Showing posts with label Alpha. Show all posts
Showing posts with label Alpha. Show all posts

Kaedah Mudah Pengiraan Harga Petrol Ron95 di Malaysia

Salam kepada pembaca semua,
Kepada anda yang ingin tahu berapa harga sebenar Ron 95 jika dinilai dari pergerakan junam harga minyak hari ini Usd29.xx per barrel.
Fakta bergambar dan huraian di bawah in sya Allah membantu.



Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM) sejak tahun 1983.


Harga Lowest di bawah Usd30 iaitu Usd29.37 dicatatkan pada 15 januari 2016.
Jangkaan analisis harga ke area Usd25.xx



Harga Lowest Terbaru Pada 16 januari 2016




Harga Minyak terkini di pasaran.


Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. Perbezaan antara harga runcit dengan harga sebenar akan ditampung oleh subsidi dan pengecualian cukai jualan.

Komponen-komponen yang terdapat didalam Automatic Pricing Mechanism (APM) adalah seperti berikut:

1. Kos produk (MOPS)

Malaysia menggunakan harga purata harian "Mean of Platts Singapore (MOPS)" di pasaran Platts sebagai asas untuk menentukan kos poduk bagi RON97, RON95 dan Diesel. Platts merupakan pasaran harian produk petroleum yang diterbitkan oleh McGraw Hill Companies Limited di Singapura. Kebanyakan negara di rantau ini juga menggunakan MOPS sebagai rujukan kos produk petroleum mereka.

2. Alpha

Perbezaan harga yang dipaparkan di pasaran Platts dengan harga belian sebenar oleh syarikat minyak. Kerajaan telah menetapkan Alpha pada kadar 5 sen seliter untuk petrol dan 4 sen seliter bagi diesel.

3. Kos operasi

Terdiri daripada kos pengangkutan dan kos pemasaran. Pada masa ini, Kerajaan menetapkan kos operasi pada kadar 9.54 sen hingga 9.58 sen seliter.

4. Margin syarikat minyak

Ditetapkan pada 5 sen seliter bagi petrol dan 2.25 sen bagi diesel.

5. Margin pengusaha stesen

Ditetapkan pada 12.19 sen seliter bagi petrol dan 7 sen seliter bagi diesel.

6. Cukai jualan

Diwartakan dibawah Akta Cukai Jualan 1972 dengan kadar 58.62 sen seliter bagi petrol dan Cukai jualan bagi diesel telah dinaikkan daripada 19.64 sen seliter kepada 40 sen seliter berkuatkuasa mulai 1 Februari 2009.

7. Subsidi

Subsidi diberikan apabila harga sebenar lebih tinggi daripada harga runcit yang ditetapkan setelah mengambilkira pengecualian cukai jualan.

Harga rujukan bagi kiraan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS). Ini merupakan harga minyak yang sudah diproses. (Makulumat lanjut tentang MOPS boleh di-Google).
Harga MOPS dicampur pula dengan beberapa kos lain:
Note# 1 – Barrel (bbl) = 158.9873 liters
Note# 2 – Harga Mean of Platts Singapore (MOPS) adalah mahal sedikit dari NYMEX. Ini kerana harga yang kita lihat pada NYMEX adalah harga bagi Crude Oil (minyak mentah) sedangkan harga bagi Mean of Platts Singapore (MOPS) adalah harga rujukan bagi Refined Oil (minyak yang telah siap diproses). Harap anda dapat bezakan antara dua harga ini.
Cara Kiraan Harga Petrol Ron 95 Malaysia – image credit to https://www.facebook.com/Khairykj
– Kos operasi (9.58 sen/liter)
– Margin syarikat minyak (5 sen/liter)
– Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)
– ‘Alpha’ yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)


Jadi Kiraan Sebenar Kiraan Harga Petrol:

MOPS + Kos Operasi + Alpha + Keuntungan Syarikat + Keuntungan Stesen Minyak = Harga Sebenar Petrol
MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia
Purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November 2015 adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27.

Jadi Bagaimana Pula untuk kiraan harga hari ini ?

Penulis akan berikan dua jawapan mudah faham :

Jawapan 1 

(Kaedah *Pekali , orang kampung mudah faham)


Purata harga Rm1.50 - Rm 1.60 adalah yang munasabah untuk Ron95 Januari dan februari 2016.

Namun *pekali ini agak kejam buat rakyat andaikata harga minyak mencanak naik Usd100 per barrel akan datang.Wallahualam.
Maksudnya.

Uds100 / 18.502 = Rm5.40 seliter bagi ron95.



Jawapan 2 
(Kaedah kiraan detail, yang ini untuk yang jenis mencari bukti kukuh)
Chart Harga terkini MOPS boleh dilihat di SINI






Semoga kerajaan dapat kaji semula kiraan :

MOPS + Kos Operasi + Alpha + Keuntungan Syarikat + Keuntungan Stesen Minyak = Harga Sebenar Petrol 


Untuk kepentingan anak cucu kita akan datang.


Apa-apa pun kita doakan semoga harga minyak kembali stabil kerana melibatkan syarikat kesayangan Negara iaitu Petronas.Semoga Allah mudahkan segala urusan dan semuanya penuh dengan hikmah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :