Trade Di Luar Zon Selesa Anda




Anda perlu mempunyai pelbagai skill atau sistem di dalam trading method .Ini hanya untuk mengembangkan minda sahaja dan tidak suruh perlu buang sistem proven anda yang sedia ada.

Pointnya adalah untuk memperluaskan pengetahuan anda dan mencabar kemahiran perdagangan anda yang sedia ada


1. Daripada "breaking out" zon selesa anda, cuba mudahkan strategi baru anda perlahan-lahan.

Perubahan tidak perlu menjadi besar. Ia semudah dapat meningkatkan purata position anda 0.5% pada satu masa. Atau jika anda berdagang pasangan mata wang baru, letakkan position yang kecil dan tidak penting pada mulanya.

2. Gunakan akaun demo.

Dengan cara itu, anda mempunyai risiko yang sifar sama sekali dan satu-satunya pelaburan yang anda perlu buat adalah masa. Jika pelaburan masa adalah masalah untuk anda, cuba untuk menggunakan expert advisors dan sistem mekanikal backtest pada platform anda. Anda juga boleh menggunakan sistem simulator anda sendiri dan cuba ujian juga.

3. Lama-kelamaan, pengalaman anda akan bertambah dan berkembang

Kebanyakan trader yang berpengalaman secara rutin keluar dari zon selesa mereka. Mereka sering mempunyai akaun ujian di mana mereka mencuba strategi perdagangan dan kaedah baru. Kadang-kadang mereka menguntungkan, kadang-kadang tidak, tetapi keuntungan tidak terlalu penting kepada mereka. Apa yang penting ialah mereka belajar.

Ingat, apabila anda mengambil apa-apa tindakan baru tak kira sama ada ia menguji kaedah trading sistem atau mencari cara yang berbeza untuk menganalisis pasaran ,ini akan mencabar minda anda dan mencetuskan critical thinking.

Jika anda tetap rendah hati dan terbuka, anda mungkin melihat perkara yang tidak anda lihat sebelum ini, idea-idea baru mungkin muncul, dan skills anda akan berkembang

Kebenaran yang jujur adalah keluar dari zon selesa tidak mudah. Anda kemungkinan besar tidak berjaya pada mulanya kerana tekanan emosi atau kekurangan pengetahuan, tetapi jika diberi masa yang cukup, anda pasti boleh belajar, jadi janganlah cuma cuba sekali atau dua kali.Cubalah secara konsisten mencabar diri anda untuk mencuba perkara-perkara baru.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :