4 langkah persediaan sebelum menjadi full time forex trader


4 langkah persediaan sebelum menjadi full time forex trader

Salah satu topik yang lebih popular di forum-forum adalah cara untuk hidup dalam trading.Percaya atau tidak ada beberapa percent manusia yang mampu belanjakan keperluan mereka hanya melalui trading 

Tetapi tidak semua orang boleh memilik gaya hidup sedemikian. 

Seperti mana-mana perniagaan lain, trading forex mempunyai risikonya yang boleh memakan wang yang baru diperoleh dari newbie yang baru melompat ke dalamnya tanpa pengetahuan dan ilmu yang mencukupi.

Sekiranya anda bertekad untuk membuat kerja dagangan sepenuh masa untuk anda, maka berikut adalah langkah mudah yang anda boleh ambil.

1. Tanya diri anda jika anda sudah bersedia untuk berdagang sepenuh masa
Pertimbangkan secara logikstik trading sepenuh masa. Adakah anda mempunyai modal yang mencukupi? Bayangkan bulan ini tidak mendapat gaji dan tidak membuat keuntungan sementara anda masih perlu membayar makanan, sewa, utiliti, dan langganan Netflix dan Astro

Kalau anda masih tidak boleh hidup tanpa kerja ? Tidak mampu untuk mengambil risiko besar selama berminggu-minggu dan masih mengekalkan gaya hidup anda? Jangan lakukannya.

Adakah anda menghabiskan cukup masa untuk berdagang secara fulltime? Sebelum anda terjun, pastikan bahawa anda telah  kenalpasti broker yang boleh dipercaya dan strategi trading yang menghasilkan keuntungan anda di semua jenis keadaan trading.

Peralihan ke trading fulltime memerlukan keyakinan. Adakah anda BENAR-BENAR ingin menjadi pedagang forex? Anda kena tahu kalau tersilap

Adakah anda bersedia untuk menghadapi bulan yang tidak dapat membuat wang? Bagaimana dengan melakukan analisa  yang berkaitan dengan forex sepanjang hari setiap hari?

2. Buat matlamat yang realistik.
Apabila anda telah menentukan bahawa trading sepenuh masa adalah untuk anda, maka anda harus mula menyenaraikan matlamat dan planning anda. Sangat mudah untuk membayangkan diri anda membeli kereta, kapal layar, dan pesawat peribadi dalam dua tahun pertama trading tetapi kami semua tahu bahawa itu tidak begitu mudah.

Lakukan kajian mengenai full time trader yang lain dan ketahui berapa lama ia mengambil masa untuk survive dalam  kehidupan daripada trading mereka.

Berdasarkan keuntungan anda dari semasa anda berdagang separuh masa, bolehkah anda membiayai gaya hidup trader sepenuh masa? Berapa keuntungan yang anda jangkakan dalam setahun? Lima tahun? Adakah anda fikir mereka realistik?

3. Sediakan untuk perubahan gaya hidup
Sekiranya anda ingin menjadi seorang peniaga sepenuh masa, pastikan anda bersedia dengan psikologi dan bagaimana ia boleh mempengaruhi orang-orang di sekeliling anda.

4. Jadikan trading sebagai perniagaan
Bahagian yang paling sukar dalam trading sepenuh masa adalah mengingati untuk trade sebagai perniagaan bukan sebagai permainan

Tetapi jika anda telah menyediakan diri secara mental dan juga kewangan maka anda telah membuat secara tak lansung satu rangka kerja dagangan untuk membimbing untuk profitable dalam jangka panjang, maka tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh menjadi salah seorang trader yang akan mencapai financial freedom melalui trading.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :