Fibonacci Retracement Levels = 0.0, 0.236, 0.382, 0.5, 1.0, 1.618



 Bagaimana cara menggunakan alat yang ajaib ini di TF H4



LANGKAH 1 : Kenalpasti UPTREND @ DOWNTREND terkini di TF H4 yang sedang membuat U-Turn.



LANGKAH 2 :

a) UPTREND   = Drag garis Fibo dari Resistance (HH) ke Support (HL)

b) DOWNTREND  = Drag garis Fibo dari Support (LL) ke Resistance (LH)

Fibo mesti bermula & berakhir di HIGH & LOW SHADOW, bukan harga Close



THE GOLDEN RATIOS @ Fibonacci Retracement Levels akan muncul di atas garisan Fibo yang anda lukis tadi, beserta harganya sekali (kerana anda dah set “%) .Apabila price sudah mula melepasi Level 50.0, ANDA PERLU BERSIAP SEDIA UNTUK SET PO. Kebiasaannya, price akan turun / naik sehingga Fibo Level 38.2 @ 23.6 sebelum membuat U-Turn semula

Persoalannya, DI LEVEL MANAKAH PRICE AKAN BERHENTI LALU MEMBUAT UTURN? 23.6 atau 38.2? Kita tidak akan tahu. Jadi, langkah seterusnya…

LANGKAH 3 :

Perhatikan reaksi price di kawasan FIBO LEVEL 38.2 ATAU 23.6, samada retracement masih kuat atau dah mula nak buat U-Turn. Sila tunggu CANDLESTICK REVERSAL SIGNAL (CRS) terbentuk terlebih dahulu. Apabila CRS telah dikenalpasti, set PO di LEVEL TERENDAH / TERTINGGI YANG PERNAH DILALUI oleh price. JANGAN ambil price pada Fibo bulat-bulat. Sila genapkan kepada 10 pips yang seterusnya.

 

-Untuk Uptrend, price turun ke Level 23.6 sebelum U-Turn sehingga Level 50.0. CRS yang dikenalpasti ialah Bullish Outside Bar (BUOB). Anda pelu set PO BUY LIMIT di Level 23.6 (1.25700, genapkan ke 10 pips seterusnya), iaitu Level Terendah yang dilalui sebelum U-Turn berlaku.

-Untuk Downtrend pula, price mencecah Level 38.2 sebelum turun sehingga Level 50.0. CRS yang dikenalpasti ialah Hanging Man. Anda perlu set PO SELL LIMIT di Level 38.2 (1.4200, genapkan ke 10 pips seterusnya), iaitu Level Tertinggi yang dilalui sebelum U-Turn berlaku.



Price kembali semula ke Level-Level yang kita set PO tadi (arrow hijau & merah) lalu mengaktifkannya.


KESIMPULAN:

-Fibo Level 0.0 & 100.0 = Titik HH / HL / LH / LL atau SNR

-Fibo Level 50.0 = Untuk siap sedia set PO di kawasan 38.2 atau 23.6

-Fibo Level 38.2 atau 23.6 = Untuk set PO apabila CRS telah muncul


TIPS!! Seeloknya, pilihlah Retracement di LEVEL 23.6 kerana RISIKONYA PALING KECIL tetapi PULANGANNYA PALING BESAR!

JANGAN TERUS SET PO SEBELUM PRICE SAMPAI 38.2 @ 23.6. PERHATIKAN TERLEBIH DAHULU REAKSI PRICE DI LEVEL TERSEBUT. SELEPAS CRS TERBENTUK ATAU BANYAK DOJI MUNCUL, BARU KITA AKAN SET PO. KITA BOLEH TAFSIR DARI BENTUK CANDLESTICK SAMADA PRICE NAK TERUSKAN PERJALANAN ATAU DAH MULAI LEMAH UNTUK BUAT U-TURN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :