Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Financial Education

Silibus Yang Tertinggal Part 5: Financial Freedom?

Financial Freedom : Kebebasan Kewangan - sesuatu yang diimpikan oleh semua orang. Tak kira anda bekerja sendiri, makan gaji atau pemilik bisnes, anda pasti mengimpikan kebebasan kewangan dalam hidup.

Malah, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa kita semua pernah berangan berada dalam financial heaven- kita bisa memiliki apa saja yang kita mahukan dengan duit yang kita ada. Dalam angan-angan tersebut, kita berada di atas kapal persiaran yang mewah, melancong sakan di Eropah, masuk butik-butik terkemuka dunia dan pilih apa saja yang kita berkenan. Tak cukup dengan itu, kita borong kereta-kereta mewah yang selama ini kita hanya mampu tengok gambarnya saja di majalah. Fuhh!

Indah kan angan-angan tu?

Tapi betul ke itu maksud sebenar financial freedom yang kita cari selama ini?

Untuk capai level macam dalam angan-angan tu, anda mungkin perlu menjadi seorang billionaire atau seorang wife ex-pm!

Jadi, adakah financial freedom ini sesuatu yang mustahil untuk dicapai? Habis tu kenapa ramai j…

Silibus Yang Tertinggal Part 4 : The Financial Pyramid

Post ini bukanlah tentang skim-skim piramid atau skim ponzi yang selalu anda dengar, yang selalu memperdayakan orang Melayu di Malaysia ni. Ia bukan juga tentang skim cepat kaya yang setiap hari mencari mangsa.

Jadi, apa itu Financial Pyramid?

Ia adalah piramid kewangan yang menggambarkan komposisi kewangan yang anda patut rancang sekiranya anda mengimpikan untuk mencapai kebebasan kewangan dalam hidup.

Kebanyakan daripada kita tidak tahu merancang gaji yang kita dapat dengan sebaiknya. Jadi, Financial Pyramid ini dilakarkan oleh pakar-pakar kewangan peribadi yang diterimapakai di seluruh dunia sebagai rujukan untuk kita menyediakan personal finance yang kukuh.

Mari kita lihat gambaran Financial Pyramid ini:

Jadi inilah gambaran Personal Financial Pyramid yang sepatutnya menjadi rujukan kita untuk merancang kestabilan kewangan, selangkah sebelum mengecapi Financial Freedom.

Untuk membina Piramid Kewangan yang kukuh ini, kita perlu memperuntukkan sebahagian daripada gaji bulanan kita m…

Silibus Yang Tertinggal - Part 3 : The 3 Types of Income

Posting ini adalah keseinambungan daripada series Silibus Yang Tertinggal (Anda boleh baca Part 1 dan Part 2 dalam posting sebelum ini). Ia adalah satu ruang kosong yang gagal dipenuhi oleh mana-mana institusi akademik, sedangkan ia adalah ilmu penting untuk kita menghadapi era ekonomi yang makin mencabar ini.

Kali ini saya akan kongsikan The 3 Types of Income (3 Jenis Sumber Pendapatan) yang pada asasnya membuatkan orang kaya bertambah kaya, dan yang miskin terus kekal dalam ketidakcukupan. Harus saya tekankan bahawa saya sama sekali tidak memandang rendah golongan yang kurang berkemampuan, kerana saya sendiri berasal dari keluarga yang serba kekurangan. Namun dengan merujuk pada latar belakang sendiri, saya yakin bahawa perkara yang akan saya terangkan nanti adalah punca utama yang membezakan the rich and the poor. 

Jadi, apakah yang 3 jenis sumber pendapatan tersebut? Mari kita lihat satu persatu.

1. Earned Income (Pendapatan Aktif)

Pendapatan jenis ini adalah yang paling common di…

Silibus Yang Tertinggal - Part 2 : The Middle Income Crisis

Untuk memahami istilah Middle Income Crisis ini dalam konteks negara kita, kita perlu melihat dengan lebih jelas cara pembahagian pendapatan rakyat yang digariskan oleh kerajaan Malaysia.

Maaf post ini akan menjadi agak skema, tetapi ia amat penting untuk anda mengenalpasti kedudukan anda sekarang - supaya anda boleh tetapkan halatuju yang jelas untuk diri sendiri. Umpama anda mempunyai sebuah perta harta karun yang amat berharga, jika anda tidak tahu di mana kedudukan anda sekarang, macam mana anda nak ke tempat harta karun tersebut? So bear with me okay?

Terlebih dahulu, kerajaan Malaysia telah membahagikan kita kepada 3 kategori berdasarkan kadar pendapatan isi rumah (jumlah pendapatan isi rumah ya, bukan individu). Apakah kategori tersebut?
1. T20 (Top 20%) 2. M40 (Middle 40%) 3. B40 (Below 40%)
Bagaimana ia dikategorikan?
1. T20 - Pendapatan bulanan purata RM8,319 2. M40 - Pendapatan bulanan purata antara RM3,860 hingga RM8,319 3. B40 - Pendapatan bulanan purata di bawah RM3,860

Silibus Yang Tertinggal - Part 1 : The Rat Race

Dari alam persekolahan lagi, kita dihidangkan dengan silibus akademik yang disediakan oleh pihak sekolah/kementerian. Subjek-subjek seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan sebagainya menjadi kewajipan untuk kita hadam dan sematkan dalam minda. 
Ia tidak terhenti di situ, bagi anda yang meneruskan pelajaran ke Universiti, anda dipersiapkan pula dengan silibus-silibus yang lebih khusus dan kompleks, sesuai dengan bidang pilihan anda di menara gading. 
Kebanyakan kita menyangkakan dengan silibus yang disediakan ini, kita pasti mampu menghadapi alam pekerjaan dengan baik. Cukup bulan, dapat gaji, belanja sana sini, bayar kereta, rumah dan segala bil yang ada. Tapi bila sampai tengah bulan je- "Eh, mana pergi semua duit gaji aku?" 
Pernah tak anda mengalami situasi tersebut? Pernahkah anda fikir kenapa anda belum kaya-raya lagi walaupun dah 5 tahun kerja stabil? Kat mana silapnya tu? Belajar dah elok dah, kerja pun tak kurang rajinnya berbanding orang lain. Hmm...mus…