Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Analisa Teknikal GBPUSD

Analisa Teknikal GBPUSD 24/9/18 - Strong Possible Bearish Move Detected!

Pergerakan pair GBPUSD pada minggu lepas agak menegejutkan, setelah membuat bullish rally bermula hari pertama dagangan sehingga sekitar 230 pips hingga hari khamis, tiba-tiba pada hari terakhir dagangan, GBP mula melemah dan membuat penurunan sehingga sekitar 215 pip.

Ianya tidak lain tidak bukan, disebabkan isu Brexit yang kembali memainkan peranan. Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri UK, Theresa May menyatakan bahawa rundingan Brexit sedang dalam keadaan 'standstill' - tiada perubahan positif buat masa ini.

Hasilnya, setelah bermula dengan optimis pada awal minggu lepas, pergerakan bullish mula menunjukan 'exhaustion' dengan free fall pada jumaat lalu. Menariknya, Candle Weekly yang terhasil (anda boleh rujuk di bawah) membentuk Pin Bar / Shooting Star atau juga dikenali sebagai Gravestone Doji (anda boleh google candlestick pattern untuk maklumat lanjut).


Candle Weekly membentuk Shooting Star

Beralih ke Timeframe Daily, anda dapat lihat Candle yang terbentuk pada Jum…

Analisa Pair GBPUSD Fundamental + Teknikal - 13/8/18 - 18/8/18

Sejak awal bulan Ogos (1/8/18) pair major GBPUSD telah mengalami kejatuhan sebanyak lebih kurang 320 pip ataupun 1.7%, dengan jumlah kejatuhan sekitar 1,550 pip sejak pertengahan April 2018. Ini menggambarkan sentimen pasaran yang majoriti memilih untuk short matawang Pound berbanding Dollar US. Malah, nilai pertukaran Sterling dan US Dollar telah hit harga yang sama pada bulan Ogos tahun lepas.

Kejatuhan ini dipengaruhi oleh kebimbangan para pelabur terhadap kemungkinan kegagalan perjanjian antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) susulan undian Brexit pada 29 Mac tahun lalu. Malah Gabenor Bank of England, Mark Carney sendiri menyatakan bahawa kebarangkalian untuk UK memeterai perjanjian dengan EU adalah 'uncomfortably high'. Ditambah pula dengan kenyataan daripada Setiausaha Perdagangan Antarabangsa (ITS), Liam Fox yang meletakkan kebarangkaliannya tidak lebih daripada 60-40.

Selaku retail traders, kita akan menganalisa pair ini secara teknikal dan mencari peluang untuk short pada…