SahVCS Stay At Home -5


Sebagaimana yang diberitahu. Kita perlu melihat SOP yang diberikan. Selepas itu cuba carikan bentuk SOP itu berada di time frame yang mana di dalam time frame trend dari H4 menuju ke time frame MN.


Bentu SOP yang dicari:



Time frame H4.


Time frame D1


Time frame W



Time frame MN



Selepas menjumpai bentuk graph adalah sama dengan bentuk SOP. Lock terus ianya sebagai panduan dan mencari estimate masa serta bentuk graf belum wujudnya.

Estimate masa bagi H4 adalah sekitar 2 hari.  D1 kebiasaannya memerlukan sekitar seminggu untuk dicapai. Manakala W pula memerlukan masa sekitar sebulan . Bagi MN pula ianya memerlukan masa sekitar 4 bulan itu adalah pada masa kebiasaannya. Perlu ingat sekarang kita memorex di masa lekukan trend jadi estimate masa adalah 3 kali ganda lewat dari estimate asal.

Pembentukan graph belum wujud akan kita lakukan sebagai mapping wajib SahVCS di waktu Server Off.

Baiklah mari lihat persamaan bentuk seperti dibawah yang dijumpai.


Ianya dijumpai di time frame D1 seperti dibawah;




Kenalpasti kedudukan semasa berada dimana berpandukan graph SOP dengan graph dari MT4 semasa my



Lihat kedua2 tempat yang dibulatkan. Ia adalah keadaan yang sama pada graph SOP dengan graph MT4



Jadi dari sini kita akan mengetahui bentuk graph belum wujud adalah seperti di mana keadaan yang dikotakkan seperti dibawah.

Keadaan semasa adalah melepasi e2 dan dan pembentukan AC point 1 ke 2. Menunggu kewujudan AC point 2 ke 3 sehingga penghujung sideway di D1 SEPERTIMANA yang ditunjukkan di kotak merah dibawah.



SahVCS Stay At Home- 4


Langkah seterusnya adalah membuat tandaan verticle line di time frame M1 pada keadaan CS terakhir di kesemua pairs pilihan sebagai tandaan awalan mapping server ON nanti.









SahVCS Stay At Home-3


Setelah dipilih dan disusun pairs mengikut spread di dalam group major pairs maka berikut adalah pairs yang akan hanya kita gunapakai di analysis minggu hadapan.

Abaikan pairs yang lain kerana kedudukannya yang lebih kepada kurang stable atas impact if affected.







SahVCS Stay At Home-2


Salam semua. Masa yang dinanti sudah tiba. Penyusunan matawang mengikut pairs boleh dibuat mengikut rujukan yang diberi iaitu keadaan semasa v/s maksimum spread di Server Off.

Sila lihat rujukan dibawah dan setelah itu boleh la kita menyusun pairs yang dikehendaki di phone masing2.


Spread di keadaan semasa:







Spread maksimum di Server Off.








SahVCS-Stay At Home.1


Panduan untuk masuk gelanggang semasa lekukan trend.

Lihat jam anda dari 5am sehingga 8 am.

Cuba dapatkan pairs pilihan untuk didagangkan pada hari yang dipilih.

Kenal pasti spreadnya pada tahap maksimum berapa dan pada selang masa manimum berapa.

Ini adalah untuk anda bersedia dengan kemungkinan line ask dan bid melepasi target TP.

Waktu spread maksimum adalah dari jam 5am sehingga jam 8am bagi kesemua pairs.  Maksimum spead ini akan digunapakai bagi spike atau tambahan bon matawang yang tempias.

Lihat contoh spread seperti dibawah.



Digalakkan ambil pairs yang mempunyai spread terendah contohnya EU.

Sementara itu bandingkan lagi pairs lain yang mempunyai spread rendah dari anggaran masa spread berkenaan.

Penentuan maksimum spread terbaik adalah sewaktu server Off dan disana kita akan dapat melihat secara keseluruhan nilaian spread terendah berbanding yang tertinggi perlu diasingkan mengikut matawang.


Selain itu perlu juga mengekalkan trade di major pairs iaitu pairs yang mempunyai combination USD didalamnya.

SahVCS Stay at Home. Dirasmikan.



Didalam pelbagai usaha yang dilakukan sebelum ini. Banyak pihak berpendapat bahawa peluang kerjaya adalah bagi mereka yang memerlukan keselesaan hidup. Namun kemunculan Covid-19 telah mengubah tangapan begitu banyak pihak termasuk diri saya sendiri. Persoalannya,

👉Bagaimanakah manusia harus mengharungi keberlangsungan hidup di tahap lekukan trend?

👉Apakah itu keberlangsungan hidup?

👉Apakah itu lekukan trend?

Seharusnya kita olah ianya padamula asal rutin manusia sepertimana pada hari2 sebelum kemunculan Covid19.

Kemajuan adalah sesuatu yang mencukupkan ruang dengan perisian yang padat serta penguasaan tanpa had.

Fahami disini.apakah maksud disana.

Lihat contoh pembentukan kampung2 dengan halaman rumah yang luas serta jarak setiap satunya jauh diantara satu sama lain.

Dimajukan dengan penempatan taman yang mana ianya diselaraskan mengikut block dan ianya semakin merapati jarak.

Begitu juga dengan penempatan flat, kondominium mahupun di bidang perhotelan. Manusia semakin diminimumkan perjarakannya untuk mempastikan penjimatan ruang guna pakai dapat dipenuhi dengan semaksimum pengunaan.

Begitu juga dengan sektor pembuatan. Jika dahulu kita lihat banyak barangan bersaiz besar . Sekarang ianya semakin kecil tetapi mempunyai fungsi yang pelbagai.

Didalam bidang perniagaan. Setiap ruang kosong adalah suatu kerugian ianya perlu dimanfaatkan dengan pengisian yang mendatangkan hasil. Tidak kira sama ada ianya merupakan penyusunan ataupun fizikal keluaran.

Didalam keberlangsungan hidup sekarang ini boleh dikatakan ianya telah memberi kesan kepada seluruh dunia untuk berjaga2 dengan mengamalkan gaya hidup susunan baru yang mana mahu tidak mahu, kita perlu sentiasa mengurung diri di tempat selamat dengan mempastikan keluarga juga ada disamping. STAY AT HOME.

Jadikan rumah itu syurgaku. Disaat kesemua mereka adalah ditahap stress yang teramat tinggi . Luangkan masa anda di rumah bersama keluarga di masa yang diberikan ini. Kita tidak akan bertemu lagi masa seperti ini disaat lain dan ianya adalah masa bonus diberikan untuk kita sama2 bertakafur, merenung kesilapan dan ia adalah peluang masa memulakan perancangan baru.

Bukan maksud STAY AT HOME semata2 memberikan masa tidur yang lebih untuk kita tidak bangun dari katil atau dalam erti kata lainnya masa untuk bermalas2an. Sebaiknya guna masa ini untuk kita belajar dan memahami keperluan serta membezakan kehendak hidup.

Skop keberlangsungan hidup pada masa ini adalah didalam keadaan keseluruhan dunia dibawah kawalan pergerakan bagi memutuskan rantaian penularan dan jangka hayat virus berkenaan. peluang untuk pekerjaan diminimumkan untuk mengatasi  masalah pergaulan. Insan bernama manusia akan sedikit sebanyak terkesan sekiranya mereka adalah tergolong dari mereka yang berpendapatan kais pagi makan pagi atau petang. Seumpamanya mereka yang bekerja sendiri atau didalam sektor yang tempias. Seharusnya keseluruhan sektor adalah berkait rapat dengan kemanusiaan dan kehidupan sebab ianya adalah rantaian pengeluaran dan perkhidmatan atau juga dikenali sebagai supply chain.

Cumanya ianya dibezakan dengan supply chain untuk keperluan atau kehendak.

Sejarah Islam juga membuktikan Nabi mendapat ilmu pertama di Gua Hira' dan dari ilmu pertama ini juga ianya dikembangkan ke serata dunia sehingga akhirnya.

Sejarah setiap 100 tahun bertemu wabak merbahaya juga tidak dapat mengelakkan kita untuk menyelesaikannya mengikut cara yang sama iaitu pengasingan dan jarak sosial.

Jadi keberlangsungan hidup adalah cara bagaimana kita sebagai manusia perlu mempastikan keperluan kita dipenuhi dalam masa ketidak cukupan untuk mempastikan kita tidak tercicir dan sentiasa selamat bersama keluarga dan insan lain mengharungi wabak.

Lekukan trend pula adalah bagaimana kita lihat. Semua negara dengan matawang yang stable kini menjadi goyah disebabkan tahap keluar modal untuk menyediakan peralatan dan kemudahan dalam tempoh masa wabak. Setiap perbelanjaan dikeluarkan dan dana penting perlu untuk rangsangan ekonomi negara itu sendiri selain bagi membantu urus takbir dan masalah rakyat. Ianya juga akan merupakan role model kepada dunia sekiranya berjaya. Amat penting untuk menjayakan sesebuah perancangan agar selepas isu wabak ini, negara akan diberikan kepercayaan didalam mengenalpasti langkah, aturan kaedah serta keberlangsungannya.

Pelbagai lagi pemahaman lain mengenai situasi semasa namun kita perlu tahu apa kenapa dan bagaimana urus takbir diperlukan bagi pematuhan adalah hasil kerjasama pemerintah dengan rakyatnya.

Doakan kita berjaya mengharungi  masa2 getir bersama.

Dengan lafaz BISMILLAH saya rasmikan pembelajaran STAY AT HOME SahVCS bermula.dengan kaedah yang telah lama disusun atur melalui penutupan kelas2 dan personal coaching. Pembelajaran melalui BLOG diteruskan dengan corak pembelajaran dipertambahkan dan soal jawap terus melalui telegram rasminya.

Insyaallah doakan kami berjaya disamping semua.

Amin

SahVCS menerangkan pengubahan semua aktivity dari trade santai kepada entry aktiviti


Salam semua rakan2 traders. Pelbagai kajian dilakukan semenjak market panic dan dan penularan covid19 bertembung. Kami di SahVCS mula mencari pendekatan pelbagai cara untuk mempastikan entry selamat. Yang mana sekarang ini pelbagai pakej rangsangan ekonomi global diumumkan secara mendadak tanpa mengira masa dan pengiraan semula spread oleh broker2. Ia adalah cabaran dimana kita perlu mengkaji corak trade perlu dan tidak perlu dijalankan. Didalam usaha melahirkan traders berkemahiran dengan kelompok kecil dilakukan kini kami akan menyalurkan juga cara SahVCS beroperasi.








SahVCS menerangkan kesan Awan Step


Impact Awan Step

Ianya adalah satu yang membawa kesan paling besar dalam teknik SahVCS

Apabika bertemu Awan Step. Abaikan semua petunjuk lain kerana Awan Step ibarat petunjuk thunami yang bakal melanda dan kesan beratus pip atau lebih sehingga jejak ribuan pips boleh didapati


D1 bukaan leher dengan membawa SELL trend



H1 memberikan ceruman tajam di Mid BB dan MA



H4 menunjukkan Awan Step

Keadaan Awan Step juga di perolehi di H1

Awan adalah isyarat paling awal keluar sebelum munculnya  trend

Ini adalah kedudukan Awan Step


Boleh dikatakan ianya akan kick dot di W1



Ianya memakan masa dengan SELL malar berperingkat

Kita lihat di impact trend H4 pula



Tandaan bulat hijau ... Perlu satu tujahan impact SELL sebelum Mid BB dan MA bersilang

6.87000 adalah last TP

Ianya boleh diambil berperingkat2 selagi ianya belum mencapai last TP berkenaan.

SahVCS membuat warmup pembelajaran di EU


Warm up test market EU.




Contoh sell bakal kick dot

Tp dari 2SC sama level



Lihat pada time frame h4 sebagai trend dan time frame D1 sebagai rujukan  manakala H1 adalah trend rujukan kecilnya


Ianya diambil dari bonus vcs dan cara guna 2 cs sama level secara average sebagai TP





Lihat H1 pembukaan leher berlaku di MAIN graph

Window 3 . Moving average sudah meleret di level 100

Di h4 ianya adalah trend asal buy dan trend terkini menuju sell manakala trend akan datang buy

Sell yang wujud adalah sell sementara

Menjadikan trend sebenar sekarang adalah sell,..sideway ...buy

Kita cuba dapatkan TP maksimum



Disebabkan DOT SAR telah lengkap menjalankan tugasnya mencelah Mid BB dan menghampiri MA

Hanya menunggu bila2 masa berlakunya kick dot bonus itu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :