian  ruangan blog,  perbincangan di tele group, pembelajaran formal didalam kelas dan sesi live trade, pertemuan secara face to face didalam penyampaian, penyebaran dengan mengadakan kelas di seluruh Malaysia serta perkongsian di youtube, sessi video kelas dan sesi kelas pemilihan yang dijalankan sebelum ini sejajar dengan perkembngan masa.

👉 Teknik SahVCS juga mengutamakan SIDEWAY sebagai terasnya yang mana ianya adalah di kenali sebagai penyeimbangan dan kesederhanaan didalam Islam.

👉  Bagi mereka yang perasan sama ada secara langsung ataupun tidak, teknik SahVCS sebenarnya sering mengkaitkan  ekosistsm alam dan lumrah kejadian sebagai penyumbang kepada konsep teknologi serta sequence yang digunapakai adalah berkonsepkan pada kejadian alam. Teknik SahVCS juga menemui formula pembentukannya berasaskan hukum alam dari konsep engineering. Ianya bertepatan dan tiada satu perkara pun yang boleh lari dari konsep alam sebenarnya. Betul lah apa yang disampaikan didalam Islam itu tiada apa yang akan lapuk dek zaman dan tak akan lekang dek hujan. Bagi mereka yang mengamati atau memahami maksud disini pastinya mereka akan dapat berfikir sejenak sekiranya sesuatu perkara yang dibuat selama ini datang dari minat atau kehendak sendiri pastinya mereka dapat memahami apa yang disampaikan. Manakala bagi mereka yang berbuat hanya kerana suruhan atau memenuhi kehendak pihak lainnya. Pastinya mereka tidak akan dapat berfikir kerana ianya ditawan oleh emosi.

Mengapa teknik SahVCS menekankan TREND lebih dari cara sclaping atau intradays mahupun swing?

👉  Ianya adalah untuk anda berfikir.  Mengapa didalam Islam meminta anda berdoa dan memohon sesuatu yang besar dan penghujung yang baik.

Contoh doa harian anda adalah : 

1) Masukkanlah aku ke syurgamu....

2) Ringankanlah siksa kuburku dan jauhilah aku dari seksaan api neraka....

Serta pelbagai lagi. Adakah anda berfikir?

Mengapa kita tidak berdoa untuk perkara yang singkat contohnya

1) Selamatkan aku untuk pergi ke kedai makan waktu rehat ini untuk aku dapat sambung semula kerja selepas rehat.

2) Permudahkanlah aku untuk minum air yang panas ini agar tidak memudaratkan bibir.

👉 Dari contoh diatas dapatkah kami memahami suatu yang besar adalah merupakan matlamat manakala suatu yang kecil sebenarnya adalah harapan.

Jadi fahamilah maksud sclaping, intradays dan swing yang digariskan oleh pencipta istilah itu didalam mempengaruhi para traders tentang corak berdagang.?

Jika anda katakan YA. Anda sebenarnya copy fahaman atau anda sebenarnya bukan seorang penganalisis sebab didalam berdagang ianya sebenarnya sudah lama wujud sebelum MT4 dicipta lagi. Didalam Islam juga sudah menetapkan hukum perniagaan dan muamalat. Mengapa begitu? Mudah saja sebab Seuatu yang cepat tidak mengekalkan keindahan malah mendatangkan kesan sampingan. Manakala suatu yang berjalan mengikut flow adalah lebih baik dan bakal menemui kesempurnaan.




Sebab itu SOP pembentukan diteknik SahVCS dapat diwujudkan dan ianya lebih menekankan kepada trend.

Tiada istilah capat atau lambat dalam trade kerana mereka yang berjaya adalah mereka yang sentiasa belajar dan bila mereka belajar, pastinya akan menemui sangkut paut semua ilmu adalah berasaskan kepada unsur lumrah alam.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :