SahVCS speedfocus to ftt.




Penjelasan mengenai project speedfocus telah diberikan dan perancangan kewujudannya jelas di persembahkan kepada umum serta ahlinya.

Mengapa 'speedfocus' dilancarkan?

speedfocus dilancarkan bagi memberi ruang memajukan lagi diri dalam bidang trader.

Sepanjang  lebih 11 tahun kami membimbing, kini tibalah masanya untuk menukar meneruskan perjalanan selesa kepada bentuk perniagaan dan alam pekerjaan.

Telah menjadi hukum alam untuk belajar di usia muda dan bekerja untuk menampung keperluan diri didalam mana - mana sektor perniagaan tidak kira ianya awam mahupun swasta.

Tidak semua juga kita akan bawah rakan - rakan untuk bekerja bersama kita dan mereka juga semestinya mempunyai pilihan kerjaya masing - masing. Namun begitu ianya tidak semestinya terputus hubungan hanya sekadar pilihan dan hala tuju yang berbeza. Sistem talian masih dikekalkan.

Kami di SahVCS mengukur tahap keselesaan adalah kemuncak kepada suatu perubahan baru dengan mengambil kira kepada konsep penghijrahan.

Kita juga sering ditransfer dari satu department ke satu department yang lain bagi memenuhi keperluan dan memberi support kepada pihak lain agar tidak tepu dengan budaya kerja serta pemikiran yang sama.

Culture perlu diubah dan disusun bagi meningkatkan daya saing dan perubahan budaya ini memerlukan kekuatan drastik bagi implement nya.

Perubahan budaya kerja dengan dasar asas yang sama akan lebih menguatkan dan improvement dapat dilaksanakan.

Kami juga berpegang kepada Islamic concept iaitu pembelajaran wajib untuk berdagang serta bagi mengelakkan terdapat unsur perjudian.

Sistem pembelajaran lengkap telah disalurkan dan dilaksanakan dengan jayanya di semua sessi selama lebih 11 tahun SahVCS diwujudkan.

Adalah suatu yang mustahil bagi kami memberikan signal berterusan kepada umum kerana ianya dikhuatiri akan menjadikan ilmu yang dipelajari akan menjadi pekasam dan tidak  digunapakai sebab signal sentiasa ada dan secara tidak langsung ianya akan terus selesa trade tanpa mengkaji kerana masih mendapat profit hanya dengan mendapatkan signal. Ia boleh menjadikan perdagangan anda suatu yang subhah iaitu kurang jelas sumber datangnya pendapatan.

Dengan berpandukan konsep Islamik, kami sedar ianya perlu diperbetulkan dan pelancaran speedfocus adalah jalan terbaik kepada penyelesaian.

INILAH TUJUAN speedfocus DIWUJUDKAN.

KAMI HANYA MEMBERI... SIAPA YANG SUDI, AMBILAH.
LAMBAT TINGGAL.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :