Showing posts with label Financial Freedom. Show all posts
Showing posts with label Financial Freedom. Show all posts

Silibus Yang Tertinggal Part 5: Financial Freedom?

Financial Freedom : Kebebasan Kewangan - sesuatu yang diimpikan oleh semua orang. Tak kira anda bekerja sendiri, makan gaji atau pemilik bisnes, anda pasti mengimpikan kebebasan kewangan dalam hidup.

Malah, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa kita semua pernah berangan berada dalam financial heaven - kita bisa memiliki apa saja yang kita mahukan dengan duit yang kita ada. Dalam angan-angan tersebut, kita berada di atas kapal persiaran yang mewah, melancong sakan di Eropah, masuk butik-butik terkemuka dunia dan pilih apa saja yang kita berkenan. Tak cukup dengan itu, kita borong kereta-kereta mewah yang selama ini kita hanya mampu tengok gambarnya saja di majalah. Fuhh!

Indah kan angan-angan tu?

Tapi betul ke itu maksud sebenar financial freedom yang kita cari selama ini?

Untuk capai level macam dalam angan-angan tu, anda mungkin perlu menjadi seorang billionaire atau seorang wife ex-pm!

Jadi, adakah financial freedom ini sesuatu yang mustahil untuk dicapai? Habis tu kenapa ramai je orang bersungguh nak capai financial freedom ni? Takkan diorang mengejar something yang impossible?

Tunggu dulu, mungkin kita perlu memperbetulkan semula definisi financial freedom yang selama ini telah kita salah tanggap!


Jadi apa itu definisi sebenar financial freedom?

Pertama sekali, kita perlu menghapuskan dulu semua tanggapan kita tentang financial freedom seperti dalam angan-angan kita tu. Ingat, yang kita kejar bukan kemewahan yang melampau, tetapi sekadar kecukupan dan kebebasan!

Robert Kiyosaki menyatakan dalam buku beliau, Before You Quit Your Job dan sekali lagi disebut dalam buku Cashflow Quadrant, bahawa financial freedom nyata sekali bercanggahan dengan apa yang kita bayangkan selama ini.

Menurut beliau, financial freedom sebenarnya mampu dicapai oleh semua orang, termasuk mereka yang makan gaji (macam tak percaya kan?). Kita hanya perlu menyusun strategi yang baik dan benar-benar jelas dengan matlamat kita untuk mencapainya.

Jadi, beliau mendefinisikan financial freedom sebagai satu keadaan di mana pendapatan pasif anda sudah menyamai atau melebihi perbelanjaan bulanan anda. Dalam keadaan ini, kita tidak lagi bergantung kepada Earned Income kita, malah Earned Income (pendapatan aktif) tersebut boleh diperuntukkan untuk menambah Passive & Portfolio Income kita. (Rujuk post sebelum ini - Silibus Yang Tertinggal Part 3: The 3 Types of Income untuk lebih jelas).

Mari kita lihat definisi tersebut dalam bentuk gambar seperti di bawah:

Biasanya, pendapatan pasif kita menyumbang cuma sedikit dalam total income


Kebanyakan kita tidak menumpukan kepada pendapatan pasif, sebaliknya banyak berharap kepada pendapatan aktif kita untuk menanggung perbelanjaan bulanan. Jika keadaan ini berlanjutan, bermakna kita masih jauh daripada financial freedom.

Financial Freedom - keadaan di mana passive income sudah menyamai expenses atau lebih


Dalam keadaan financially free, kita sebenarnya mempunyai banyak lebihan masa (dan wang) untuk dilaburkan ke medium atau instrumen yang mempunyai potential growth yang tinggi, tanpa merisaukan tentang perbelanjaan bulanan (yang ditanggung oleh Passive Income).

Apabila kita mencapai tahap ini, kita mempunyai pilihan untuk 'bersara' atau mengurangkan komitmen masa kepada aktiviti yang menghasilkan pendapatan aktif kita (kerja). Jadi projection income kita akan berubah, seperti gambar di bawah:
Masa dan komitmen yang selama ini dihabiskan kepada kerja hakiki kita akan dapat ditumpukan kepada aktiviti yang mempunyai potential growth yang lebih tinggi, atau kita boleh dedicate kan masa kita untuk kerja-kerja charity (atau kedua-duanya sekali!).

Simple kan? Namun jalan untuk membolehkan Passive Income menyamai Expenses itu bukanlah semudah yang disangka, banyak ilmu dan pengalaman yang kita perlukan untuk memastikan risiko yang bakal kita hadapi berada di dalam kawalan.

Apapun, ia telah mengubah tanggapan saya tentang financial freedom dan membuka mata saya bahawa financial freedom bukanlah sesuatu yang mustahil, malah ia cuma first step yang wajib dicapai bagi merealisasikan impian yang lebih besar!


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


Til then, Happy Investing!

Silibus Yang Tertinggal Part 4 : The Financial Pyramid


Post ini bukanlah tentang skim-skim piramid atau skim ponzi yang selalu anda dengar, yang selalu memperdayakan orang Melayu di Malaysia ni. Ia bukan juga tentang skim cepat kaya yang setiap hari mencari mangsa.

Jadi, apa itu Financial Pyramid?

Ia adalah piramid kewangan yang menggambarkan komposisi kewangan yang anda patut rancang sekiranya anda mengimpikan untuk mencapai kebebasan kewangan dalam hidup.

Kebanyakan daripada kita tidak tahu merancang gaji yang kita dapat dengan sebaiknya. Jadi, Financial Pyramid ini dilakarkan oleh pakar-pakar kewangan peribadi yang diterimapakai di seluruh dunia sebagai rujukan untuk kita menyediakan personal finance yang kukuh.

Mari kita lihat gambaran Financial Pyramid ini:

Jadi inilah gambaran Personal Financial Pyramid yang sepatutnya menjadi rujukan kita untuk merancang kestabilan kewangan, selangkah sebelum mengecapi Financial Freedom.

Untuk membina Piramid Kewangan yang kukuh ini, kita perlu memperuntukkan sebahagian daripada gaji bulanan kita mengikut komposisi yang sesuai.


Mari kita teliti satu persatu key features dalam Financial Pyramid ini:

1. Asas Pertama: Protection - Perlindungan yang mencukupi.

Seharusnya kita perlu menyediakan perlindungan yang cukup bagi menghadapi apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku dalam hidup yang mungkin tidak menyebelahi kita. Bahasa mudahnya, kita perlu menyediakan plan takaful / insurans (bagi non-muslim) sebagai instrumen kewangan yang boleh menggantikan gaji tetap kita sekiranya apa-apa yang buruk berlaku kepada kita (kemalangan / hilang upaya / kematian).

Perlindungan ini perlu memadai untuk menanggung beban kewangan yang bakal kita tinggalkan sekiranya kita hilang kemampuan untuk bekerja. Jika kita sudah berkeluarga, maka kita perlu mengambilkira tanggungan kita seperti nafkah isteri, anak-anak atau ibu bapa yang memerlukan.

Ia mungkin kedengaran agak cliche, tetapi hakikatnya, hidup kita akan berakhir dengan kematian, cuma masa yang akan menentukan bila ajal kita akan tiba. Jadi apa yang akan berlaku kepada tanggungan yang bakal kita tinggalkan?

Berita baiknya adalah kita hanya perlu memperuntukkan sebahagian kecil daripada gaji bulanan untuk menyediakan tabung Protection yang besar (mungkin kerana persaingan kompetetif daripada syarikat-syarikat yang menawarkan Takaful / Insurans).

Sebagai contoh, saya berusia 30 tahun dan ingin menyediakan tabung Protection sejumlah RM 1,000,000 sebagai pengganti kepada gaji saya sekiranya saya menghidapi sakit kritikal, hilang upaya atau meninggal dunia. Rata-rata plan yang saya survey cuma memerlukan kurang daripada RM300 sebulan bagi melayakkan saya memperoleh RM 1,000,000! Murah kan? Lagipun, memikirkan nasib isteri dan anak-anak yang akan saya tinggalkan jika saya tiada, apalah sangat nilai RM300 sebulan tu. Malahan mungkin saya akan menghabiskan RM300 tersebut kepada hiburan atau perkara seumpamanya!

(Nota: saya bukan ejen takaful, cuma sekadar berkongsi kesedaran yang mungkin ramai sudah tahu, tapi tidak sedar)


2. Asas Kedua: Simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji.

Kenapa kena simpan 6 bulan gaji? Jika anda tanyakan kepada rakan-rakan yang pernah mengalami kehilangan pekerjaan secara mengejut, mereka pasti akan cakap,

"Rugi betul aku tak simpan duit dulu. Dapat gaji asyik joli, habiskan je setiap bulan.."

Duit simpanan ini juga bertindak sebagai tabung kecemasan sekiranya berlaku apa-apa musibah kewangan yang tidak kita ingini, samaada kecil ataupun besar, seperti tayar kereta pecah, kehilangan kerja atau seumpamanya.

Risk Exposure bagi setiap element dalam Financial Pyramid


3. Asas Ketiga: Pelaburan jangka panjang yang berisiko rendah.

Contoh yang sesuai untuk pelaburan jenis ini adalah Unit Amanah, ASB Financing dan pelaburan hartanah bagi tujuan sewaan.

Lazimnya pelaburan jenis ini tidak memerlukan komitmen masa dan fokus yang banyak. Malah, oleh kerana dikategorikan sebagai Long Term and Low Risk Investment, agak mudah untuk kita mencari ejen yang boleh membantu kita merancang pelaburan sebegini. Dan seperti juga namanya, hasil yang bakal kita perolehi juga akan memakan masa 5 tahun ke atas. Namun ia tetap berbaloi sebagai Portfolio Income seperti yang telah dikongsi dalam post ini.


4. Puncak Piramid: Pelaburan Spekulatif berisiko tinggi

Antara jenis-jenis pelaburan yang berada dalam kategori ini adalah seperti:

1. Stock Market (Pelaburan Saham terus ke Bursa)
2. Currency Market (Forex)
3. Future Derivatives (FCPO/Crude Oil/Soy)
4. Pelaburan hartanah bagi tujuan Capital Gain / Flipping.

Pelaburan jenis ini sememangnya memerlukan ilmu yang khusus, kerana seperti yang anda juga tahu, ia berisiko tinggi tapi pada masa yang sama mampu memberikan pulangan yang tinggi dalam tempoh yang singkat. Malah, kebanyakan kenalan saya yang telah mencapai Financial Freedom menumpukan kepada pelaburan spekulatif seperti ini.

Namun, di sebalik kejayaan yang mereka kecapi pada hari ini, terdapat pelbagai dugaan dan ujian yang terpaksa mereka tempuhi sepanjang perjalanan mencapai Financial Freedom. Namun yang pasti, mereka merancang Piramid Kewangan mereka dengan baik dan kukuh serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan musibah kewangan.

Tunggu dulu, adakah anda mempunyai definisi yang sama dengan mereka tentang Financial Freedom? InsyaAllah jika berkesempatan saya akan kupaskan tentang Financial Freedom dalam Siri Silibus Yang Tertinggal pada post akan datang.


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


Til then, Happy Trading!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :