Showing posts with label #Akhlak Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label #Akhlak Rasulullah. Show all posts

Kisah Alqamah, Si Kuat Ibadah Yang Derhaka

Kisah Alqamah, Si Kuat Ibadah Yang Derhaka

Kejadian yang menimpa salah seorang sahabat Rasulullah , iaitu Alqamah di mana sahabat ini termasuk salah seorang sahabat yang paling giat beribadah kepada Allah Taala.

Pada suatu hari isteri Alqamah dalam keadaan tergopoh-gopoh datang menghadap Rasulullah s.a.w mengkhabarkan perihal suaminya yang sedang sakit kuat . Mendengar laporan itu baginda lalu bertanya;
"Bagaimanakah keadaannya?"

"Sungguh mengkhuatirkan, ya Rasulullah," jawabnya.

Maka seketika itu pula baginda mengutus Ammar, Bilal dan Shuhib meninjau keadaan Alqamah yang baru sakit itu. Setelah mereka sampai di rumah Alqamah, Bilal mendekati Alqamah dan mengajarnya membaca kalimah tauhid. Berkali - kali Bilal mengajarnya namun lidah Alqamah seakan-akan terkunci. Tiada sepatah kata pun yang dapat terlontar dari mulutnya. Betapa hairan Bilal melihat kejadian yang menimpa temannya itu. Maka seketika itu pula ia kembali menghadap Rasulullah dan menceritakan apa yang terjadi mengenai keadaan Alqamah. Kini baginda pun datang meninjau sahabatnya itu. Setelah diketahui sendiri keadaan sahabatnya itu, baginda bertanya kepada isteri Alqamah; "Masihkah ada kedua orang tuanya?"

Isteri Alqamah menjawab; "Ada, tetapi hanya tinggal ibunya yang sangat tua."

"Di manakah dia sekarang?" tanya Rasulullah. “Dia berada di rumahnya, jauh dari sini" jawab isteri Alqamah.

Rasulullah terpaksa pergi menjumpai ibu Alqamah untuk mengkhabarkan keadaan anaknya yang sakit. Setelah baginda berbincang-bincang agak lama, tahulah sekarang bahawa Alqamah mempunyai kesalahan terhadap ibunya ini. Maka baginda meminta agar ibunya itu memaafkan segala kesalahan anaknya.

"Wahai Rasulullah, bagaimana saya harus memaafkan anakku itu kalau ia selalu menyakiti hatiku lantaran cintanya kepada isterinya?" kata ibu Alqamah tiba-tiba.

"Bila ibu tidak mahu memaafkannya, maka selamanya anakmu itu tidak dapat mengucapkan kalimah syahadah." jawab Rasulullah.

"Bila demikian halnya, maka Alqamah akan kami bakar agar ia cepat mati. Hai Bilal, cepat kumpulkan kayu bakar!" tiba - tiba Rasulullah memerintah.

Ibu Alqamah tersentak hatinya mendengar perintah itu. la segera menghadap Rasulullah sambil berkat;" Wahai Rasulullah, aku maafkan segala kesalahan anakku."

Mendengar jawapan ibu Alqamah demikian, baginda segera kembali menemui Alqamah seraya mengajarnya membaca zikir. Kini keadaannya sudah berubah. Lidahnya sudah tidak terkunci lagi, ia lancar membaca zikir. Hatinya tenang menunggu ajal, hingga akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan tenteram.


Akhlak Rasulullah Dalam Mencintai Anak Yatim

Akhlak Rasulullah Dalam Mencintai Anak Yatim

Diceritakan oleh Anas bin Malik r.a.
"Pada suatu hari bertepatan dengan hari raya, Rasulullah s.a.w keluar menunaikan solat. Di tengah perjalanan, baginda bertemu dengan segolongan kanak-kanak yang sedang bermain-main. Dari sekian banyak kanak-kanak itu, ada seorang yang kelihatan sedih dengan pakaian compang-camping. Gelagat ini telah mendapat perhatian baginda sehingga menyempatkan diri bertanya kepadanya; "Hai anak, mengapa kamu menangis bersedih hati, tidak ikut bermain-main dengan teman-temanmu?"

Rupa-rupanya anak ini tidak mengetahui bahawa yang di hadapannya adalah Rasulullah s.a.w. Maka dengan linangan air mata ia menjawab; "Wahai pakcik, ayahku telah gugur dalam peperangan membela Rasulullah s.a.w. Sekarang ibuku telah kahwin lagi. Suaminya telah mengusirku sedang harta kekayaanku warisan dari ayah telah habis di makan ileh ibu, Kini aku tidak mempunyai makanan, minuman, pakaian dan rumah. Oleh kerana itu aku menangis sebab menyesali nasib yang menimpaku. Mengapa malapetaka menimpa ayahku sehingga nasibku sedemikian, tidak seperti teman-temanku itu yang masih mempunyai ayah."

Mendengar jawapan itu betapa hibanya hati baginda sehingga bersabda; "Wahai anak kecil, relakah jika aku menjadi bapamu, Aisyah menjadi ibumu, Ali menjadi pakcikmu, Hasan dan Husain menjadi saudaramu dan fatimah juga menjadi saudara perempuanmu?"

Betapa terkejut anak kecil itu mendengar jawapan sedemikian, sehingga tahulah ia bahawa yang dihadapannya itu adalal Rasulullah s.a.w. Maka seketika itu ia menjawab;" Mengapa tidak rela, wahai Rasulullah?"

Sejak dari itu ia menjadi tanggungan Rasulullah s.a.w. Diasuhnya sebagaimana baginda mengasuh keluarganya sendiri. Diberikan pakaian yang baik, makanan dan segala keperluannya. Tiada bersedih lagi hatinya kerana selalu mendapatkan kasih sayang dari Rasulullah s.a.w.

Allahumma Salli A'la Saidina Muhammad Wa A'la Alihi Wa Sahbihi Wa Barik Wa Sallim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :