SahVCS Stay at Home. Dirasmikan.



Didalam pelbagai usaha yang dilakukan sebelum ini. Banyak pihak berpendapat bahawa peluang kerjaya adalah bagi mereka yang memerlukan keselesaan hidup. Namun kemunculan Covid-19 telah mengubah tangapan begitu banyak pihak termasuk diri saya sendiri. Persoalannya,

👉Bagaimanakah manusia harus mengharungi keberlangsungan hidup di tahap lekukan trend?

👉Apakah itu keberlangsungan hidup?

👉Apakah itu lekukan trend?

Seharusnya kita olah ianya padamula asal rutin manusia sepertimana pada hari2 sebelum kemunculan Covid19.

Kemajuan adalah sesuatu yang mencukupkan ruang dengan perisian yang padat serta penguasaan tanpa had.

Fahami disini.apakah maksud disana.

Lihat contoh pembentukan kampung2 dengan halaman rumah yang luas serta jarak setiap satunya jauh diantara satu sama lain.

Dimajukan dengan penempatan taman yang mana ianya diselaraskan mengikut block dan ianya semakin merapati jarak.

Begitu juga dengan penempatan flat, kondominium mahupun di bidang perhotelan. Manusia semakin diminimumkan perjarakannya untuk mempastikan penjimatan ruang guna pakai dapat dipenuhi dengan semaksimum pengunaan.

Begitu juga dengan sektor pembuatan. Jika dahulu kita lihat banyak barangan bersaiz besar . Sekarang ianya semakin kecil tetapi mempunyai fungsi yang pelbagai.

Didalam bidang perniagaan. Setiap ruang kosong adalah suatu kerugian ianya perlu dimanfaatkan dengan pengisian yang mendatangkan hasil. Tidak kira sama ada ianya merupakan penyusunan ataupun fizikal keluaran.

Didalam keberlangsungan hidup sekarang ini boleh dikatakan ianya telah memberi kesan kepada seluruh dunia untuk berjaga2 dengan mengamalkan gaya hidup susunan baru yang mana mahu tidak mahu, kita perlu sentiasa mengurung diri di tempat selamat dengan mempastikan keluarga juga ada disamping. STAY AT HOME.

Jadikan rumah itu syurgaku. Disaat kesemua mereka adalah ditahap stress yang teramat tinggi . Luangkan masa anda di rumah bersama keluarga di masa yang diberikan ini. Kita tidak akan bertemu lagi masa seperti ini disaat lain dan ianya adalah masa bonus diberikan untuk kita sama2 bertakafur, merenung kesilapan dan ia adalah peluang masa memulakan perancangan baru.

Bukan maksud STAY AT HOME semata2 memberikan masa tidur yang lebih untuk kita tidak bangun dari katil atau dalam erti kata lainnya masa untuk bermalas2an. Sebaiknya guna masa ini untuk kita belajar dan memahami keperluan serta membezakan kehendak hidup.

Skop keberlangsungan hidup pada masa ini adalah didalam keadaan keseluruhan dunia dibawah kawalan pergerakan bagi memutuskan rantaian penularan dan jangka hayat virus berkenaan. peluang untuk pekerjaan diminimumkan untuk mengatasi  masalah pergaulan. Insan bernama manusia akan sedikit sebanyak terkesan sekiranya mereka adalah tergolong dari mereka yang berpendapatan kais pagi makan pagi atau petang. Seumpamanya mereka yang bekerja sendiri atau didalam sektor yang tempias. Seharusnya keseluruhan sektor adalah berkait rapat dengan kemanusiaan dan kehidupan sebab ianya adalah rantaian pengeluaran dan perkhidmatan atau juga dikenali sebagai supply chain.

Cumanya ianya dibezakan dengan supply chain untuk keperluan atau kehendak.

Sejarah Islam juga membuktikan Nabi mendapat ilmu pertama di Gua Hira' dan dari ilmu pertama ini juga ianya dikembangkan ke serata dunia sehingga akhirnya.

Sejarah setiap 100 tahun bertemu wabak merbahaya juga tidak dapat mengelakkan kita untuk menyelesaikannya mengikut cara yang sama iaitu pengasingan dan jarak sosial.

Jadi keberlangsungan hidup adalah cara bagaimana kita sebagai manusia perlu mempastikan keperluan kita dipenuhi dalam masa ketidak cukupan untuk mempastikan kita tidak tercicir dan sentiasa selamat bersama keluarga dan insan lain mengharungi wabak.

Lekukan trend pula adalah bagaimana kita lihat. Semua negara dengan matawang yang stable kini menjadi goyah disebabkan tahap keluar modal untuk menyediakan peralatan dan kemudahan dalam tempoh masa wabak. Setiap perbelanjaan dikeluarkan dan dana penting perlu untuk rangsangan ekonomi negara itu sendiri selain bagi membantu urus takbir dan masalah rakyat. Ianya juga akan merupakan role model kepada dunia sekiranya berjaya. Amat penting untuk menjayakan sesebuah perancangan agar selepas isu wabak ini, negara akan diberikan kepercayaan didalam mengenalpasti langkah, aturan kaedah serta keberlangsungannya.

Pelbagai lagi pemahaman lain mengenai situasi semasa namun kita perlu tahu apa kenapa dan bagaimana urus takbir diperlukan bagi pematuhan adalah hasil kerjasama pemerintah dengan rakyatnya.

Doakan kita berjaya mengharungi  masa2 getir bersama.

Dengan lafaz BISMILLAH saya rasmikan pembelajaran STAY AT HOME SahVCS bermula.dengan kaedah yang telah lama disusun atur melalui penutupan kelas2 dan personal coaching. Pembelajaran melalui BLOG diteruskan dengan corak pembelajaran dipertambahkan dan soal jawap terus melalui telegram rasminya.

Insyaallah doakan kami berjaya disamping semua.

Amin

Post a Comment

0 Comments

Cari info FX di Blog ini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...