Showing posts with label Kes tidak bayar profit. Show all posts
Showing posts with label Kes tidak bayar profit. Show all posts

Premierfx VS Trader


Salam semua,

Seperti biasa team penulis Piphijau akan bersikap Neutral dalam segala hal.

Namun jika ada kes-kes berimpak tinggi yang perlu trader Malaysia tahu, in sya Allah disinilah tempat mereka mendapatkan info "straight to the point" , tiada "back up" sesiapa dan "trusted"

Kita sudah besar panjang memilih yang mana di pihak yang benar dan yang mana di pihak yang batil.

Jadi Kronologi bermula dari Facebook Yusu Honda.Pada 25 Jun 2015.


Posting FB yang Pertama.

Trade punya trade pastu nak withdraw kena reject.
Brexit yang indah dah jadi Brengset..
**memangla kena reject, modal RM400 untung RM69k.. (Sarcastic)
**Baru modal USD100..ingat nak buat modal USD1000 hari tu..mau RM690k dapat kalau betul-betul depo USD1000..
**RM69k pun tak leh bayar...hampeh😑😑😑‪#‎BrexitvsBremain‬‪#‎DahJadiBrengset‬







Kes sebenarnya mengenai Profit yang telah di "Reset" atau profit telah di cancel.



Posting FB yang Kedua.
Premier FX
Sini gebang sana gebang sungguh kencang kau..deposit terpantas, withdrawal terpantas DI ASIA kononnya..sapa bagi rating kabor sikek..
1. Isu Brexit
⭕️Premier FX kabor laverage mesti bawah 1:100 dan mende ni broker sdiri buat secara auto kepada semua akaun MT4.2. Laverage
⭕️Lagu mane satu akaun buleh terlepah boh tok detect jadi leverage 1:500?..
⭕️email pong tak dop..mane-mane IB pong tak dop kabor akaun ni terlepah..saloh trader ke saloh broker lagu nim? Bakpe trader kene tanggong..? Berat nangnang boh..senang molep kije..
3. Withdraw
⭕️Deme reject withdraw pahtu deme nok bagi USD3000..deme layang kiter macang pengemis boh..!!
⭕️Kalu deme tok leh nok bayar withdraw, deme kabor la slow-slow bayar ansurans. Kiter buleh trimo. Kiter tahu risiko lagu mane sebab kiter pong buleh kiro tahu pasal brokerage nih..kalu nok bukok broker baru pong kiter buleh buak boh kalu ade modal..
⭕️Tapi alang-alang doh deme wak gini, alang-alang doh deme tok mampu nok bayar withdraw, baik deme tutup broker..malu boh orang kabor deme 'broker cak ayang'...deme dok canang broker 'terpantas' ASIA..
**Banyak lagi kalau nak cakap ni..tapi aku malas la..cukup la orang tahu setakat ni je..orang boleh nilai sendiri..pandai-pandai la back up balik sdiri..
**Sorry guys cakap Terengganu sikit-sikit sebab PFX ni HQ kat Ganu..
‪#‎BrexitDahJadiBrengset‬




Dua gambar diatas ialah maklumbalas pihak Premier FX Malaysia.Yang telah sudi membayar Rm12k sebagai tutup mulut.

Namun Yusu Honda inginkan profit Usd17,262

Jadi Rm69k - Rm 12k =

Rm57k lebih nilai yang dituntut Yusu Honda sebenarnya.



Untuk melihat Komen-komen dari trader anda boleh membaca sendiri di FB beliau selagi tidak di "delete".


YUSU HONDA (Kes Dengan Premier FX)



Namun wakil Pihak Premierfx , di wakili Eli Azlie membalas hujahan Yusu Honda di FB beliau.
Kepada Yusu Honda yg telah viralkan pasal isu akaunnya sebentar td... saya minta kekerjsama dari yusu honda untuk bagi no akaun trading ..bg memudahkan saya check ... dari pkl 4 pg lg waktu sahur saya masih tggu tapi tak bg2 lagi akaun trading ... dan lagi satu saya nak tahu tuan yusu honda register direct ib mana... siapa ib anda? sila bg kejersama utk memudahkan saya urus masalah ini...tq..bg detailsila bg nama penuh?no akaun trading?register ib mana?sudah kah tuan info ib anda masalah akaun anda?kita selesaikan masalah ini secara viral/ terbuka sama mcm tuan viralkan masalah akaun tuan...ini bg memudahkan lg trader2 lain melihat... saya tak kisah sapa yg salah...saya ingin menolong anda selesaikn masalah tuan yusu yg viral ni...ok tq
Namun sepatutnya BIG Boh Premier FX , Tuan Zul Premierfx Terengganu,selesaikan kes ini dengan aman.

Eli Azlie sebagai wakil Premierfx mencuba sedaya upaya sebagai usaha mempertahankan broker atas kes-kes terpencil ini.

Selepas Tuan Nazri Nor membangkitkan hal ini, maka terbongkarlah SS wassap di bawah.


Maka yang bertanggungjawab "RESET" akaun Yusu Honda dan trader-trader lain yang MC secara berjemaah terbongkar.
Dikatakan Pihak PFX Europe yang bertanggungjawab.
Untuk melihat komen-komen panas seterusnya , pembaca boleh direct ke 

FB Elie Azlie untuk membaca lebih lanjut.

Pihak piphijau mengharapkan kedua-dua belah pihak dapat selesaikan kes ini 
satu persatu.

Trader-trader di Malaysia semakin bijak memilih.

Mereka kenal "Market Maker" Broker.

"B Book " broker. 

Apa itu "B Book Broker" ?


1.Bukan STP.
2.Ada Bonus.
3.Leverage melebihi 1:500 hingga 1: sejuta.
4.Mengharapkan trader rugi,maka profit 100% kepada broker.
5.Biasa mengalami "requotes".
6.Spike berlaku di luar adat "candle".

7."Widen Spread" jarang berlaku disebabkan ada "KAWALAN TANGAN GHAIB" bukan "direct LP" dan candle boleh diubah pihak management "ATASAN".

8.Penggunaan software stop loss hunter biasa di pasang,boleh "disable" EA yang biasa profit, dan pelbagai lagi kes penganiaan trader dengan bermacam-macam syarat pelik.


Maka kes ini disimpulkan apabila penggunaan "MTM" metaquotes Manager yang menggunakan versi "B Book" 
(Duit CLient Dalam Acc Broker dan tidak Ke LP)akan menjadi masalah apabila:
Trader untung.Maka broker rugi.


Jika Trader MC , maka Broker bersorak riang.Itulah kisah sebenar "BAHANA" penggunaan "B Book", tak berkat seperti mana kes yang berlaku pada ACFX (Lesen Mereka "Suspended").


Disebabkan Akaun "Pool" Broker ACFX tidak cukup untuk membayar Profit Berjuta dari Trader nageri "CHINA".

Maka kes ini di bawa kepada "Pemberi licence Regulated" dan Broker ACFX "Suspended",selagi tuntutan withdrawal trader CHINA tidak diselesaikan.

Broker masih ada,namun urusan withdrawal dan deposit dari trader dibekukan.
Namun sudah hilang "Kredibilti".Customer boleh lari.



Jadi Pihak Premier FX perlu benar-benar ambil iktibar dari kes ini.In sya Allah,jika dipihak yang benar,kes boleh settle tepi.



Semoga kes ini tidak berulang di masa hadapan dan menjadi iktibar buat trader Malaysia.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :