Showing posts with label Silibus yang tertinggal. Show all posts
Showing posts with label Silibus yang tertinggal. Show all posts

Silibus Yang Tertinggal Part 6 : Savers Are Losers!

Savers are losers? Betul ke statement ni? Takkan la orang yang kuat menyimpan tu rugi? Habis tu, kena spend la semua duit yang kita ada?

Indeed, percaya atau tidak, savers are losers. Simply atas satu sebab - wang kita ditelan inflasi setiap hari. Mungkin ia susut dalam angka yang kita tidak nampak, tetapi hakikatnya nilai wang kita makin menyusut saban tahun.

Bagaimana kita mahu mengira kadar penyusutan duit kita ni? Formula mudahnya, anda boleh melihat pada kadar inflasi tahunan negara kita, iaitu pada purata sekitar 3% setahun.

Untuk mengira kadar penyusutan wang kita, kita gunakan formula asas compounding seperti berikut:

Fv : Future Value
Pv : Present Value
r : Rate (inflation)
n : Period (year)



Sebagai contoh, mengambil kira kadar inflasi pada purata 3% setahun, wang kita sebanyak RM100,000 pada hari ini akan mempunyai nilai cuma RM73,742  pada 10 tahun akan datang!

Kadar ini adalah compounded value, bermaksud nilai tunai wang yang kita simpan secara fizikal, tak kisah la di bawah bantal ke, dalam peti besi ke atau dalam tabung ayam sekalipun, akan menyusut secara berganda setiap tahun!


*****


Contoh Klasik Inflasi

Kita sebenarnya pernah berdepan dengan inflasi secara langsung dalam kehidupan harian, cuma kita tidak menganggapnya sebagai inflasi.

Contoh mudah, tiket wayang dulunya cuma sekitar RM7.00, kini berharga RM14.00 satu. Atau nasi lemak yang kita beli masa kecil-kecil dulu cuma 50 sen, sekarang RM1 pun susah nak cari!

Lazimnya inflasi boleh dipecahkan kepada 2 iaitu:

1. Inflasi Kos Sara Hidup
2. Inflasi Gaya Hidup (Lifestyle Inflation)

Inflasi Kos Sara Hidup adalah sesuatu yang tidak dapat kita elakkan, ia melibatkan penurunan nilai wang milik kita berbanding kenaikan harga barang keperluan harian. Inflasi jenis ini terjadi kerana beberapa faktor seperti:

1. Penurunan kadar Matawang (RM) berbanding Matawang asing
2. Perubahan harga komoditi
3. Polisi kerajaan (cukai, dll)
4. Perkembangan ekonomi negara

Inflasi ini dapat dilihat jelas jika kita membandingkan jumlah barang keperluan harian yang boleh kita beli dengan nilai RM50 pada 10 tahun lepas berbanding hari ini. Suka atau tidak, inflasi tetap akan mengejar kita setiap tahun.


Manakala Inflasi Gaya Hidup pula adalah lebih kepada kos yang meningkat berikutan gaya hidup yang berubah. Sebagai contoh, segelas cawan kopi di warung Pak Kasim cuma berharga RM2.00, manakala secawan kopi dengan rasa yang sama di Outlet seperti Starbucks atau Coffee Bean berharga RM17.00!

Ramai golongan Middle Class Income (rujuk post ini) terperangkap dalam inflasi jenis ini, simply kerana mereka menganggap kenaikan pendapatan (gaji, bonus, dll) membolehkan mereka berbelanja seperti golongan Rich, tetapi hakikatnya mereka cuma terperangkap dalam Inflasi Gaya Hidup yang cuma akan menelan wang hasil titik peluh mereka.

Jadi apa yang perlu dibuat untuk mengelakkan kita terkesan daripada inflasi ini?

Seperti tajuk di atas, sekadar menyimpan wang kita di dalam peti besi tidak akan mengelakkannya daripada ditelan inflasi. Apa yang perlu kita buat adalah - melabur!

Kita cuma perlu memilih instrumen pelaburan yang mampu memberikan kadar pulangan melebihi kadar inflasi negara. Dengan cara tersebut, kita bukan sahaja mampu mengekalkan nilai wang milik kita, malah menambah nilainya setiap tahun.

Namun, kita perlu teliti dan berhati-hati dalam memilih instrumen pelaburan yang sesuai, jangan sampai terjerat dengan skim-skim piramid mengarut. Sebab itulah, pelaburan pertama yang perlu kita lakukan adalah melabur pada diri sendiri, iaitu dengan menambah ilmu dalam bidang ini.

Kita juga perlu membahagikan wang yang ingin kita laburkan kepada beberapa instrumen berbeza, sesuai dengan matlamat pelaburan dan 'risk appetite' kita. Dan yang paling penting, kita perlu mengurus sendiri pelaburan kita, atau paling tidak, mengambil tahu 'first hand information' terhadap pelaburan yang kita buat. Ingat, jangan sesekali mengharapkan orang lain 100% untuk menguruskan pelaburan anda. After all, its your money and your responsibility!


*****


Setakat itu sahaja perkongsian kali ini, semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


Til' then, happy investing!



Silibus Yang Tertinggal Part 5: Financial Freedom?

Financial Freedom : Kebebasan Kewangan - sesuatu yang diimpikan oleh semua orang. Tak kira anda bekerja sendiri, makan gaji atau pemilik bisnes, anda pasti mengimpikan kebebasan kewangan dalam hidup.

Malah, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa kita semua pernah berangan berada dalam financial heaven - kita bisa memiliki apa saja yang kita mahukan dengan duit yang kita ada. Dalam angan-angan tersebut, kita berada di atas kapal persiaran yang mewah, melancong sakan di Eropah, masuk butik-butik terkemuka dunia dan pilih apa saja yang kita berkenan. Tak cukup dengan itu, kita borong kereta-kereta mewah yang selama ini kita hanya mampu tengok gambarnya saja di majalah. Fuhh!

Indah kan angan-angan tu?

Tapi betul ke itu maksud sebenar financial freedom yang kita cari selama ini?

Untuk capai level macam dalam angan-angan tu, anda mungkin perlu menjadi seorang billionaire atau seorang wife ex-pm!

Jadi, adakah financial freedom ini sesuatu yang mustahil untuk dicapai? Habis tu kenapa ramai je orang bersungguh nak capai financial freedom ni? Takkan diorang mengejar something yang impossible?

Tunggu dulu, mungkin kita perlu memperbetulkan semula definisi financial freedom yang selama ini telah kita salah tanggap!


Jadi apa itu definisi sebenar financial freedom?

Pertama sekali, kita perlu menghapuskan dulu semua tanggapan kita tentang financial freedom seperti dalam angan-angan kita tu. Ingat, yang kita kejar bukan kemewahan yang melampau, tetapi sekadar kecukupan dan kebebasan!

Robert Kiyosaki menyatakan dalam buku beliau, Before You Quit Your Job dan sekali lagi disebut dalam buku Cashflow Quadrant, bahawa financial freedom nyata sekali bercanggahan dengan apa yang kita bayangkan selama ini.

Menurut beliau, financial freedom sebenarnya mampu dicapai oleh semua orang, termasuk mereka yang makan gaji (macam tak percaya kan?). Kita hanya perlu menyusun strategi yang baik dan benar-benar jelas dengan matlamat kita untuk mencapainya.

Jadi, beliau mendefinisikan financial freedom sebagai satu keadaan di mana pendapatan pasif anda sudah menyamai atau melebihi perbelanjaan bulanan anda. Dalam keadaan ini, kita tidak lagi bergantung kepada Earned Income kita, malah Earned Income (pendapatan aktif) tersebut boleh diperuntukkan untuk menambah Passive & Portfolio Income kita. (Rujuk post sebelum ini - Silibus Yang Tertinggal Part 3: The 3 Types of Income untuk lebih jelas).

Mari kita lihat definisi tersebut dalam bentuk gambar seperti di bawah:

Biasanya, pendapatan pasif kita menyumbang cuma sedikit dalam total income


Kebanyakan kita tidak menumpukan kepada pendapatan pasif, sebaliknya banyak berharap kepada pendapatan aktif kita untuk menanggung perbelanjaan bulanan. Jika keadaan ini berlanjutan, bermakna kita masih jauh daripada financial freedom.

Financial Freedom - keadaan di mana passive income sudah menyamai expenses atau lebih


Dalam keadaan financially free, kita sebenarnya mempunyai banyak lebihan masa (dan wang) untuk dilaburkan ke medium atau instrumen yang mempunyai potential growth yang tinggi, tanpa merisaukan tentang perbelanjaan bulanan (yang ditanggung oleh Passive Income).

Apabila kita mencapai tahap ini, kita mempunyai pilihan untuk 'bersara' atau mengurangkan komitmen masa kepada aktiviti yang menghasilkan pendapatan aktif kita (kerja). Jadi projection income kita akan berubah, seperti gambar di bawah:
Masa dan komitmen yang selama ini dihabiskan kepada kerja hakiki kita akan dapat ditumpukan kepada aktiviti yang mempunyai potential growth yang lebih tinggi, atau kita boleh dedicate kan masa kita untuk kerja-kerja charity (atau kedua-duanya sekali!).

Simple kan? Namun jalan untuk membolehkan Passive Income menyamai Expenses itu bukanlah semudah yang disangka, banyak ilmu dan pengalaman yang kita perlukan untuk memastikan risiko yang bakal kita hadapi berada di dalam kawalan.

Apapun, ia telah mengubah tanggapan saya tentang financial freedom dan membuka mata saya bahawa financial freedom bukanlah sesuatu yang mustahil, malah ia cuma first step yang wajib dicapai bagi merealisasikan impian yang lebih besar!


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


Til then, Happy Investing!

Silibus Yang Tertinggal Part 4 : The Financial Pyramid


Post ini bukanlah tentang skim-skim piramid atau skim ponzi yang selalu anda dengar, yang selalu memperdayakan orang Melayu di Malaysia ni. Ia bukan juga tentang skim cepat kaya yang setiap hari mencari mangsa.

Jadi, apa itu Financial Pyramid?

Ia adalah piramid kewangan yang menggambarkan komposisi kewangan yang anda patut rancang sekiranya anda mengimpikan untuk mencapai kebebasan kewangan dalam hidup.

Kebanyakan daripada kita tidak tahu merancang gaji yang kita dapat dengan sebaiknya. Jadi, Financial Pyramid ini dilakarkan oleh pakar-pakar kewangan peribadi yang diterimapakai di seluruh dunia sebagai rujukan untuk kita menyediakan personal finance yang kukuh.

Mari kita lihat gambaran Financial Pyramid ini:

Jadi inilah gambaran Personal Financial Pyramid yang sepatutnya menjadi rujukan kita untuk merancang kestabilan kewangan, selangkah sebelum mengecapi Financial Freedom.

Untuk membina Piramid Kewangan yang kukuh ini, kita perlu memperuntukkan sebahagian daripada gaji bulanan kita mengikut komposisi yang sesuai.


Mari kita teliti satu persatu key features dalam Financial Pyramid ini:

1. Asas Pertama: Protection - Perlindungan yang mencukupi.

Seharusnya kita perlu menyediakan perlindungan yang cukup bagi menghadapi apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku dalam hidup yang mungkin tidak menyebelahi kita. Bahasa mudahnya, kita perlu menyediakan plan takaful / insurans (bagi non-muslim) sebagai instrumen kewangan yang boleh menggantikan gaji tetap kita sekiranya apa-apa yang buruk berlaku kepada kita (kemalangan / hilang upaya / kematian).

Perlindungan ini perlu memadai untuk menanggung beban kewangan yang bakal kita tinggalkan sekiranya kita hilang kemampuan untuk bekerja. Jika kita sudah berkeluarga, maka kita perlu mengambilkira tanggungan kita seperti nafkah isteri, anak-anak atau ibu bapa yang memerlukan.

Ia mungkin kedengaran agak cliche, tetapi hakikatnya, hidup kita akan berakhir dengan kematian, cuma masa yang akan menentukan bila ajal kita akan tiba. Jadi apa yang akan berlaku kepada tanggungan yang bakal kita tinggalkan?

Berita baiknya adalah kita hanya perlu memperuntukkan sebahagian kecil daripada gaji bulanan untuk menyediakan tabung Protection yang besar (mungkin kerana persaingan kompetetif daripada syarikat-syarikat yang menawarkan Takaful / Insurans).

Sebagai contoh, saya berusia 30 tahun dan ingin menyediakan tabung Protection sejumlah RM 1,000,000 sebagai pengganti kepada gaji saya sekiranya saya menghidapi sakit kritikal, hilang upaya atau meninggal dunia. Rata-rata plan yang saya survey cuma memerlukan kurang daripada RM300 sebulan bagi melayakkan saya memperoleh RM 1,000,000! Murah kan? Lagipun, memikirkan nasib isteri dan anak-anak yang akan saya tinggalkan jika saya tiada, apalah sangat nilai RM300 sebulan tu. Malahan mungkin saya akan menghabiskan RM300 tersebut kepada hiburan atau perkara seumpamanya!

(Nota: saya bukan ejen takaful, cuma sekadar berkongsi kesedaran yang mungkin ramai sudah tahu, tapi tidak sedar)


2. Asas Kedua: Simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji.

Kenapa kena simpan 6 bulan gaji? Jika anda tanyakan kepada rakan-rakan yang pernah mengalami kehilangan pekerjaan secara mengejut, mereka pasti akan cakap,

"Rugi betul aku tak simpan duit dulu. Dapat gaji asyik joli, habiskan je setiap bulan.."

Duit simpanan ini juga bertindak sebagai tabung kecemasan sekiranya berlaku apa-apa musibah kewangan yang tidak kita ingini, samaada kecil ataupun besar, seperti tayar kereta pecah, kehilangan kerja atau seumpamanya.

Risk Exposure bagi setiap element dalam Financial Pyramid


3. Asas Ketiga: Pelaburan jangka panjang yang berisiko rendah.

Contoh yang sesuai untuk pelaburan jenis ini adalah Unit Amanah, ASB Financing dan pelaburan hartanah bagi tujuan sewaan.

Lazimnya pelaburan jenis ini tidak memerlukan komitmen masa dan fokus yang banyak. Malah, oleh kerana dikategorikan sebagai Long Term and Low Risk Investment, agak mudah untuk kita mencari ejen yang boleh membantu kita merancang pelaburan sebegini. Dan seperti juga namanya, hasil yang bakal kita perolehi juga akan memakan masa 5 tahun ke atas. Namun ia tetap berbaloi sebagai Portfolio Income seperti yang telah dikongsi dalam post ini.


4. Puncak Piramid: Pelaburan Spekulatif berisiko tinggi

Antara jenis-jenis pelaburan yang berada dalam kategori ini adalah seperti:

1. Stock Market (Pelaburan Saham terus ke Bursa)
2. Currency Market (Forex)
3. Future Derivatives (FCPO/Crude Oil/Soy)
4. Pelaburan hartanah bagi tujuan Capital Gain / Flipping.

Pelaburan jenis ini sememangnya memerlukan ilmu yang khusus, kerana seperti yang anda juga tahu, ia berisiko tinggi tapi pada masa yang sama mampu memberikan pulangan yang tinggi dalam tempoh yang singkat. Malah, kebanyakan kenalan saya yang telah mencapai Financial Freedom menumpukan kepada pelaburan spekulatif seperti ini.

Namun, di sebalik kejayaan yang mereka kecapi pada hari ini, terdapat pelbagai dugaan dan ujian yang terpaksa mereka tempuhi sepanjang perjalanan mencapai Financial Freedom. Namun yang pasti, mereka merancang Piramid Kewangan mereka dengan baik dan kukuh serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan musibah kewangan.

Tunggu dulu, adakah anda mempunyai definisi yang sama dengan mereka tentang Financial Freedom? InsyaAllah jika berkesempatan saya akan kupaskan tentang Financial Freedom dalam Siri Silibus Yang Tertinggal pada post akan datang.


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


Til then, Happy Trading!

Silibus Yang Tertinggal - Part 3 : The 3 Types of Income


Posting ini adalah keseinambungan daripada series Silibus Yang Tertinggal (Anda boleh baca Part 1 dan Part 2 dalam posting sebelum ini). Ia adalah satu ruang kosong yang gagal dipenuhi oleh mana-mana institusi akademik, sedangkan ia adalah ilmu penting untuk kita menghadapi era ekonomi yang makin mencabar ini.

Kali ini saya akan kongsikan The 3 Types of Income (3 Jenis Sumber Pendapatan) yang pada asasnya membuatkan orang kaya bertambah kaya, dan yang miskin terus kekal dalam ketidakcukupan. Harus saya tekankan bahawa saya sama sekali tidak memandang rendah golongan yang kurang berkemampuan, kerana saya sendiri berasal dari keluarga yang serba kekurangan. Namun dengan merujuk pada latar belakang sendiri, saya yakin bahawa perkara yang akan saya terangkan nanti adalah punca utama yang membezakan the rich and the poor. 

Jadi, apakah yang 3 jenis sumber pendapatan tersebut? Mari kita lihat satu persatu.

1. Earned Income (Pendapatan Aktif)

Pendapatan jenis ini adalah yang paling common di kalangan kita sebagai rakyat marhaen ni. Senang kata, ia adalah gaji yang kita perolehi hasil daripada apa yang kita kerjakan. Kebanyakan earned income ini diperolehi dengan menukarkan masa, tenaga dan kemahiran yang kita ada untuk membuat sesuatu kerja. Semakin banyak masa dan tenaga yang kita curahkan, semakin tinggi pendapatan kita. Begitu juga dengan kemahiran; semakin tinggi skill kita, semakin tinggi bayaran yang kita perolehi.

Kelemahan yang ketara pada pendapatan aktif ini adalah jika kita tidak berkemampuan untuk memperuntukkan masa dan tenaga untuk menyelesaikan kerja kita, maka kita tidak lagi mampu untuk memperolehinya. Sebagai contoh, saya seorang peniaga nasi lemak,jika pada satu hari saya jatuh sakit dan tidak mampu untuk membuat nasi lemak pada hari itu, maka tiadalah gaji saya pada hari tersebut. As simple as that. Boleh faham kan?

Antara kekurangan lain adalah kadar percukaian yang tinggi yang dikenakan pada pendapatan jenis aktif ini. Seperti yang kita tahu, cukai pendapatan individu di Malaysia berkadar sekitar 1% hingga 28%. Itupun jika anda memang mengisytiharkan pendapatan anda setiap tahun. Bagi yang tidak isytihar, suka saya ingatkan anda dengan pepatah jawa ni,

"There are two things you can't runaway in life: DEATH and TAX." 



2. Passive Income (Pendapatan Pasif)

Ramai orang yang beranggapan bahawa trading forex adalah salah satu passive income, tetapi literally ia adalah tanggapan yang salah. Sebabnya kalau anda tak trade, takde lah income kan?
Tapi jika anda ada affiliate daripada trading orang lain, ia boleh dikategorikan sebagai pendapatan pasif.

Pendek kata, pendapatan pasif ini adalah income yang jika kita tidur selama sebulan pun, hujung bulan tu duit masuk jugak. Contoh paling common adalah pendapatan daripada sewa rumah, royalti (buku/lagu/dll) dan dividen saham/perniagaan.

Yang menariknya, passive income di negara kita dikenakan cukai yang rendah berbanding pendapatan aktif (sama macam US). So it is a wise decision to focus on this type of income!


3. Portfolio Income (Pendapatan Portfolio)

Pendapatan portfolio ni biasanya bukan yang kita terima setiap bulan, ia lebih kepada growing assets dalam bentuk saham/akaun forex dan capital gain pada hartanah. Lazimnya pendapatan jenis ini melibatkan risiko pelaburan dan memerlukan seed fund yang agak tinggi bagi menjana portfolio yang berbaloi.

Sama juga seperti passive income, portfolio income dikenakan cukai yang sedikit berbanding earned income.


KENAPA KITA PERLU TAHU TENTANG JENIS INCOME NI?


Mungkin ada daripada anda yang tertanya-tanya, apa faedahnya anda memahami jenis-jenis pendapatan ni? Apa yang anda perlu buat kalau tahu pun?

Percaya atau tidak, kebanyakan golongan rich hanya menumpukan kepada pendapatan pasif dan portfolio atas alasan yang mudah:

1. Mereka tidak perlu tukarkan masa dan tenaga mereka untuk menjana duit.
2. Mereka hanya perlu membayar cukai yang kurang berbanding earned income.

As simple as that kan?


Kata orang, kalau berhajat ke lautan dalam, rajinlah bertanya petua kepada nelayan yang saban minggu bermain di sana. Jadi seeloknya jika anda berhajat meletakkan diri anda dalam golongan rich, just follow their steps!


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.

Til then, Happy Trading!

Silibus Yang Tertinggal - Part 2 : The Middle Income Crisis

Untuk memahami istilah Middle Income Crisis ini dalam konteks negara kita, kita perlu melihat dengan lebih jelas cara pembahagian pendapatan rakyat yang digariskan oleh kerajaan Malaysia.

Maaf post ini akan menjadi agak skema, tetapi ia amat penting untuk anda mengenalpasti kedudukan anda sekarang - supaya anda boleh tetapkan halatuju yang jelas untuk diri sendiri. Umpama anda mempunyai sebuah perta harta karun yang amat berharga, jika anda tidak tahu di mana kedudukan anda sekarang, macam mana anda nak ke tempat harta karun tersebut? So bear with me okay?

Terlebih dahulu, kerajaan Malaysia telah membahagikan kita kepada 3 kategori berdasarkan kadar pendapatan isi rumah (jumlah pendapatan isi rumah ya, bukan individu). Apakah kategori tersebut?

1. T20 (Top 20%)
2. M40 (Middle 40%)
3. B40 (Below 40%)

Bagaimana ia dikategorikan?

1. T20 - Pendapatan bulanan purata RM8,319
2. M40 - Pendapatan bulanan purata antara RM3,860 hingga RM8,319
3. B40 - Pendapatan bulanan purata di bawah RM3,860

Manakala Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan ialah RM950 sebulan.

Boleh anda kenalpasti kedudukan anda sekarang, berdasarkan kategori di atas? Good, Sekarang kita boleh move on  ke topik yang dihighlightkan dalam post ini - The Middle Income Crisis.


Apa itu Middle Income Crisis?

Dalam buku 'Why We Want You To Be Rich' hasil tulisan Donald Trump dan Robert Kiyosaki, mereka menyatakan bahawa Middle Income Crisis ini adalah satu situasi di mana ramai golongan yang berpendapatan sederhana (M40 + B40) akan terperangkap dalam Rat Race (anda boleh baca di sini) yang seterusnya akan menolak mereka jatuh ke level poor (Rich - Middle Class - Poor).

Antara sebab yang digariskan (dan sangat munasabah) adalah daripada beberapa faktor:

1. Polisi kerajaan selalunya lebih terfokus kepada membantu golongan poor 
2. Perlaksanaan cukai yang banyak membebankan Middle Class berbanding golongan Rich dan Poor
3. Social Pressure kepada golongan Middle Class yang memaksa mereka berbelanja seperti golongan Rich.
4. Kadar kenaikan pendapatan (gaji) yang tidak seiring dengan inflasi dan kos sara hidup.

Pada waktu sekarang, kita dapat gambarkan bahawa golongan middle class adalah majoriti daripada jumlah rakyat, malah kebanyakan kita termasuk dalam kategori ini. Secara visualnya, nisbah pembahagian ini boleh digambarkan seperti berikut:

Namun apa yang paling membimbangkan adalah sebahagian besar daripada golongan Middle Income ini akan jatuh ke level poor tanpa meerka sedari, oleh sebab faktor-faktor yang telah disebutkan tadi. Bertambah buruk jika mereka tiada pendedahan kepada Financial Intelligence secara komprehensif sementara masih muda dan bekerja.

Kebimbangan ini turut dinyatakan oleh kedua-dua penulis di atas, dan mereka menggambarkan bahawa di masa akan datang (mungkin 10 ke 20 tahun akan datang), golongan Middle Income akan menjadi cuma sebahagian kecil daripada peratusan penduduk, yang mana majoritinya adalah samaada Rich ataupun Poor.  Di masa akan datang, nisbahnya boleh digambarkan seperti berikut:



In short, sebahagian kita akan jatuh ke level Poor, manakala sebahagian lagi akan berjaya keluar daripada Rat Race dan meletakkan mereka dalam level Rich.

Jadi persoalannya di sini adalah - Di mana anda akan berada 10 tahun akan datang? Will you be able to climb the rank? Will you be stucked in same level? Or will you be sucked into the lower one?

Jawapan kepada persoalan di atas terletak pada action anda sekarang. Anda boleh letakkan matlamat, visi, misi dan bla,bla, tapi semua itu is nothing without action.

Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.

Til then, Happy Trading!

Silibus Yang Tertinggal - Part 1 : The Rat Race

Dari alam persekolahan lagi, kita dihidangkan dengan silibus akademik yang disediakan oleh pihak sekolah/kementerian. Subjek-subjek seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan sebagainya menjadi kewajipan untuk kita hadam dan sematkan dalam minda. 

Ia tidak terhenti di situ, bagi anda yang meneruskan pelajaran ke Universiti, anda dipersiapkan pula dengan silibus-silibus yang lebih khusus dan kompleks, sesuai dengan bidang pilihan anda di menara gading. 

Kebanyakan kita menyangkakan dengan silibus yang disediakan ini, kita pasti mampu menghadapi alam pekerjaan dengan baik. Cukup bulan, dapat gaji, belanja sana sini, bayar kereta, rumah dan segala bil yang ada. Tapi bila sampai tengah bulan je- "Eh, mana pergi semua duit gaji aku?" 

Pernah tak anda mengalami situasi tersebut? Pernahkah anda fikir kenapa anda belum kaya-raya lagi walaupun dah 5 tahun kerja stabil? Kat mana silapnya tu? Belajar dah elok dah, kerja pun tak kurang rajinnya berbanding orang lain. Hmm...musykil sungguh!

Sebenarnya samada anda sedar atau tidak, ada satu silibus yang tertinggal dan 'lupa' untuk diajarkan kepada anda. Selama anda berkerja ini, anda hanya berlari dalam satu pusingan trek yang sama. Cukup bulan dapat gaji, bayar bil, belanja. Habis. Ulang balik benda yang sama setiap bulan. Tahun depan gaji naik, anak mula kena bayar tadika, Cukup 3 tahun, naik pangkat naik gaji, komitmen bertambah, balance akaun hujung bulan tetap sama - RM17.00. Itu pun tak boleh withdraw sebab kena tinggal RM10. Kalau tak dah lama habis!

Adakah kitaran ini akan berterusan sehingga anda bersara? Jadi bilanya anda nak kaya tu?

Penulis terkenal Rich Dad, Poor Dad, Robert Kiyosaki menamakan 'pusingan trek' ini sebagai The Rat Race, sebab hujungnya pasti berulang benda yang sama, sedangkan umur anda semakin meningkat dan komitmen semakin membeban. Mereka yang terperangkap dalam The Rat Race ini tidak akan mampu keluar daripadanya jika mereka kekal melakukan perkara yang sama seumur hidup.



Jadi persoalannya di sini, macam mana nak keluar daripada Rat Race ni? Ia tidak mustahil, namun tidak juga semudah yang disangka. With a proper planning, a disciplined execution and biiznillah, semuanya akan dipermudahkan.


Stay with me untuk next post - Silibus Yang Tertinggal Part 2 - The Midde Income Crisis.

Til then, happy trading!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :