Skip to main content

Posts

Showing posts with the label TAYOR

Analisa Teknikal GBPUSD 4/3/19 - 8/3/19 - Sell at Top, Buy at Dip

Pada hari Khamis minggu lalu (28/2/2019), pair GBPUSD melengkapkan Monthly Candle yang membentuk satu lagi Bullish Candle, dengan rejection yang ketara pada area body candle sebelumnya- menandakan pair ini masih dalam Bullish Mode. Rujuk gambar di bawah:

Tf : Monthly

Kita mulakan analisis dengan menandakan base-base penting pada Weekly Candle, yang merupakan Reaction Zone yang akan menentukan halatuju trend seterusnya. Rujuk gambar di bawah:

Tf: Weekly

Kita dapat lihat price telah pun berinteraksi dengan Supply ZoneWeekly pada minggu lepas namun gagal untuk close dalam base tersebut.
Beralih pada Timeframe Daily, kita tandakan base terkini yang terhasil daripada pergerakan minggu lepas;

Tf; Daily

Price action yang berlaku dalam Supply Zone Weekly telah membentuk satu lagi base (Supply) yang signifikan pada timeframe Daily. 
Saya menjangkakan pair ini akan terlebih dahulu melakukan correction move pada awal bulan Mac ini, sebelum meneruskan Bullish Trend pada pertengahan dan hujung bulan.

Analisa AUDUSD 9/10/2018 - AU Gagal Bertahan di Phsycological Level 0.72000

Setelah membuat rebounce bermula pertengahan bulan September lalu, pair AUDUSD dilihat gagal bertahan pada paras psikologi 0.72000, lantas membuat terjunan tiruk minggu lalu dengan penurunan sehingga 200 pips.

Data ekonomi Australia yang positif pada minggu lalu juga gagal memberikan impak positif kepada sentimen pasaran terhadap pair ini. Namun, yang menariknya, Australia sebenarnya 'selesa' dengan 'valuation' matawang mereka, kerana ekonomi mereka banyak bergantung kepada perolehan eksport. Nilai matawang yang rendah dijangkakan akan merancakkan lagi industri eksport mereka ke negara luar.

Beralih kepada analisa teknikal, kita rujuk dahulu pada Weekly Chart bagi pair ini.


 Bearish Marubozu Candle @Weekly
Seperti yang kita lihat pada Weekly Chart di atas, candle yang terhasil pada minggu lalu membentuk Bearish Marubozu, satu petanda kuat bahawa pair ini masih dalam mood downtrend.
Maka kita perlu mencari peluang untuk sell di timeframe yang lebih kecil di H4 seperti be…

Analisa EURUSD 3/9/18 - Hati-hati dengan News Minggu ini!

Setelah 10 hari major pair EURUSD membuat bullish rally, dalam dua hari dagangan terakhir minggu lepas, pair ini telah menampakkan 'kepenatan' mendaki. Ia juga gagal menembusi significantresistance pada paras 1.17400 dan terus menjunam sehingga lebih kurang 140 pip daripada level tersebut.

Menariknya, candlestick yang terbentuk pada minggu lepas merupakan bearish pin bar, menandakan sentimen pasaran yang masih belum bersedia untuk long pair ini dalam jangka masa panjang.




Berikut adalah paras support dan resistance yang signifikan bagi pair ini:



Paras Resistance : 1.17450, 1.18460
Paras Support : 1.15380, 1.14410


Dalam minggu ini juga akan ada beberapa important news bagi currency USD termasuk NFP yang ditunggu-tunggu setiap awal bulan. Jadi anda perlu lebih berhati-hati dan hanya risikokan modal yang anda mampu terima.


Semoga anda belajar sesuatu daripada entry ini.

Til then, Happy Trading!


Analisa Pair GBPUSD Fundamental + Teknikal - 13/8/18 - 18/8/18

Sejak awal bulan Ogos (1/8/18) pair major GBPUSD telah mengalami kejatuhan sebanyak lebih kurang 320 pip ataupun 1.7%, dengan jumlah kejatuhan sekitar 1,550 pip sejak pertengahan April 2018. Ini menggambarkan sentimen pasaran yang majoriti memilih untuk short matawang Pound berbanding Dollar US. Malah, nilai pertukaran Sterling dan US Dollar telah hit harga yang sama pada bulan Ogos tahun lepas.

Kejatuhan ini dipengaruhi oleh kebimbangan para pelabur terhadap kemungkinan kegagalan perjanjian antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) susulan undian Brexit pada 29 Mac tahun lalu. Malah Gabenor Bank of England, Mark Carney sendiri menyatakan bahawa kebarangkalian untuk UK memeterai perjanjian dengan EU adalah 'uncomfortably high'. Ditambah pula dengan kenyataan daripada Setiausaha Perdagangan Antarabangsa (ITS), Liam Fox yang meletakkan kebarangkaliannya tidak lebih daripada 60-40.

Selaku retail traders, kita akan menganalisa pair ini secara teknikal dan mencari peluang untuk short pada…