TEKNIK STRADDLE



 STRADDLE


Set BUY STOP dan SELL STOP beberapa minit sebelum berita diumumkan. Sila rujuk chart TF M1 (1 Minit). Lihat contoh USD/JPY di bawah. Selalunya, pergerakan harga pada hari berita besar diumumkan adalah perlahan. Beberapa minit sebelum news NonFarm Employment Change (juga dikenali sebagai Non-Farm Payroll – NFP) diumumkan, buat PO Buy Stop dan Sell Stop seperti di bawah. PO tersebut mestilah beberapa pips daripada harga semasa.

Anda perlu meletakkan TP dan SL SEBELUM market mula bergerak. Ini kerana ketika big news, position anda AMAT SUKAR ditutup secara manual disebabkan oleh pergerakan market yang menggila.




Apabila berita sudah diumumkan, PERGERAKAN DRASTIK akan berlaku. Salah satu “PERANGKAP” yang dipasang akan mengena.




Selepas berita diumumkan, lihatlah pergerakannya!! Sell Stop anda telah diaktifkan, dan dalam masa 1 minit, anda telahpun profit kira-kira 60 pips!!

Bagaimana, hebat kan Straddle?

Untuk straddle dengan selamat, news yang anda trade perlulah benar-benar berimpak besar. Ini merupakan senarai news USD yang anda boleh Straddle:

1) FOMC Statement + Federal Funds Rate

2) FOMC Meeting Minutes

3) Non-Farm Employment Change + Unemployment Rate + Trade Balance



NOTA: Sila rujuk laman web www.forexfactory.com untuk mengetahui hari dan waktu yang tepat berita-berita di atas diumumkan setiap bulan.







Ini contoh pergerakan EUR/USD ketika news FOMC Statement + Federal Funds Rate pada pukul 02:00 pagi 30 Oktober 2014 (waktu Malaysia). Price terus turun ke bawah sebanyak 50 pips dalam masa 1 minit, manakala dalam masa 30 minit, harga bergerak sebanyak 102 pips tanpa ada whipsaw ke atas! (bulatan putih)









Hanya news USD disyorkan kerana ianya konsisten berbanding dengan matawang lain. Senarai news di atas kurang “whipsaw” dan selalunya bergerak sehala sahaja. Jadi, jika anda straddle, hanya 1 post sahaja akan diaktifkan.

Walaubagaimanapun, dari semasa ke semasa, kesan news seperti ini mungkin boleh berubah dan bergantung kepada data forecast VS actual. Oleh itu, berlatihlah terlebih dahulu. Jangan tergopoh-gapah, high impact news kan ada setiap bulan.

Untuk news high impact USD, fokuskan kepada salah satu daripada pairs ini: EUR/USD, GBP/USD atau USD/JPY. Seperkara lagi, ramai trader selalu overtrade untuk Straddle news sebab tamak dan nak untung besar dengan cepat. Ingatlah Money Management. Jangan disebabkan Straddle, suku atau separuh modal anda habis pula!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :