Showing posts with label Analisa AUDUSD. Show all posts
Showing posts with label Analisa AUDUSD. Show all posts

Analisa Teknikal AUDUSD 25/2/2019 - 1/3/2019 : Head and Shoulder Entry


Kita mulakan analisa teknikal pair AUDUSD ini dengan Top Down Analysis, mencari Base (Supply/Demand) yang terbentuk di Weekly Chart. Rujuk gambar di bawah:


Tf: W1


Kita dapat lihat pembentukan Base (Supply Zone) berbentuk Rally Base Drop (RBD) hasil daripada candle Bearish Engulfing pada awal bulan Februari.

Manakala candle yang terbentuk pada minggu lepas pula menjadi Spinning Top atau menghampiri Doji, dengan Bearish Body yang sangat kecil- menandakan berlakunya Rejection di kawasan Base tersebut.

Untuk mengenalpasti Entry Zone yang sesuai, kita zoom kepada timeframe yang lebih kecil, iaitu H4.

Pada timeframe ini, kita mencari pembentukan Chart Pattern dalam kawasan Rejection pada Weekly candle. Rujuk gambar di bawah:


Tf: H4

Chart Pattern yang terbentuk merupakan Head and Shoulder, atau lebih tepat lagi- Quasimodo dengan Right Leg yang lebih rendah daripada Left Leg.

Entry yang sesuai adalah pada zon Left Shoulder atau QM Level, dengan Stoploss sekitar 15 pips di atas Head tersebut. Rujuk gambar di bawah:


Tf: H4


Kawasan TP pula sekitar Base (Demand) pada H4 yang belum diconsume, sekitar 90 pips daripada entry.

Remember, trade at your own risk!



'til then, Happy Trading!


Analisa AUDUSD 9/10/2018 - AU Gagal Bertahan di Phsycological Level 0.72000

Setelah membuat rebounce bermula pertengahan bulan September lalu, pair AUDUSD dilihat gagal bertahan pada paras psikologi 0.72000, lantas membuat terjunan tiruk minggu lalu dengan penurunan sehingga 200 pips.

Data ekonomi Australia yang positif pada minggu lalu juga gagal memberikan impak positif kepada sentimen pasaran terhadap pair ini. Namun, yang menariknya, Australia sebenarnya 'selesa' dengan 'valuation' matawang mereka, kerana ekonomi mereka banyak bergantung kepada perolehan eksport. Nilai matawang yang rendah dijangkakan akan merancakkan lagi industri eksport mereka ke negara luar.

Beralih kepada analisa teknikal, kita rujuk dahulu pada Weekly Chart bagi pair ini.


 Bearish Marubozu Candle @Weekly

Seperti yang kita lihat pada Weekly Chart di atas, candle yang terhasil pada minggu lalu membentuk Bearish Marubozu, satu petanda kuat bahawa pair ini masih dalam mood downtrend.

Maka kita perlu mencari peluang untuk sell di timeframe yang lebih kecil di H4 seperti berikut:




Saya melihat entry terbaik mungkin berada di sekitar zon potensi SBR, dengan RRR sekitar 1:2, dan mungkin boleh hold sehingga hujung bulan ini, bergantung kepada price action yang akan berlaku pada level-level penting bagi pair ini.

Itu sahaja analisa ringkas bagi pair ini untuk minggu ini (9/10 - 12/10/2018), semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.



'til then, Happy Trading!


Analisa AUDUSD 4/9/18 - AUDUSD Terperangkap di Paras Terendah Sejak Disember 2016

Menjelang pengumuman kadar faedah oleh Reserve Bank of Australia (RBA) jam 12.30 tengahari nanti (04.30 GMT), major pair AUDUSD masih berada di bawah phsycological level 0.72000, menghampiri lowest level yang dicatat pada Disember 2016.

Setelah bebearapa minggu berada dalam keadaan sideway, akhirnya pair ini menjunam dan membuat breakout pada 10 Ogos yang lalu, menandakan sentimen pasaran yang masih dovish terhadap pair ini (rujuk gambar di bawah)



Dengan beberapa Key Event lagi yang berlaku minggu ini, iaitu data GDP Australia pada esok hari (Rabu), serta Australian Trade Balance pada pagi Khamis, pair ini dijangkakan akan menerima impak langsung daripada data-data tersebut.


Melihat dari sudut teknikal, pair ini masih berada dalam bearish channel pada Daily Timeframe seperti yang anda boleh lihat di bawah:




Namun begitu, seperti yang disebut di atas, ia berada berhampiran dengan paras support pada Disember 2016, yang telah memulakan bullish momentum bagi pair ini yang berakhir pada Januari tahun ini.

Key events yang akan berlaku sepanjang minggu ini bakal menyaksikan major pair ini membuat keputusan samada untuk terus menembusi paras support tersebut, ataupun membuat reversal ke arah resistance seterusnya di sekitar paras 0.73800.

Apapun trade yang bakal anda lakukan, pastikan risikonya anda mampu terima sebelum mengira keuntungan yang belum pasti!


Semoga anda belajar sesuatu daripada entry ini.

Til then, Happy Trading!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :