Stop Loss dan Take Profit !!! ( Penting Trader Newbie Patut Tahu )












Dimana anda patut letak TAKE PROFIT?Ok,ini adalah topik yang paling hangat kerana melibatkan duit.Sebelum anda fikir dimana level TP anda,anda perlu mahirkan dulu kemampuan anda.Bagi saya,ada dua jenis individu dalam hal ini. 

Adakah anda seorang yang fokus profit dengan pips sedikit?
 -Kebanyakan yang focus mengambil TAKE PROFIT sedikit sahaja adalah orang yang lebih memikirkan keuntungan dalam sehari.Walaupun dalam 30 pips atau 50 pips,tetapi nilai profit tersebut sangat tinggi kerana lot yang diletakkan itu agak besar.Kebiasaan cara ini dilakukan bagi mereka yang mempunyai capital yang besar.Walaupun pips sedikit,tetapi keuntungan konsisten yang dicari. 

-Kalau anda jenis yang lemah emosi,tak suka menunggu,suka hari ini entry hari ni juga profit,cara ini juga sesuai untuk anda.target 30-50 pips sudah memadai. 

 Adakah anda seorang yang suka fokus mengumpul pips?
 -Kebanyakan yang suka mengumpul pips ini adalah penganalisa yang lebih gemar untuk growkan account.Dengan capital yang sedikit,tanpa membuka lot yang besar,penganalisa jenis ini akan cuba hold position sebanyak mana pips yang mampu.Ada yang mencecah 100 pips keatas untuk meningkatkan capital sebanyak yang mungkin. 

 Adakah anda kedua duanya? 
-Ada juga yang lebih suka hold position yang jauh disamping mencari profit yang lumayan di samping capital yang besar.Penganalisa macam ini adalah penganalisa yang sudah cukup mahir dalam direction currencies.Faham long term pergerakan.Juga pakar dan faham bila mana perlu adjust stop loss level dengan lock profit terlebih dahulu.Senang cerita,kalau anda memang faham dan pakar,ini agak sesuai untuk anda. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :