Akhlak Rasulullah Dalam Mencintai Anak Yatim

Akhlak Rasulullah Dalam Mencintai Anak Yatim

Diceritakan oleh Anas bin Malik r.a.
"Pada suatu hari bertepatan dengan hari raya, Rasulullah s.a.w keluar menunaikan solat. Di tengah perjalanan, baginda bertemu dengan segolongan kanak-kanak yang sedang bermain-main. Dari sekian banyak kanak-kanak itu, ada seorang yang kelihatan sedih dengan pakaian compang-camping. Gelagat ini telah mendapat perhatian baginda sehingga menyempatkan diri bertanya kepadanya; "Hai anak, mengapa kamu menangis bersedih hati, tidak ikut bermain-main dengan teman-temanmu?"

Rupa-rupanya anak ini tidak mengetahui bahawa yang di hadapannya adalah Rasulullah s.a.w. Maka dengan linangan air mata ia menjawab; "Wahai pakcik, ayahku telah gugur dalam peperangan membela Rasulullah s.a.w. Sekarang ibuku telah kahwin lagi. Suaminya telah mengusirku sedang harta kekayaanku warisan dari ayah telah habis di makan ileh ibu, Kini aku tidak mempunyai makanan, minuman, pakaian dan rumah. Oleh kerana itu aku menangis sebab menyesali nasib yang menimpaku. Mengapa malapetaka menimpa ayahku sehingga nasibku sedemikian, tidak seperti teman-temanku itu yang masih mempunyai ayah."

Mendengar jawapan itu betapa hibanya hati baginda sehingga bersabda; "Wahai anak kecil, relakah jika aku menjadi bapamu, Aisyah menjadi ibumu, Ali menjadi pakcikmu, Hasan dan Husain menjadi saudaramu dan fatimah juga menjadi saudara perempuanmu?"

Betapa terkejut anak kecil itu mendengar jawapan sedemikian, sehingga tahulah ia bahawa yang dihadapannya itu adalal Rasulullah s.a.w. Maka seketika itu ia menjawab;" Mengapa tidak rela, wahai Rasulullah?"

Sejak dari itu ia menjadi tanggungan Rasulullah s.a.w. Diasuhnya sebagaimana baginda mengasuh keluarganya sendiri. Diberikan pakaian yang baik, makanan dan segala keperluannya. Tiada bersedih lagi hatinya kerana selalu mendapatkan kasih sayang dari Rasulullah s.a.w.

Allahumma Salli A'la Saidina Muhammad Wa A'la Alihi Wa Sahbihi Wa Barik Wa Sallim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :