SahVCS speedfocus money management's




Dalam perbincangan dengan beberapa traders banyak persoalan ditimbulkan antaranya:

👉 Guna broker apa?
👉 Withdrawal macam mana?
👉 Teknik apa yang diajar?
👉 Macam mana nak tahu market turun naik?
👉 Banyak sangat news, macam mana nak trade?
👉 Dah pernah trade dulu, seminggu cantik tapi minggu depan MC. Macam mana tu?
👉 Ada ea tak yang boleh dipercayai boleh kekal profit?
👉 Duit dah habis bang. trade tak juga balik modal.kenapa ye?
👉 Banyak kelas dah masuk tapi tak ada yang lepas kelas boleh trade dengan baik. Malah mereka minta main pool dengan mereka tapi tu pun lingkup juga.
👉 Trade suka - suka boleh la. Nak untung kasar memang tak dapat.
👉 Ramai yang cerita tahap dewa tapi bila ajarkan satu pun saya tak faham apa yang disampaikan.
👉 Forex ni perjudian nasib. Susah la nak menang.
👉 Ada ker orang yang sanggup bimbing kita. Semua cerita melangit untung. Bila buat kelaut dalam.
👉 Orang kaya boleh la trade. Rugi pun bole senyum apa.
👉 Forex... Tak payah la. Baik kerja makan gaji.

DAN BANYAK LAGI . DIMANA SILAPNYA?

👉 Antara yang saya nampak jawapan disini adalah 90% pembimbing forex adalah terdiri dari copy paste dan hanya mempengaruhi traders baru untuk mendapat komisyen lumayan.
👉 Pembimbing forex hanya mengejar keuntungan jangka pendek dengan scalping time frame kecil tanpa mengambil kira trend.
👉 Money management hanya berpandu pada lot size.
👉 Tiada target dalam trade.
👉 pelajar mempelajari teknik separuh jalan dan sudah mengangap diri sebagai master forex.
👉 Banyak sangat teknik dipelajari tanpa mengetahui nilaian setting digunapakai untuk tujuan apa dan bila mana ianya sesuai digunapakai.
👉 Suka trade di masa - masa tertentu dengan harapan.
👉 Masih blur mengenai retrace, pucuk dan akar.

Apa yang perlu dibuat jika anda berada di dalam situasi berkenaan?

👉 Jangan trade di real akaun . seharusnya anda kaji teknik anda sepenuhnya dan selengkapnya di demo. Ambil masa anda untuk terus belajar sehingga anda memahami keseluruhannya.
👉 Cari tenaga pengajar yang betul - betul boleh dipercayai.
👉 Guna platform broker yang mudah dihubungi.
👉 pastikan setiap kali anda entry dengan TP yang diset. Anda berhak untuk menikmati kehidupan selesa tanpa hati dan jantung yang nak gugur setiap kali buka MT4.
👉 Permudahkan dengan trade santai dan jika perlu kajilah di rujukan yang pernah disampaikan kepada anda sebelum ini.

Insya Allah, kami membantu dan usaha anda tidak sia - sia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :