TREND REVERSAL




TREND REVERSAL



1. Bullish Divergence - downtrend akan bertukar menjadi uptrend

2. Bearish Divergence - uptrend bertukar menjadi downtrend

slalu kita dpt tgk tanda2 trend reversal:

antara top of wave 3 and wave 5 untuk dapatkan signal trend nak berubah turun dan start correction a- b-c



ATAU



antara bottom wave 3 dan bottom wave 5 untuk dptkan signal trend nak berubah naik untuk start correction a-b-c



boleh apply kat motive wave atau corrective wave yg penting tau nak amik point yg mana

contoh seperti rajah dibawah:-


Contoh 4: Bullish Divergence

syarat 1: price buat lower low.. syarat 2: indicator buat higher low (indicator tak nak ikut price lak)

maknanya, trend asal iaitu downtrend akan bertukar menjadi uptrend sebaik sahaja kita nampak 2 syarat ni.. sebaik2nya salah 1 point pada indicator dalam keadaan oversold.





Contoh 5: Bearish Divergence

syarat 1: price buat higher high syarat 2: indicatir tak nak ikut price, indicator buat lower high

maknanya price akan turun.. reverse trend sebaik2nya salah 1 point pada indicator dalam keadaan overbought .









TREND CONTINUATION





TREND CONTINUATION


1. Bullish Hidden Divergence - trend akan teruskan uptrend 2. Bearish Hidden Divergence - trend akan teruskan downtrend
selalunya trend continuation kita dpt tgk:
antara starting price of wave 1 dgn starting price of wave 2 untuk dptkan signal trend akan naik untuk wave 3

ATAU

Starting price antara wave 2 dan wave 4 untuk dptkan signal price akan naik untuk membentuk wave 5


Contoh 1:

Bullish Hidden Divergence - trend teruskan uptrend



untuk lihat Bullish Hidden Divergence, kita mesti pilih 2 point pada price iaitu LOW dan HIGHER LOW

tapi indicator mesti tunjukkan sebaliknya iaitu LOW dan LOWER LOW


jadi, sambungkan 2 point ni dgn trendline.. dan price akan naik start drp 2nd point yg kita pilih..




yg penting ialah kita kena tunggu setup tu ada.. setupnya ialah 2 point pada price dan indicator.. bila kita dah ada 1 point, just tunggu lagi 1 point supaya kita dpt setup yg complete untuk tgk hidden divergence ni.


Contoh 2: Bullish Hidden Divergence

price buat higher low, tapi indicator buat lower low.. aikk terbalik plak.. bila indicator tak ikut price, maknanya trend akan terus naik..





dlm contoh ni, trend akan continue naik untuk lengkapkan wave 5






Contoh 3 - Bearish Hidden Divergence

syarat 1: price buat lower high syarat 2: indicator buat higher high

bila cukup 2 syarat ni, price akan continue turun.. turun byk mana? kena check la support.. dan check la skrg ni wave apa..







MONEY MANAGEMENT



MONEY MANAGEMENT 

Antara bab yang sangat penting tapi trader kurang minat nak ambik berat ialah MM 
Betul kan ? 
Ya..sebab dalam kepala duk ingat nak profit saje. Bila cakap pasal loss takut, sayang, tak nak kena SL..sanggup float daripada cutloss dan macam-macam lagi. 


Tapi ramai otai-otai trader duk pesan, jaga MM...jaga MM. Jaga displin sebelum entry. 


Jadi kat sini saya kongsikan sikit persediaan kiraan sebelum entry, supaya kita nampak jelas berapa kadar loss dan profit sebelum entry. 
Jangan bila profit gelak sakan, bila loss..rasa serik dan menyesal tak sudah. 


Saya kongsikan cara saya buat kiraan MM. Bagi anda yang ada dah kiraan yang solid molid..teruskan. Mungkin anda punya lebih baik...saya punya kiraan basic je. 


Tapi agak lama dah juga saya praktikkan. 
Semoga bermanfaat ya... 

Pertama sekali kita kena kira berapa % nilai kerugian yang kita boleh terima sebelum entry baru kira untung. Kawalan risiko tu amat penting, ingat.. 


-- 


Cara kira. 


Contoh 1. 


Modal 1000usd. 
Risiko yang sanggup diterima = 2% = 20usd 
Berapa pip SL = 20 
Berapa pip TP = 40 


1000 x 2% = 20usd ( nilai kerugian ) 
20usd bahagi 20 pip = dapat nilai pip ( 1usd ) 
1usd kalau kena SL = 2% lost 
1usd kalau kena TP = 4% profit 


Kesimpulan. 


Dengan modal 1000usd tu, utk dapat profit 40usd ( 4% ) hanya boleh entry 1pip/ 1usd. 
Dengan kiraan SL 20 pip dan TP 40 pip. 

Contoh 2. 


Katalah dengan modal yang sama 1000usd 
Gatal tangan nak entry 1pip 5usd. 
SL sama 20 pip 
TP sama 40 pip. 

Mari kita kira.. 


5usd x kena SL 20pip = 100usd lost 
100usd lost = 10% lost 

5usd x kena TP 40pip = 200usd profit 
200usd profit = 20% profit 

Kesimpulan 


Dengan modal yang sama 1000usd 
Trade 1pip 5usd. 
Kalau kena SL lost 10% 
Kalau kena TP profit 20% 

Perasan tak ? sekali trade dah lost 10% 
Jangan kira profit dulu. Sebab kalau sekali trade lost 10%, hanya ada 9 kali trade je lagi. Kalau 7-8 kali lagi hit SL, memang mengganggu emosi la..dah hampir MC. 

Mungkin takde la kita hit SL direct. Tapi dengan kadar % lost yang besar macam tu, memang akan ganggu emosi trade kita. 


Tambah lagi kalau direct hit SL kena tukar teknik la. Takpun jangan trade..buat habis duit je. 



Contoh 3. 


Dulu-dulu. .. sekitar tahun 2007 zaman awal kemunculan forex ni..ramai juga trader yang kira bila ada modal 1000usd boleh trade 1pip 10usd..cepat untung katanya. 
Cuba kita kira tengok. 


Modal 1000usd 
SL sama 20 pip 
TP sama 40 pip 
Trade = 1pip / 10usd 


-- 


Situasi rugi. 


10usd x 20 SL = 200usd lost 
Kalau hit SL kita dah lost 20 % per trade..besar tu ! 
20% = 200usd 
1000usd – 200usd = 800usd baki modal 
Sekali trade rugi 20%... 

Ok tak ? Ke rasa berdebar sangat masa float atau lepas hit SL rasa menyesal sangat. Rasa tak nak buat dah..tapi lama-lama buat semula lagi. 


Baca dan kira semula bagi faham dan rasa…. 


-- 

Situasi untung. 


10usd x 40 TP = 400usd profit 
Kalau hit TP kita dah profit 40% per trade..untung besar ! 
40% = 400usd 
1000usd + 400usd = modal dah naik jadi 1400usd 
Sekali trade untung 40%..best kan ? 
Tapi ingat…SL tu jangan diabaikan. 


Contoh 4. 


Modal 1000usd juga. Trade tak kira risiko, duk ingat untung je.

1pip = 10usd 
SL takde 
Target TP = 10-20 pip 


Bila market float 30 pip 
Nilai float = 300usd = 30% 
Biarkan je..harap market akan patah balik 


Float lagi..cecah 50 pip 
Masa ni goyang sebab dah float 500usd = 50% ! 
Nak cut lost sayang, rasa banyak sangat. 

Bila cecah 70pip 
Float dah cecah 700usd = 70 % !! 
Masa ni, dalam kepala fikir..takpelah mungkin takde rezeki 
Nak MC pun MC lah……. 

Pernah tak rasa macam ni atau pernah buat macam ni ? 
Jangan buat dah tau… 


Ok dari 4 contoh kat atas, boleh faham tak cara kiraan profit dan lost tu ? 
Apa yang penting, tak kisahlah berapa banyak pun modal kita..kena kira dulu berapa % nilai lost baru kira berapa nilai lot entry 

Jangan main entry je. Dah la tak kira, bila float tambah layer lagi…dah berganda pulak nilai lost nya. 


-- 


Ok jom kira lagi. 


Contoh 5. 


Katalah modal 500usd 
SL 10 pip 
Sanggup rugi 50usd 


500 bahagi 10 = 50usd 
Nilai entry = 1pip/ 5usd 
TP ? terpulang..ambik secukup rasa. 



-- 


Tapi kalau modal 500usd 
SL 40 pip 
Trade 1pip/ 5usd apa jadi ? 


5usd x 40 = 200usd 
200usd lost = 40% 
Baki modal 300usd 

Mesti rasa menyesal kan ? Kalau untung takpe, masalahnya bila rugi baru nak teringat. Sebab tu…penting sangat kira dulu sebelum entry. 

Contoh 6. 


Modal kecil tapi nak trade tenang dan munasabah. 


Katakan modal 100usd. 
Risiko per trade 2% 
SL 40 pip 
TP 50 pip 


100usd x 2% = 2usd 2 bahagi 40 pip ( SL ) = 0.05sen ( nilai pip ) 


Rugi. 
0.05 x 40 hit SL = lost 2usd 
2usd = 2% lost 

Untung. 
0.05 x 50 hit TP = 2.50usd 
2.50usd = 2.5% profit 

-- 

Katalah.. 
Dalam 20 kali entry, ada 13 profit dan 7 lost 



Profit : 13 x 2.5% = 32.5% 
Lost : 7 x 2% = 14 % 
Total : 32.5 – 18.5 = 18.5% 



Nampak ? Jumlah keseluruhan lepas 20 kali entry, masih untung 18.5%. Kalau setiap bulan boleh menten macam ni pun dah cukup baik. Jaga je modal bagi besar. 


Tak perlu kejar untung besar-besar, sebab risikonya juga besar. Yang penting, sebelum entry mesti buat kiraan bagi nampak dengan jelas. 
Berapa untung, berapa rugi …


Ok kawan...tuan / puan yang saya hormati sekalian. Jagalah betul-betul bab MM ni ya. Kita agak selalu tewas emosi. Emosi untuk entry...asal pegang fon je, buka mt4 terus cari entry. Padahal setup memang takde pun. 


Makanya..kiraan MM ni lah yang akan menyelamatkan akaun kita. Ya ! ia boleh menyelamatkan. Paling kurang akaun boleh bertahan lama. Jangan depo hari ni esok MC...depo hari ni minggudepan MC 


Macam kiraan kita tadi, walaupun per entry tu profit kita hanya 2.5% tapi total sebulan boleh cecah 18%. Itu dah tolak loss sekali dah. Sangat baik dah kalau kita boleh kekal menten macam tu. 
Cuba kira..setahun dah berapa ? Warren buffet buat setahun 20% je kan ? 

Forex ni susah. Memang susah. Senangnya sebab tak kena jual barang kat orang je. Susahnya...pada bab emosi, kawalan risiko dan kurang sabar untuk entry. 


Ok...jaga ya. Jaga MM baik-baik. 

Amin


Teknik Kotak Breakout



Teknik Kotak Breakout M5 





Langkah pertama, gunakan vertical line untuk tanda jam 8.00-20.00 waktu broker masing- masing 

*PENTING 
broker bukak pkul 5 . pkul 2 pagi . broker bukak pukul 6 . candle pkul 3 pagi broker bukak kol 4 . candle pkul 1 

Langkah seterusnya gunakan horizontal line untuk tanda HIGH dan LOW dalam waktu 8.00 – 20.00 

*PENTING 
DALAM kotak 8.00 – 20.00 broker masing masing





Seterusnya perhatikan price nak break HIGH horizontal atau LOW 

*PENTING 
Pastikan Time frame M5. Pastikan break dengan body Disarankan menggunakan candle stick 





Entry selepas m5 break horizontal line Floting – atau + itu pasti 
Anda kena tahu dimana untuk cutloss 

Cutloss di high selepas break horizontal line. Seperti di dalam gambar Take profit di sarankan 30-40 pip sahaja. 

*PENTING 
untuk mengurangkan risk. Set BE/breakeven selepas price + 10 pip ke atas

RISK APPETITE and RISK AVERSION



PENGAMBILAN DAN PENOLAKAN RISIKO


(RISK APPETITE and RISK AVERSION)


Kedua-dua istilah di atas sering disebut di dalam laman-laman web berkaitan forex. Sebelum kami jelaskan apakah maksud istilah-istilah tersebut, kami akan terangkan kenapa USD mendominasi pasaran forex. 

USD, atau Dollar Amerika Syarikat, dianggap sebagai “matawang paling selamat” untuk dilabur dalam forex ketika pasaran berisiko tinggi. Di dalam bahasa Inggeris, USD dikenali sebagai “Safe Heaven”. Sekiranya keadaan pasaran kurang berisiko, mereka akan melaburkan dana mereka ke dalam matawang-matawang berfaedah tinggi, seperti AUD dan NZD. 

RISK APPETITE berlaku apabila para pelabur berpendapat keadaan pasaran adalah stabil dan kurang berisiko. Jadi, mereka akan melaburkan matawang mereka kepada matawang berfaedah tinggi. Kesannya? USD akan menjadi LEMAH, manakala matawang-matawang berfaedah tinggi (seperti AUD & NZD) akan MENGUAT. 

RISK AVERSION pula berlaku apabila para pelabur merasakan keadaan pasaran adalah volatile dan sangat berisiko, maka kemungkinan mereka ditimpa kerugian adalah tinggi. Oleh itu, mereka akan memilih untuk melabur ke dalam matawang USD. Kesannya? Matawang USD akan MENGUAT, dan pasangannya akan MELEMAH.

Kadangkala, tentu anda tertanya-tanya, “Kenapa matawang lain jatuh tetapi USD tetap meningkat naik?”. INILAH SEBABNYA. Ingat, jika pasaran berisiko, para pelabur akan memilih USD. Jika pasaran stabil, matawang berfaedah tinggi menjadi pilihan. Ini merupakan salah satu penggerak harga pasaran. Jadi, jangan lupa untuk mengikuti perkembangan ekonomi semasa. Okay? 

PETUA MEMILIH PAIRS UNTUK DI TRADE



KATEGORI PERGERAKAN PAIRS

Terdapat 3 Kategori pergerakan pairs iaitu PERLAHAN, SEDERHANA dan LAJU. Ia ditentukan oleh “Julat Harian @ Daily Range” sesuatu pair, samada ia bergerak banyak atau sedikit dalam sehari. Contoh-contoh pairs adalah seperti berikut: 


PERLAHAN  – EUR/GBP, NZD/USD ( < 100 pips sehari ) 

SEDERHANA – GBP/USD, USD/JPY, EUR/USD ( 100 – 200 pips sehari ) 

LAJU    – GBP/JPY, EUR/NZD, GBP/AUD ( > 200 pips sehari ) 


PETUA MEMILIH PAIRS UNTUK DI TRADE


1) TRADE KESEMUA MAJOR PAIRS, kerana pairs ini sangat popular di seluruh dunia. Maknanya, chart yang anda tengok adalah sama dengan chart yang orang lain tengok. Maka, analisis anda seperti SNR, Trendline dan sebagainya boleh dirujuk di dalam forum-forum internet untuk membuat semakan bagi mendapatkan lebih kepastian. 


2) PILIH PAIRS YANG SPREAD NYA RENDAH. Ini bergantung kepada broker anda. Spread merupakan salah satu kriteria yang perlu dikaji semasa proses pemilihan broker. 


3) TRADE PAIRS BERKELAJUAN SEDERHANA, kerana ia lebih selamat. Pairs yang bergerak terlalu perlahan akan melambatkan penjanaan keuntungan, manakala yang terlalu laju pula akan menyebabkan SL anda dicecah dengan selamba. Pairs yang bergerak SEDERHANA boleh memberikan anda profit lumayan secara berterusan, dan dalam masa yang sama tidak memerlukan SL @ risiko yang besar. 

Pairs yang berkelajuan sederhana ialah MAJOR PAIRS. Fokuskan trade anda kepada major pairs. Itu sudah memadai untuk mendapatkan profit yang berterusan. 

CORRELATION OF PAIRS


HUBUNGKAIT ANTARA PASANGAN MATAWANG


CORRELATION OF PAIRS


HUBUNGAN POSITIF


Pairs yang mempunyai hubungan POSITIF bermaksud: Jika satu pairs NAIK / TURUN, pairs yang satu lagi pun akan NAIK / TURUN juga. Jadi, apabila anda ingin membuka position untuk kedua-dua pairs sekaligus, pastikan ambil post yang SAMA iaitu Buy @ Sell kedua-duanya. JANGAN AMBIL POSITION YANG BERTENTANGAN!! Contoh-contoh pairs adalah seperti di bawah :-


EUR/JPY dan GBP/JPY







AUD/USD dan NZD/USD






Kedua-dua pasangan pairs di atas bergerak ke ARAH YANG SAMA, iaitu apabila satu pairs menaik / menurun, pairs yang satu lagi juga akan menaik / menurun. 


HUBUNGAN NEGATIF 

Untuk hubungan NEGATIF: Jika satu pairs NAIK / TURUN, maka pairs yang satu lagi akan TURUN / NAIK. Kalau anda nak open position, pastikan open position yang BERTENTANGAN iaitu satu BUY dan satu lagi SELL. JANGAN AMBIL POSITION YANG SAMA ARAH!! Antara pairs yang berhubungan negatif ialah: 


EUR/USD dan USD/CHF 








AUD/USD dan USD/CAD 








Kedua-dua pasangan pairs di atas mempunyai pergerakan yang BERLAWANAN, iaitu apabila satu pairs menaik, pairs yang satu lagi pula akan menurun. 

Pergerakan forex banyak dipengaruhi oleh kekuatan USD. Ini kerana jika anda perhatikan, major pairs dipasangkan dengan USD. Jika USD MENGUAT, kesemua pairs QUOTE USD akan JATUH. Sebaliknya, pairs BASE USD pula akan NAIK. 

KESIMPULANNYA… JIKA USD MENGUAT: USD/XXX = AKAN NAIK (contoh; USD/JPY, USD/CHF) XXX/USD = AKAN TURUN (contoh: GBP/USD, EUR/USD) 

Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain



Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain.


Jealous traderJika anda menghabiskan terlalu banyak masa di Facebook memeriksa mana rakan anda telah membeli bitcoin atau menikmati percutian berbilang bandar yang mewah, maka anda mungkin merasa tidak baik untuk tidak "hidup dalam hidup" seperti yang mereka lakukan.

Ia lebih mudah dikatakan daripada dilakukan, tetapi anda TIDAK harus membandingkan cara anda lakukan dan cara mereka lakukan mempengaruhi perasaan anda tentang kejayaan dalam hidup.

Perbandingan tidak berguna dan tidak menambah apapun dalam hidup anda. Jalankan perlumbaan anda sendiri.Race your own track.

Setiap kasut manusia tidak sama .

Anda sahaja boleh mengasah kemahiran forex trading anda. Apa yang berfungsi untuk orang lain tidak semestinya berfungsi untuk anda. Anda mesti mencari kaedah anda sendiri, yang sepadan dengan kemahiran dan keperibadian dagangan anda.

Ingat bahawa perbandingan hanya akan membuatkan anda berasa kecewa dan mengalihkan perhatian anda daripada memupuk jalan anda sendiri untuk meraih keuntungan.

Jangan fikir anda cuba menewaskan orang lain ke garisan penamat di dalam khayalan anda. Orang-orang yang mencapai perkara-perkara besar didalam kehidupan mereka ialah mereka bekerja secara bebas dan mengikut syarat mereka sendiri. Mereka tidak peduli bagaimana orang lain lakukan. Mereka mengikuti rules dan garis masa mereka sendiri, semangat mereka sendiri, dan melihat INWARD untuk ke mana seterusnya.

Bagaimana prestasi anda tidak ada hubungan dan kaitannya dengan cara orang lain lakukan. Semua perbandingan itu akhirnya hanya akan menyeksa anda sahaja. Anda hanya akan berasa cemburu atau iri hati dan tidak menambah life anda untuk jadi lebih baik 

Live your Life

Defeat is a state of mind
No one is ever defeated
Until Defeated has been 
Accepeted as a reality
-Bruce Lee-

Hubungkait antara matawang




Di dalam forex terdapat banyak pasangan matawang @ pairs. Pairs yang biasa didagangkan ialah GBP/USD, EUR/USD, USD/JPY, AUD/USD dan USD/CHF. Apakah maksud di sebalik pairs ini?



-BASE CURRENCY dan QUOTE CURRENCY

BASE currency adalah matawang di sebelah KIRI, manakala QUOTE currency pula matawang di sebelah KANAN. Contohnya, dalam pairs GBP/USD, GBP = Base manakala USD = Quote. Jika harga GBP/USD ialah 1.5600, ini bermaksud: Untuk mendapatkan GBP 1.00, anda memerlukan USD 1.56. 

Secara ringkasnya, forex pairs menunjukkan BERAPA QUOTE CURRENCY YANG DIPERLUKAN untuk MENDAPATKAN 1 UNIT BASE CURRENCY. 



-PERGERAKAN HARGA PASANGAN MATAWANG

Seperti yang kita boleh lihat dalam chart, harga forex pairs berubah-ubah setiap detik. Ia akan TURUN dan NAIK 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Apakah yang menyebabkan harga sesuatu pairs itu naik, turun atau tidak bergerak? 

Kali ini, kita akan menggunakan contoh EUR/USD pula. Katakan harga EUR/USD ketika ini 1.1300. Jika harganya melonjak ke 1.1500, apakah yang telah berlaku?  

JAWAPAN: Matawang EUR MENGUAT. Bagaimana kita nak tahu pairs mana yang menguat atau melemah? Masih ingat konsep Base dan Quote currency? 


Sebelum ini, EUR 1.00 = USD 1.13. Sekarang, EUR 1.00 = USD 1.15. Ini bermakna, anda perlu membayar LEBIH sebanyak USD 0.02 untuk mendapatkan 1 EUR. Inilah yang dikatakan EUR MENGUAT dan USD MELEMAH kerana anda perlu membayar LEBIH USD untuk mendapatkan EUR 1.00.  (Anda hanya perlu tahu matawang mana yang menguat sahaja. Ini kerana apabila satu matawang menguat, secara automatik matawang yang satu lagi melemah). 

Bagaimana pula jika harga EUR/USD turun? Ini bermakna USD pula yang MENGUAT. CONTOH: Mula-mula harga 1.1200. Sekarang dah jadi 1.1000. anda JIMAT sebanyak USD 0.02 untuk mendapatkan EUR 1.00. Dalam chart, kita akan nampak harga EUR/USD menurun. Ini bermakna USD telah menguat kerana anda memerlukan KURANG USD untuk mendapatkan EUR 1.00. 

Tak kira apa pun pairs yang anda kaji, sentiasalah ingat konsep Base and Quote currency supaya anda tahu kenapa sesuatu pairs itu naik atau turun. 

Secara asasnya:
-Jika price sedang NAIK, maknanya BASE Currency sedang MENGUAT  
-Jika price sedang TURUN, maknanya QUOTE Currency sedang MENGUAT 



WTI Oil Price






                  



                              



WTI Oil Price
Lonjakan harga minyak mentah dunia adalah disebabkan oleh keputusan yang dibuat oleh OPEC. OPEC bersetuju untuk terus memotong pengeluran minyak mentah dunia bertujuan untuk meningkatkan harga minyak mentah.

Sebab tu la, bila semak chart WTI Oil Price, peningkatan mendadak berlaku sejak Nov-Disember 2019. Laporan menyebut pemotongan akan diteruskan sehingga Mac 2020.
OPEC ni adalah pihak paling berkuasa dalam mengawal nilai minyak mentah dunia. Kuasai setiap keputusan OPEC, kita akan mudah untuk forecast nilai harga minyak mentah dunia.
Next year kita trade Oil sama2. Dan juga index, stocks, metal dan semua instrument yang ada. Ayuh jadi trader yang punyai pengetahuan penuh dalam bidang Financial Derivatives

Credit : Bro Ahmad Faizzuddin Pengasas Majalah forex Malaysia 

Strategi Carry Trade



CARRY TRADE adalah satu strategi di mana anda MENJUAL matawang yang berFAEDAH RENDAH, dan MEMBELI matawang yang berFAEDAH TINGGI. Tidak kira samada position anda menguntungkan ataupun tidak, anda akan tetap mendapat faedah tersebut selagi position anda tidak ditutup. 

Setiap matawang dalam forex akan memberikan anda faedah @ interest. Dalam 1 pairs terdapat 2 matawang (CONTOH: AUD/USD). Oleh itu, akan ada 2 interest yang terlibat, iaitu BUYING INTEREST dan SELLING INTEREST: 


 Jika Buy Interest > Sell Interest = POSITIVE CARRY (DAPAT interest)  

 Jika Sell Interest > Buy Interest = NEGATIVE CARRY (BAYAR interest) 


ANALOGI: Anda pinjam $10,000 daripada bank yang caj faedah 2% setahun. Anda laburkan $10,000 tersebut dalam unit trust yang memberikan anda pulangan 7% setahun. Jadi, anda mendapat UNTUNG @ POSITIVE CARRY sebanyak 5% (7% - 2%). Sebaliknya, jika bank caj anda 7%, tetapi pelaburan anda hanya memberikan untung 2%, anda akan RUGI @ NEGATIVE CARRY sebanyak 5%. 


Jadi, untuk mendapat untung dalam Carry Trade, anda perlulah BUY matawang yang berFAEDAH TINGGI, dan SELL matawang yang berFAEDAH RENDAH. Jadual di bawah menunjukkan kadar faedah pada Disember 2007 dan Januari 2015: 






Berdasarkan Kadar Faedah Disember 2007 di atas, jika anda BUY USD/JPY (BUY USD, SELL JPY) anda akan MENDAPAT 4.00% Positive Carry (4.25% - 0.25%). Sebaliknya, jika anda SELL USD/JPY (maknanya SELL USD, BUY JPY), anda akan DIKENAKAN CAJ sebanyak 4.00% Negative Carry (0.25% - 4.25%).  


Sukacita dimaklumkan bahawa faedah akan dikira secara HARIAN, dan akan dikreditkan / didebitkan SETIAP HARI selepas berakhirnya US session. Selain itu, faedah dikira atas amaun lot anda dan bukan atas margin. Katakan anda BUY USD/JPY sebanyak $100,000 dengan Leverage 100:1. Jadi, margin anda adalah $1,000. Faedah akan dikira atas $100,000 dan bukannya $1,000. Kalau 5% Positive Carry setahun, anda akan menerima $5,000 dengan margin $1,000. Hebat bukan?? 


Apabila anda membuka post untuk Carry Trade, terdapat 3 Senario yang bakal berlaku: 

1. Anda mendapat interest dan profit, jika position anda mengikut arah pasaran 

2. Anda mendapat interest sahaja, jika price tidak berganjak 

3. Anda mendapat interest, tetapi rugi dalam trade anda jika harga terkena SL 


Jadi, untuk memaksimakan keberkesanan Carry Trade @ Senario 1, pilihlah pairs yang: 

 Memberi Positive Carry yang TINGGI 

 Sedang berada dalam UPTREND 


Carry trade hampir pupus pada masa kini, kerana faedah yang ditawarkan oleh semua matawang tersangatlah rendah, kecuali AUD & NZD. Sebagai perbandingan, NZD pada 8 tahun lepas memberikan faedah 8.25%, kini hanya menawarkan 3.50%, iaitu lebih rendah sebanyak 4.75%!! 

Jadi, tidak banyak untung yang boleh diperolehi melalui strategi sebegini. Lupakan saja Carry Trade… Cuba untuk faham dan belajar sekadar ilmu maka boleh.

Kenapa Elliot Wave Kurang Digunakan Dalam Kalangan Trader



 EW sangat kompleks, di dalam setiap wave ada lagi wave di dalamnya. Susah nak pastikan samada ia berada di dalam major wave atau minor wave. 

 Satu wave memakan masa yang panjang untuk dilengkapkan. Maka, EW menuntut pengorbanan masa dan modal yang besar, kerana SL anda juga perlu seiring dengan saiz wave EW itu sendiri 

 EW count sudahpun banyak dibuat oleh para professional trader. Anda hanya perlu pergi ke website mereka dan rujuk secara PERCUMA. Jadi, anda tidak perlu mengira sendiri wave tersebut. Salah seorang daripada mereka ialah JAMIE SAETTELE daripada www.dailyfx.com. 

 Wave counting tidak akan sama bagi setiap orang kerana ia sangat subjektif. Terdapat gurauan mengenai EW, di mana jika anda menyuruh 10 orang membuat EW count, mereka akan memberikan 10 count yang berbeza!! 

 EW count kadang-kadang tersasar daripada apa yang dijangka disebabkan oleh Throwover (price bergerak melepasi jangkaan pergerakan wave akan berhenti). ANDA AKAN RUGI BESAR JIKA PERKARA INI BERLAKU!!!


Semoga anda telahpun mendapat serba sedikit idea mengenai EW. Sekali lagi diberitahu  kenapa ramai tidak menggunakan EW di dalam trading adalah disebabkan oleh faktor-faktor di atas. 

Kepada sesiapa yang ingin mendalami teori EW, kami syorkan anda baca ebook / buku tulisan 

'Robert Balan : Elliot Wave Theory Applied To Foreign Exchange'. 

Ia sebuah buku yang bagus jika anda ingin kenal EW dalam forex dengan lebih mendalam. 



Aplikasikan Teori Elliot Wave ke dalam Real Chart


Contoh

Kalau dalam chart Candlestick forex, analisis EW kelihatan seperti ini: 





Rajah di atas menunjukkan 5 WAVE IMPULSIVE (1, 2, 3, 4 dan 5) ke ATAS, iaitu price berada dalam keadaan UPTREND. Setelah urutan 5 wave menaik itu tamat, ia akan disusuli pula oleh fasa CORRECTIVE yang mempunyai 3 wave. (a, b dan c). 

Di dalam setiap wave ini, ada lagi wave-wave di dalamnya. Wave yang di dalamnya itu pula, ada lagi wave-wave kecil di dalamnya. Ia dikenali sebagai “Wave within a wave”. Ianya boleh digambarkan seperti ini: 





Prinsip Dalam Elliot Wave



Pada tahun 1920-an, Ralph Nelson Elliott telah mengkaji pergerakan harga saham dan mendapati ia bergerak secara teratur seperti pergerakan ombak (wave). 

Ia disebabkan oleh percampuran emosi para trader di dalam pasaran, pengumuman penting syarikat gergasi / kerajaan dan sebagainya. 

Elliott telah memperkenalkan satu prinsip di mana beliau mengatakan harga bergerak dalam 5 WAVE IMPULSIVE (1 – 5), dan disusuli pula oleh 3 WAVE CORRECTIVE (a-b-c) seperti ini: 





PARABOLIC STOP AND REVERSE




Sebagaimana nama yang diberikan, PARABOLIC STOP AND REVERSE @ PSAR menunjukkan di mana price akan stop dan seterusnya membuat reversal. 

Ianya sangat-sangat mudah untuk digunakan. BUY apabila titik P-SAR muncul DI BAWAH, dan SELL apabila titik P-SAR muncul DI ATAS. Senang sahaja kan? Setting yang biasa digunakan : Step = 0.02 dan Maximum = 0.2 





Dalam rajah di atas, pada mulanya Uptrend sedang berlaku. Jadi titik-titik P-SAR berada DI BAWAH price semasa. Signal seterusnya ialah apabila Titik P-SAR muncul DI ATAS price, menandakan Downtrend akan berlaku. 

Apabila titik pertama DI ATAS PRICE muncul, trader akan enter SELL @ SHORT di sini. Post akan ditutup apabila titik P-SAR muncul semula di bawah price semasa @ di posisi yang bertentangan.

RELATIVE STRENGTH INDEX



RELATIVE STRENGTH INDEX @ RSI berfungsi seperti Stoch, di mana ia juga mengukur tahap OverBought (OB) dan OverSold (OS) pasaran. Tidak seperti Stoch yang menggunakan 2 Garisan MA, RSI hanya menggunakan 1 garisan sahaja. Setting Yang Biasa Digunakan : Period = 14, OverBought = 70 dan OverSold = 30. 

Selain menjadi penunjuk OB dan OS, RSI juga digunakan sebagai PENENTU TREND. Jika RSI berada di atas 50, market sedang berada dalam Uptrend dan trader akan mengintai peluang untuk BUY sahaja. Jika RSI berada di bawah 50 pula, market sedang dalam Downtrend dan trader akan mencari peluang untuk SELL sahaja. 


Sekarang mari kita lihat cara untuk trade menggunakan RSI





Market sedang dalam keadaan OverSold, iaitu di bawah Level 30. Trader akan open post BUY di sini apabila garisan RSI mula membengkok ke atas. Post akan ditutup apabila price sampai ke peringkat OverBought, yakni Level di atas 70.

STOCHASTIC



STOCHASTIC @ Stoch digunakan untuk melihat samada market telah Terlalu Banyak Dibeli (OVERBOUGHT - OB) atau Terlalu Banyak Dijual (OVERSOLD - OS). Apabila market telah OB, ada kemungkinan ia akan mula dijual, lalu mengakibatkan price turun. Jika market OS pula, trader akan mula membeli dan price akan naik. Trader akan hold position mereka sehingga market menjadi OverSold / OverBought semula. Setting Yang Biasa Digunakan : %K = 5, %D = 3 dan Slowing = 3. 

Stoch menggunakan MA kecil (garisan kuning) dan besar (garisan putusputus). Post akan dibuka apabila MA kecil bersilang dengan MA besar. Biasanya, Level 20 dan 80 akan digunakan sebagai petunjuk OverSold dan OverBought. Jika kedua-dua MA berada di bawah 20, tandanya market sudah OverSold. Jika ia berada di atas 80 pula, maknanya market sedang OverBought. Contohnya seperti berikut: 





Stoch menunjukkan MA berada di bawah level 20, menandakan market sedang OverSold. Post BUY akan dibuka di sini sebaik sahaja MA kecil mendahului MA besar. Post akan ditutup apabila market menjadi OverBought (Level > 80). Satu lagi cara untuk close position ialah apabila MA kecil bersilang kembali dengan MA besar. 

MOVING AVERAGE - Simple MA (SMA) & Exponential MA (EMA)


MOVING AVERAGE


MOVING AVERAGE @ MA merupakan satu garisan yang mengukur purata harga CLOSE bagi X period dalam sesuatu TF. Sebagai contoh, MA 5 pada TF 1 jam akan mengukur purata harga Close untuk 5 jam (5 x 1 jam = 5 jam). Jika pada TF 4 jam pula, MA 5 akan mengukur purata harga Close bagi 20 jam (5 x 4 jam). MA digunakan untuk mengenalpasti pembentukan trend baru seawal yang mungkin. 


Terdapat 2 JENIS MA yang biasa digunakan:  

 Simple MA (SMA)  = mengira purata harga secara terus 

 Exponential MA (EMA) = mengira purata yang sama, tetapi pergerakan yang luar biasa (contoh: pergerakan harga ketika pengumuman Big News) tidak akan diambilkira. Oleh sebab itu, EMA lebih banyak digunakan berbanding SMA. 

SEMAKIN TINGGI nilai SMA @ EMA, SEMAKIN JAUH garis MA tersebut daripada price. Cuba lihat perbandingan Period MA dalam rajah di bawah: 



 Anda boleh menggunakan SATU MA atau LEBIH DARIPADA SATU MA untuk trade


-SATU MA
Dalam penggunaan Satu MA, MA tersebut berfungsi sebagai titik panduan di mana price akan TERPANTUL semula untuk menyambung trend nya. MA akan berfungsi sebagai garisan SUPPORT AND RESISTANCE. Lihat rajah MA 15 di bawah:



Price sedang dalam Downtrend, kemudian retrace sehingga mencecah garis MA 15. Selepas menyentuh garisan ini, price kembali mengikut trend asalnya. Trader akan Enter post SELL di titik ini dan Close apabila MA bertembung kembali dengan price. 


-LEBIH DARIPADA SATU MA
Dalam penggunaan Lebih Daripada Satu MA pula, post akan dibuka apabila MA kecil BERSILANG dengan MA besar. Arah post akan mengikut MA kecil. Sila lihat rajah di bawah. Contoh MA yang digunakan ialah EMA 5 dan EMA 50: 




Post SELL akan dibuka apabila Garis EMA 5 bersilang dengan EMA 50, dan post akan ditutup apabila kedua-dua EMA tersebut bersilang semula

Bahaya Trade News



Anda TIDAK GALAKKAN untuk menjadi news trader kerana:-


SLIPPAGE

 Ini masalah utama news trading. Slippage bermaksud PO atau SL anda TIDAK DIAKTIFKAN walaupun harga telah mencecah atau melepasi had yang anda tetapkan.

CONTOH: Anda set PO BUY EUR/USD di 1.1300 dan TP di 1.1350, ketika harga semasa 1.1280. Sebaik berita diumumkan, harga melonjak naik sehingga mencecah 1.1360, tetapi post anda masih belum dibuka kerana market sangat sibuk. Setelah mencecah 1.1360, harga menjunam ke bawah dan PO anda diaktifkan pada harga 1.1300. Malangnya, selepas PO anda diaktifkan, harga terus turun menjunam.

Senario yang sama juga boleh terjadi terhadap SL, di mana harga boleh melepasi had kerugian maksimum yang anda tetapkan. Jika harga terus bergerak bertentangan dengan anda, anda akan mengalami KERUGIAN YANG SANGAT-SANGAT BESAR!! Anda tidak boleh menyalahkan broker kerana mereka telahpun melindungi diri mereka melalui terma dan syarat semasa anda membuka akaun dengan mereka.



SPREAD YANG TINGGI

 Ketika Big News diumumkan, spread lebih tinggi sekurang-kurangnya 3 kali ganda. Jika spread ketika market normal ialah 3 pips, ia akan menjadi 9 pips atau lebih.




FROZEN PRICE

Ini akan berlaku ketika pengumuman berita besar, di mana anda tidak dapat open / close position kerana market terlalu sibuk! Anda perlu menekan butang “Open / Close Position” berkali-kali (requote). Anda cuma boleh open / close post anda kirakira 15 minit selepas news diumumkan, iaitu apabila market menjadi stabil semula.


WHIPSAW
Whipsaw bermaksud harga bergerak terlalu laju DALAM SEKELIP MATA.

CONTOH: Anda set BUY STOP GBP/USD pada 1.5000 dan SELL STOP pada 1.4960, ketika harga semasa = 1.4980. Keputusan berita adalah NEGATIF, jadi harga akan MENJUNAM KE BAWAH. Namun begitu, harus diingat bahawa terdapat berjutajuta trader di seluruh dunia yang juga BUY dan SELL. Disebabkan reaksi kedua-dua transaksi ini, PO BUY STOP anda telah diaktifkan kerana harga naik sekelip mata ke atas sebelum ia jatuh menjunam dan mengaktifkan SELL STOP anda pula. Post Buy anda terkena SL lalu anda mengalami kerugian, tetapi post Sell anda menghasilkan profit


PRICED-IN MOVEMENT
 Fenomena ini akan terjadi apabila keputusan sesuatu berita itu TELAH DAPAT DIJANGKAKAN. Contohnya, katakanlah majoriti analyst menjangkakan Unemployment Rate Australia akan turun (berita baik), maka kebanyakan trader telahpun mengambil posisi BUY sejak dari awal lagi. Jadi, walaupun berita tersebut diumumkan kelak, pergerakan harga TIDAK AKAN MENJADI DRASTIK kerana majoriti trader sudah sedia maklum mengenainya.

Berdasarkan sebab-sebab di ataslah anda tidak digalakkan untuk trade news. Sekiranya anda berkeras juga nak trade news, gunakan teknik kedua iaitu berdasarkan Result Trading. Tunggu price stabil terlebih dahulu (retrace) sebelum enter post kerana ia lebih selamat. Sayangilah modal anda, elakkanlah ia daripada dileburkan dalam masa beberapa minit sahaja. Banyak lagi peluang trade yang lain. Sebulan ada 20 hari untuk trade (seminggu = 5 hari trading, sebulan = 5 hari x 4 minggu = 20 hari). Jangan disebabkan 1 hari trade news, 19 hari anda tak boleh trade (kerana MC). Lebih baik tak trade 1 hari tetapi 19 hari lagi anda boleh trade.

TEKNIK NEWS RESULT TRADING


TEKNIK-TEKNIK FUNDAMENTAL @ NEWS TRADING


-RESULT TRADING

Trade berdasarkan KEPUTUSAN BERITA. Jika Positif, anda ikut sahaja haluan yang positif tersebut dan begitulah sebaliknya. Contohnya, jika Kadar Pengangguran (Unemployment Rate) di US MENURUN berbanding bulan lepas, anda perlu BUY USD kerana USD akan menguat disebabkan oleh berita positif itu.

Lihat contoh di bawah. NFP pada 9 Mac 2012 merupakan berita positif, kerana Data Actual melebihi Data Forecast (227K vs 209K). NFP memberikan impak besar kepada pergerakan USD/JPY. Berita positif ini mengakibatkan price USD/JPY melonjak naik tepat pada masanya. Sila lihat chart TF M15 di bawah:













Pada 9 Mac 2012, news NFP dimumkan pukul 13:30 GMT, iaitu pukul 9.30 malam waktu Malaysia. Sebaik sahaja news diumumkan, USD/JPY melonjak sebanyak 56 pips (High 82.345 – Low 81.783) dalam tempoh 15 minit (bulat biru).

TIPS: Selalunya jika Result News mengikut trend (seperti contoh di sebelah), price akan terus pergi jauh. Jika Result News melawan trend, price akan retrace dahulu disebabkan Result News sebelum kembali mengikut trend.


Jangan kelam kabut untuk Buy pada harga yang tinggi. Seeloknya, tunggu price turun semula (retrace) terlebih dahulu, dan Buy pada harga serendah mungkin.

Masalah utama teknik ini ialah selalunya trade anda tidak dapat dibuka oleh broker. Ini kerana broker menjadi terlalu sibuk memenuhi permintaan ramai trader yang ingin membuka post dalam tempoh 15 minit pertama selepas big news diumumkan.

(Fundamental Analysis @ FA)



Analisis Fundamental (Fundamental Analysis @ FA) merupakan analisis yang tidak menggunakan chart atau bantuan-bantuan teknikal yang lain, sebaliknya hanya menggunakan data daripada berita-berita ekonomi semasa. 

Berita yang POSITIF / BAIK akan MENGUKUHKAN sesuatu matawang, manakala berita yang NEGATIF / TIDAK BAIK akan MELEMAHKAN sesuatu matawang.  

 Sebagai contoh, jika kadar pengangguran di US meningkat daripada 9.50% kepada 9.70%, ia menandakan ekonomi US lemah kerana tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. 

Berita buruk ini akan MELEMAHKAN USD dan menggalakkan para trader untuk SELL USD. Jadi, pairs yang mempunyai USD sebagai BASE (contoh: USD/JPY, USD/CAD & USD/CHF) akan MENURUN. 

Apabila berita berimpak besar diumumkan, market akan bergerak BERPULUHPULUH PIPS di dalam masa BEBERAPA SAAT SAHAJA!! (bergantung kepada kekuatan data berita tersebut). Setiap kali sebelum berita diumumkan, akan ada Data Jangkaan VS Data Sebenar (Forecast VS Actual). 

Jika Data Sebenar JAUH daripada Data Jangkaan, maka pairs yang terlibat akan BERGERAK SECARA DRASTIK!! 

Antara berita-berita BERIMPAK BESAR yang perlu diperhatikan SETIAP BULAN ialah: 

 Kadar Faedah Semua Matawang  (Interest Rate) 

 Kadar Pengangguran Negara-Negara Maju  (Unemployment Rate) 

 Perubahan Bilangan Pekerja Negara-Negara Maju (Employment Change) 

Kesan daripada berita-berita ini sangat kuat, terutamanya jika Data Sebenar jauh tersasar daripada Data Jangkaan. Jika boleh, elakkan daripada memegang atau membuka post ketika pengumuman berita-berita ini kerana price akan menggila! 

Berita-berita terkini mengenai forex boleh diperolehi daripada laman web www.dailyfx.com atau www.forexfactory.com atau myfxbook.com. Anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna berkaitan berita-berita ekonomi semasa di sana

TIPS TREND & ENTRY




TIPS TREND & ENTRY


• TREND - Gunakan maklumat EMA dan TIMEFRAME untuk membuat analisis kenal-pasti arah di timeframe yang lebih besar seperti Daily ataupun Weekly.

• ENTRY - Pertembungan atau confluence adalah salah- satu strategi terbaik untuk membuat entry.

• Pertembungan satu atau lebih(tools dan EMA), akan memberikan peluang winning rate tinggi.

• Entry boleh dibuat pada timeframe itu atau, buka di timeframe yang lebih rendah untuk entry point.

• Anda mungkin memerlukan multi-timeframe untuk memudahkan entry anda.

• EMA akan bertindak sebagai confirmation untuk entry berdasarkan trend yang dikenal-pasti pada timeframe di Daily ataupun Weekly.


STRATEGI ENTRY CONFLUENCE










TIPS MENGGUNAKAN EMA



TIPS MENGGUNAKAN EMA 



• EMA akan memberikan maklumat berbeza-beza bagi setiap timeframe, bagi yang tertanya-tanya EMA dan timeframe apakah yang sesuai, jadual di bawah boleh dijadikan panduan. 






• Semakin besar timeframe, semakin kecil EMA yang digunakan. 

• Semakin kecil timeframe, semakin besar EMA yang akan digunakan. 




EMA juga boleh berfungsi sebagai SNR untuk entry point. Secara tidak langsung ia menjadi entry confirmation dalam sesuatu trade. 





EMA boleh membantu trader mengenal-pasti trend. 

Cara mudah untuk kenal-pasti trend adalah; 

1. Atas EMA : Uptrend 

2. Bawah EMA : Downtrend 





Agak berbeza kalua menggunakannya pada timeframe Weekly kerana dari sini kita dapat melihat dengan jelas bagaimana EMA10 membantu kita mengenal-pasti trend dan seterusnya membuat perancangan entry berdasarkan SNR yang telah diterangkan sebelum ini. 






EXPONENTIAL MOVING AVERAGE (EMA)


• Sebagai pengenal-pasti trend. 

• Confirmation entry berdasarkan keadaan semasa; 

- Buy atas EMA 

- Sell bawah EMA 

• 3 jenis EMA yang boleh digunakan(pilih satu); 

- EMA 10 

- EMA 21 

- EMA 50 

• EMA mendatar petanda market ranging dan tiada dominan trend. Anda perlu melukis TL untuk tentukan adakah triangle terbentuk. Ia juga petanda bakal berlakunya breakout di masa akan dating. 

DOWNTRENDLINE(DTL)


DOWNTRENDLINE(DTL) 







CANDLE BREAK(CB) dan CANDE BREAK ENTRY(CBE) 








 DECENDING TRIANGLE 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :