Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Margin syarikat minyak

Kaedah Mudah Pengiraan Harga Petrol Ron95 di Malaysia

Salam kepada pembaca semua, Kepada anda yang ingin tahu berapa harga sebenar Ron 95 jika dinilai dari pergerakan junam harga minyak hari ini Usd29.xx per barrel.
Fakta bergambar dan huraian di bawah in sya Allah membantu.


Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM) sejak tahun 1983.


Harga Lowest di bawah Usd30 iaitu Usd29.37 dicatatkan pada 15 januari 2016.
Jangkaan analisis harga ke area Usd25.xx



Harga Lowest Terbaru Pada 16 januari 2016



Harga Minyak terkini di pasaran.

Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. Perbezaan antara harga runcit dengan harga sebenar akan ditampung oleh subsidi dan pengecualian cukai jualan.
Komponen-komponen yang terdapat didalam Automatic Pricing Mechanism (APM) adalah seperti berikut:
1. Kos produk (MOPS)
Malaysia menggunakan harga purata harian "Mean of Platts Singapore (MOPS)" di pasaran Platts seba…