Berapa Banyak Masa Anda Boleh Spend Untuk Perdagangan Forex?




                    How Much Time Can You Dedicate To Forex Trading?



Anda perlu mempertimbangkan dengan serius berapa banyak trading yang akan mempengaruhi gaya hidup semasa anda.

Berapa banyak masa setiap hari / minggu / bulan (mana yang paling sesuai) bolehkah anda mendedikasikan kepada pelbagai keperluan forex trading dan mengurus sistem perdagangan?

 Masa yang anda ada harus menentukan gaya dagangan anda.

Semakin pendek tempoh masa yang anda berdagang, semakin banyak masa yang anda perlukan di depan chart

Jika anda seorang intraday, kerana anda memasuki dan keluar perdagangan sepanjang hari, anda perlu duduk lihat skrin sepanjang masa.

Semakin panjang tempoh yang anda berdagang, semakin kurang anda perlu menonton chart. Anda hanya boleh menyemak perdagangan anda dari semasa ke semasa.

Jangan lupa tentang gangguan!

Apabila anda mengatakan bahawa anda boleh berdagangkan mata wang selama 8 jam sehari, apakah itu bermakna 8 jam perhatian anda yang tidak berbelah bahagi merenung carta dan menganalisis siaran data ekonomi?

ATAU bermakna 8 jam itu untuk merenung carta, menganalisis report data ekonomi sambil membakar roti gardenia untuk sarapan pagi, bermain dengan anak-anak anda, menonton Justin Bieber di YouTube, mengikuti Rihanna di Twitter, stalking seseorang di Facebook

Kerana jika anda seorang scalper, anda mungkin akan terlepas banyak peluang untuk entry dan exit, dan akhirnya bukannya mencetak duit tetapi banyak kerugian atau peluang menang yang tidak kecil berbanding rugi yang besar

Anda juga perlu mendedikasikan masa untuk develop anda punya sistem trading sendiri DAN mengubah sistem perdagangan anda

Sebaik sahaja anda berada dalam trading, anda perlu mengurusnya.

Selepas anda exit from market, anda memerlukan masa untuk mengkaji perdagangan anda dan mencari cara untuk memperbaiki kesilapan.

Dan kemudian anda memerlukan masa untuk menulis semua yang anda rasa dan patut anda lakukan ke dalam jurnal dagangan anda.

Berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai semua ini bergantung kepada sistem perdagangan anda.

Sememangnya, sistem perdagangan tukaran mata wang memerlukan faktor dalam berapa banyak masa yang anda boleh dedikasikan.

Kesemua proses ini hanya untuk satu sistem sahaja atau teknik

Anda harus mengulangi proses ini untuk setiap sistem trading yang anda ingin develop baru

Tak kira berapa banyak waktu yang anda putuskan, pastikan anda dapat melakukannya secara konsisten.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :