Analisis Fundamental Penerangan Secara Basic



Fundamental Analysis 

Analisis Fundamental (Fundamental Analysis @ FA) merupakan analisis yang tidak menggunakan chart atau bantuan-bantuan teknikal yang lain, sebaliknya hanya menggunakan data daripada berita-berita ekonomi semasa. Berita yang POSITIF / BAIK akan MENGUKUHKAN sesuatu matawang, manakala berita yang NEGATIF / TIDAK BAIK akan MELEMAHKAN sesuatu matawang.   Sebagai contoh, jika kadar pengangguran di US meningkat daripada 9.50% kepada 9.70%, ia menandakan ekonomi US lemah kerana tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya.

Berita buruk ini akan MELEMAHKAN USD dan menggalakkan para trader untuk SELL USD. Jadi, pairs yang mempunyai USD sebagai BASE (contoh: USD/JPY, USD/CAD & USD/CHF) akan MENURUN.

Apabila berita berimpak besar diumumkan, market akan bergerak BERPULUHPULUH PIPS di dalam masa BEBERAPA SAAT SAHAJA!! (bergantung kepada kekuatan data berita tersebut). Setiap kali sebelum berita diumumkan, akan ada Data Jangkaan VS Data Sebenar (Forecast VS Actual). Jika Data Sebenar JAUH daripada Data Jangkaan, maka pairs yang terlibat akan BERGERAK SECARA DRASTIK!!


Antara berita-berita BERIMPAK BESAR yang perlu diperhatikan SETIAP BULAN ialah:

 Kadar Faedah Semua Matawang  (Interest Rate)

 Kadar Pengangguran Negara-Negara Maju  (Unemployment Rate)

 Perubahan Bilangan Pekerja Negara-Negara Maju (Employment Change)

Kesan daripada berita-berita ini sangat kuat, terutamanya jika Data Sebenar jauh tersasar daripada Data Jangkaan. Jika boleh, elakkan daripada memegang atau membuka post ketika pengumuman berita-berita ini kerana price akan menggila!

Berita-berita terkini mengenai forex boleh diperolehi daripada laman web www.investing.com atau www.forexfactory.com. Anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna berkaitan berita-berita ekonomi semasa di sana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :