Showing posts with label bank negara malaysia. Show all posts
Showing posts with label bank negara malaysia. Show all posts

BNM dan Kerajaan Malaysia akan memberi peluang Kepada Broker FX CFD Malaysia


NOTIS & PENGUMUMAN

Draf Pendedahan pada Rangka Kerja bagi Platform Perdagangan Elektronik
(Forex Trading Online)

Tarikh Siaran: 14 Jun 2019

Rancangan Pendedahan ini menetapkan keperluan dan jangkaan Bank terhadap peserta pasaran yang menawarkan perkhidmatan platform perdagangan elektronik dalam pasaran kewangan borong Malaysia, khususnya wang dan pasaran pertukaran asing.

Untuk gambaran, instrumen pasaran wang merujuk kepada produk seperti instrumen deposit boleh niaga, bil, penerimaan bank dan perjanjian belian balik.

Produk pertukaran asing termasuk Spot (Online Trading Platform), Urusniaga hadapan(Future), swap dan derivatif dari semua pasangan mata wang (FX & CFD).

Platform perdagangan elektronik yang dilindungi di bawah Draf Paparan ini termasuk saluran berbilang bank, dan tidak termasuk platform bank tunggal.

Khususnya - Broker wang yang diluluskan yang mengendalikan platform pembrokeran elektronik; dan peserta pasaran lain yang mengendalikan platform dagangan elektronik, sama ada atau tidak apa-apa bentuk saraan, yuran, komisen atau langganan dikenakan.

Pengendali platform (Tempatan) yang layak diperlukan untuk mendapatkan kelulusan Bank sebelum menawarkan perkhidmatan mereka di Malaysia.

Pengendali platform yang ingin menawarkan perkhidmatan dagangan elektronik untuk sekuriti dan instrumen selain dari yang dinyatakan dalam Draf Pendedahan ini, diperlukan untuk memastikan dan mendapatkan kelulusan yang diperlukan dari pihak berkuasa yang berkaitan jika berkenaan.

Penyerahan maklum balas - Bank mengundang maklum balas bertulis mengenai rangka kerja dasar yang dicadangkan dalam Draf Pendedahan ini, termasuk cadangan mengenai bidang yang akan dijelaskan dan cadangan alternatif yang perlu dipertimbangkan oleh Bank.

Maklum balas bertulis perlu membina dan disokong dengan rasional yang jelas, termasuk bukti yang mengiringi, analisis empirik atau ilustrasi jika sesuai; dan Sebagai tambahan kepada maklum balas umum, peserta pasaran diminta untuk menjawab soalan-soalan tertentu yang ditetapkan di sepanjang Draf Pendedahan ini.

Tanggungjawab hendaklah dikemukakan kepada Bank pada 15 Julai 2019 kepada:

Pengarah Jabatan Operasi Pelaburan & Kewangan Pasaran
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato 'Onn 50480
Kuala Lumpur
E-mel: fmd@bnm.gov.my

Link Info:
2019
BNM
TheStar

2010 - BNM pernah offer,namun Kerajaan masa itu (PM-6)membatalkan.

BNM2010

Gambar buat semangat.



Siapa jujur dan berusaha,pasti berjaya.

[Support & Resistance]


SnR adalah satu konsep di mana pergerakan harga akan berkemungkinan besar untuk berhenti dan reverse pada harga tertentu. Yang mana ia akan menyentuh harga tersebut beberapa kali tanpa memecahkan tahap tersebut.


Tahap support adalah di mana permintaan dianggap cukup kuat untuk mengelakkan harga jatuh, manakala tahap resistance adalah harga di mana penjualan dianggap cukup kuat untuk mencegah harga naik lebih tinggi

Berdasarkan kepada maksub tersebut, bolehla kita huraikan SnR dalam bahasa mudah ianya adalah tempat di mana sesuatu harga itu akan bertahan daripada terus menurun atau menaik.


[Jadi apa kegunaan SnR dalam forex trading?]

SnR boleh digunakan sebagai tempat untuk entry atau take profit (TP). Untuk menentukan samaada sesuatu SnR itu kuat atau tidak adalah berdasarkan kepada berapa kali sesuatu tahap harga itu bertahan. Semakin banyak kali harga tidak mampu untuk menembusi tahap tersebut maka semakin kuat la tahap tersebut.


[Macam mana nak gunapakai SnR dalam trading?]
Antara cara yang biasa penulis gunakan untuk menentukan kekuatan tahap SnR adalah dengan melukis satu garisan untuk melihat berapa kali tahap tersebut telah bertahan. Boleh rujuk gambarajah di bawah untuk pemahaman.


Gambarajah 1 : Carta kosong tanpa sebarang indicator.

Gambarajah 2 : Tukarkan carta kepada LINE CHART (ALT+3)

Gambarajah 3 : Lukiskan satu garisan lurus di tahap2 di mana harga telah bertahan banyak kali. Bulatan merah adalah tahap Resistance, manakala bulatan biru adalah tahap Support.

Gambarajah 4 : Seterusnya tukarkan kembali kepada Candlesticks chart (ALT+2). Maka kita akan dapati harga telah retrace/reverse di kawasan yang telah kita tandakan dengan warna merah (resistance). Sekiranya harga mampu untuk memecahkan tahap Support di kawasan bulatan biru, maka pergerakan market adalah kuat untuk turun ke bawah


Untuk yang nak download nota dalam bentuk pdf boleh klik link ni ye. Share lah sekiranya dirasakan bermanfaat untuk semua. Doakan yang baik2 untuk penulis. Terima kasih.
.
.
Yang belum ada akaun dengan broker PIPHIJAULTD boleh la ushar2 link ni ye. Pilih je yang mana2 rasa berkenan di hati. Kami sedia membantu untuk daftar akaun.
.
.
--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 

#piphijaultd #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat
.
.
Pssssttt - Yang nak dapatkan info lanjut mengenai teknik GST manual atau Expert Advisor (EA) GST boleh la berhubung dengan Abam Man ye.



[Trick FOREX] - Close All Manual dengan Henpon

Salam semua rakan2 trader.
.
.
Hari ni abam nak share trick untuk close all entry secara manual tanpa skrip dengan HP. Pernah tak rakan2 hadapi keadaan di mana entry scalping atau lot gajah duduk dah biru.
.
.
Entry dah biru, takkan nak biarkan. Iyer dak??
.
.

Nak close satu persatu banyak lak layer yang ada. Kalau close manual mesti ada potensi untuk entry yang dah biru tu jadi merah semula. Kannnnn. Jadi acaner? Ada cara cepat ke dengan HP ni?
.
.
Ada cara@trick sebenarnya kalau nak close all secara manual dengan HP ni. Meh abam share neh.
.
.
Kan dah boleh close all dalam profit kannn..
.
.
Klik link ni. P sedut kat sana. Andai rasa bermanfaat kongsi la kat rakan2 lain ye. Semoga kita semua mendapat faedah dari trick ni.
.
.
Yang belum ada akaun dengan broker PIPHIJAULTD boleh la ushar2 link ni ye. Pilih je yang mana2 rasa berkenan di hati. Kami sedia membantu untuk daftar akaun.
.
.
--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/  

#piphijaultd #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat
.
.
Pssssttt - Yang nak dapatkan info lanjut mengenai teknik GST manual atau Expert Advisor (EA) GST boleh la berhubung dengan Abam Man ye.



Broker Mana Satu Sesuai?




“Broker mana yang sesuai untuk saya,” Nubis kubis.

Soalan yang sentiasa bertebaran di kalangan Forex Trader. Dolu2 masa penulis mula nak berkenalan dengan forex, ni la antara soalan favourite penulis kepada kawan2 forex trader tak kira online atau offline. Sampai tahap muntoh hijau duk ulang soalan yang sama je. Buka akaun nya tak. Duk tanya soalan yang sama je. Kih3.

Selain daripada ciri2 yang perlu diambil kira seperti di dalam artikel INI, terdapat juga faktor2 lain yang perlu diambil kira sebelum kita patut membuka akaun trading dengan mana2 broker.

Factor paling utama adalah, ADAKAH BROKER ITU MAMPU UNTUK MEMBAYAR DUIT WITHDRAW?

Kadang2 ada broker yang tidak mampu untuk membayar duit withdraw kerana tidak mempunyai duit yang mencukupi di dalam akaun Pool broker masing seperti yang terjadi kepada broker A*FX. Broker tersebut mempunyai lesen untuk beroperasi dan rekod pengurusan yang bagus, namun disebabkan 1 kes, mereka tidak mampu untuk membayar kembali duit yang dikeluarkan oleh trader2 yang seterusnya menyebabkan lesen mereka telah digantung sehingga kes tersebut selesai.

Sekiranya ini berlaku, siapa yang akan RUGI? Tentula trader itu sendiri kerana penat lelah mereka menganalisa carta tidak berbaloi apabila tidak dapat menikmati @ membelanjakan duit keuntungan hasil daripada trading mereka. Anda ingin perkara yang sama berlaku? Jawapannya tentulah TIDAK kan. Maka, buatla pilihan yang terbaik :)



Jadi? Broker mana yang sesuai untuk saya? Jawapannya carilah Broker A Book. Tanyalah IB masing2, adakah broker mereka itu A Book atau B Book?

Jangan terkejut, sekiranya IB itu sendiri tidak tahu. Kih3x.



Kalau mereka tak tahu, minta mereka baca link artikel sebelum ni ye (DI SINI). Lepas tu minta mereka terangkan kembali kepada anda :) Ramai yang tak ambil tahu tentang jenis broker ni. Pada mereka asalkan broker tu mampu bayar duit withdraw cukuplah pada mereka. Tapi sampai bila broker itu mampu bertahan? Bukan semua broker B Book ni mampu bertahan lama. Kebanyakkan kecundang apabila ada trader yang withdraw lebih dari kemampuan mereka.

Jom berubah kepada A Book broker sebelum terlambat :) Tak tahu A Book yang ada? Boleh buka akaun dengan PiphijauLTD.com :)



Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.



Nak dapatkan maklumat lanjut mengenai broker PiphijauLTD.com? Boleh berhubung dengan penulis di:-

--

Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 



#piphijaultd #piphijaultdterengganu #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat


**UPDATE
  1. Rakan2 sudah tengok performance EA GST MasterPiece by Piphijau? Kalau belum, boleh ke sini untuk tengok dan nilaikan performance EA tersebut.
  2. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan EA tersebut. Rakan2 boleh berhubung dengan manager2 untuk setiap negeri berdasarkan kepada list ni. Whatsapp je mereka, insya Allah mereka akan membantu rakan2.

A Book atau B Book??



Salam sejahtera rakan2 trader sekalian.

Haa.. Menatang ape plak A Book dan B Book ni?? Facebook ke?? Buku kerja sekolah ke?? Buku akaun bank ke?? Hehehe..



Sebenarnya hari ni penulis nak bercerita pasal jenis2 broker untuk Forex ni.

Terdapat 2 jenis broker forex iaitu A Book dan B Book. Macam mana nak tau jenis broker ni? Baca dulu sampai habis ye.

Ringkasan ceritanya, A Book broker ni adalah broker yang mengharapkan kepada trader2 yang profit. Daripada profit trader2 ini la mereka mendapat komisen dan keuntungan untuk syarikat@broker. Duit yang trader deposit akan dimasukkan terus ke bank @ LP (Liquidity Provider). Broker tidak akan menyimpan duit deposit trader2.

Manakala B Book broker pula adalah sebaliknya. Mereka mengharapkan kepada trader yang sentiasa loss duit deposit mereka. Di situ broker mendapat keuntungan untuk syarikat. Duit yang dideposit akan dimasukkan ke dalam broker sahaja. Tidak dihantar ke LP. Ini kerana B Book broker berpegang dengan statistik bahawa 90% trader loss, hanya 10% sahaja akan profit. Mereka akan memastikan bahawa trader akan loss duit mereka yang telah dideposit.

Selain itu apa lagi perbezaan antara 2 jenis broker ni ye?


Ciri mudah nak kenal pasti adalah dengan melihat kepada jenis2 akaun trading yang ditawarkan. Kebiasaannya, A Book broker hanya menawarkan 2 jenis akaun trading sahaja iaitu akaun standard dan ECN. Manakala B Book broker ada menawarkan akaun trading micro atau cent. B Book juga menawarkan tahap leverage yang agak tinggi seperti 1:1000. A Book pula biasanya hanya menawarkan leverage setinggi 1:500 sahaja.

Apa lagi perbezaan yang dapat diperhatikan ye?

Haa.. Biasanya B Book broker ni ada menawarkan NO DEPOSIT BONUS dan bonus2 (rebet) lain.

Selain itu, minima deposit A Book biasanya agak tinggi sedikit iaitu $100 manakala B Book pula ada menawarkan serendah $10 sahaja.

Untuk urusan pengeluaran duit profit juga ada perbezaannya. Untuk A Book broker bagi pengeluaran yang bernilai besar seperti $10k ke atas, akan memerlukan masa sekurang2nya 24 jam kerana duit tersebut akan diuruskan oleh pihak LP @ bank. B Book pula ada yang mampu untuk menyelesaikan pengeluaran dalam masa yang cepat kerana duit tersebut memang sedia ada berada di dalam broker. Jadi tiada masalah untuk mereka membuat pengeluaran tersebut.

Carta B Book broker juga lebih cantik dibandingkan dengan A Book broker. Carta B Book akan diperhalusi oleh programmer agar mengikut kehendak broker. Carta A Book pula biasanya akan kurang cantik dan banyak GAP. Kenapa ini berlaku di A Book? Sbbnya, data untuk carta A Book adalah direct daripada LP tanpa sebarang adjustment atau manipulasi candlestick.

Jadi, broker jenis manakah yang menjadi pilihan anda? Adakah broker yang menyokong agar trader sentiasa profit ataupun broker yang sentiasa mencari peluang untuk menjahanamkan akaun anda? Hehe.


Realiti memang perit untuk ditelan. Buat la pilihan yang terbaik untuk duit anda. Nak mencari modal untuk trade bukan senang, maka jangan la salah memilih broker untuk mulakan trading anda. Pilihan terletak di tangan rakan2 sekalian :)

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.

p/s - Meh PM saya untuk mengetahui maklumat lebih lanjut lagi. Emailkan ke terengganu@piphijaultd.com segera.

#piphijaultd.com #piphijaultdterengganu #kemahkeming #sharingiscaring #teknikGST #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat #jomwithdrawsokmo

--

Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 




**UPDATE
  1. Rakan2 sudah tengok performance EA GST MasterPiece by Piphijau? Kalau belum, boleh ke sini untuk tengok dan nilaikan performance EA tersebut.
  2. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan EA tersebut. Rakan2 boleh berhubung dengan manager2 untuk setiap negeri berdasarkan kepada list ni. Whatsapp je mereka, insya Allah mereka akan membantu rakan2.

Nilai Sebenar Perjudian Bank Negara Dalam Forex

Salam semua,


Pembongkaran fakta nilai kerugian dan siapakah "Si Hawau" @ dalang sebenar yang menjahanamkan ber"billion" wang rakyat di bawah kelolaan Bank Negara Malaysia terjawab  dari penulisan Dr Rosli Yaakob:

Siapakah beliau:


Degree in Economics from UM in 1975. Obtained masters and PHD in the same field from the University of Wisconsin, USA on BNM scholarship. He served Bank Negara Malaysia for 18 years.
Pertama, wajarkah Bank Negara Malaysia (BNM) berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing?
Tidak. BNM tidak boleh sama sekali terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran wang kerana risiko kerugian daripada kegiatan ini amat tinggi. Fungsi sebenar BNM adalah sebaliknya, iaitu, memerangi kegiatan spekulasi. 
Di dalam pasaran pertukaran wang asing khususnya, fungsi teras BNM ialah menjaga dan melindungi nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding nilai matawang asing khususnya matawang rakan dagang utama negara seperti Dolar Amerika (USD), Ringgit Singapura, Paun British (GBP), Deutch Mark (DM), Yen, Swiss Franc, French Franc dan sebagainya. 
BNM mesti melindungi MYR dari serangan spekulatif dan menjaga nilai pertukaran MRY supaya sentiasa stabil dan pasaran wang setiasa cukup kecairan.
Kedua, bilakah BNM mula  terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing?
BNM mula melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran pertukaran wang apabila Tan Sri Jaffar Hussien (arwah) dilantik Gabenor pada tahun 1985. 
Gabenor-Gabenor sebelum beliau – Tun Ismail Ali (arwah) dan Tan Sri Aziz Taha (meletak jawatan) – semuanya menentang kegiatan spekulasi matawang. Malah, mereka sentiasa mempertahankan BNM sebagai badan yang harus bebas dari campur tangan pemerintahan. 
Kerana tidak rela dijadikan “budak suruhan” kepada Menteri Kewangan yang mengarahkan Tan Sri Aziz berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan etika bank pusat, beliau memilih meletakkan jawatan. Mungkin, antaranya, beliau enggan berspekulasi di pasaran wang asing.
Isyarat bahawa BNM akan bersepekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh TSJH di Delhi dalam tahun 1989. Beliau menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab BNM, iaitu, mengoptimamkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurusniaga di dalam pasaran wang asing.  Sebelum ini, teras utama pengurusan rizab adalah menjaga dan melindunigi nilai MYR dan mengekalkan kecairan di dalam pasaran. Sejak dari itu bermulalah penglibatan BNM dalam kegiatan spekulasi di pasaran wang asing dalam skala besar dengan tujuan menjana keuntangan maksimam sehingga mengkesampingkan teras utama pengurusan rizab.
BNM bukan lagi berspekulasi di dalam pasaran untuk menjaga nilai ringgit tetapi berjudi dengan harapan mendapat untung besar dan segera.  Bila ada pihak yang bertanya kenapa BNM berspekulasi secara besar-besaran sedangkan tidak ada mana-mana bank pusat yang berbuat demikian, maka TSJH sering memberi alasan “untuk mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.” Ini terbukti falsu kemudiannya apabila kerugian besar akibat berjudi terdedah dan nilai pertukaran asing MYR merudum dalam tahun 1997-98 diserang spekulator.
Ketiga, Berapa besar dana digunakan BNM untuk berjudi di dalam pasaran pertukaran asing?
Kerana ketiadaan penyiasatan, jumlah dana terlibat sukar diperinci. Tetapi, pakar-pakar pasaran memang mengetahui bahawa pada satu ketika BNM (sebelum skandal terdedah) adalah pemain terbesar di dalam pasaran pertukaran wang asing di dunia. Lawannya hanyalah George Soros,  “penyangak matawang.”  Akhbar Reuter pernah melaporkan bahawa BNM adalah “sebuah kuasa yang dominan di dalam pasaran pertukaran wang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bahawa, BNM telah menjana keuntungan yang agak lumayan dari kegiatan itu sejak sebelum tahun 1992-93, telah mendorong BNM untuk bermain di dalam pasaran pertukran asing dalam skala yang semakin besar.”
Pedagang-pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1 juta, USD5 juta dan paling tinggi USD 10 juta. Tetapi BNM berniaga dalam lot USD 50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari. Amat jarang sekali peniaga matawang asing berjual beli dalam lot yang besar.  Penanding yang paling hampir kepada BNM dalam kegiatan jual beli di dalam pasaran pertukaran asing ini ialah pengurus-pengurus dana Jepun. Itu pun mereka berani bermain paling tinggi dalam lot USD50 juta dan setakat sekali atau dua kali setahun. BNM bermain dalam lot-lot besar ini setiap hari.   Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran, satu aktiviti yang tidak ada kena-mengena langsung dengan fungsi “mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.”
Strategi BNM ialah membeli dahulu sesuatu matang wang dalam jumlah beberapa bilion USD dan setelah urusan pertama ini selesai (selang beberapa minit sahaja), ia akan membeli beberapa billion USD lagi. Ini menjana kejutan di dalam pasaran dan pedgang-pedagang lain menjadi panik dan akan tergesa-gesa membeli matawang berkenanan. Akibatnya, harga akan naik dan ketika itulah BNM menjual pegangannya dan menjana keuntungan lumayan. Akhirnya, pedagang-pedagang lain akan tahu helah ini dan bila mereka tahu, mereka akan bertindak balas. Maka bertemulah buku dengan ruas.
Dalam tahun 1992, BNM berjudi di dalam Paun British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa yang sama, George Soros membuat “short selling” ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion. TSJH berbohong dengan mengumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (dalam tahun 1993) beliau mengakui BNM rugi RM10.1 bilion.
Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion. Jumlah ini 5 kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, USD20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap. Ini bukan hendak menjaga nilai ringgit dan mengawal inflasi, ini berjudi sakan.
Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan Gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu. Tetapi, BNM buat pekak badak. Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993.
Akhbar “Malaysia Business” melaporkan bahawa pada kemuncaknya, BNM pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing BNM amat agresif dan digelar “pembuli pasaran” (market bully). Mereka seolah-oleh diberi oleh bos mereka cek kosong, berbelanja ikut suka. Yang sebenarnya, yang berjudi itu seorang sahaja, iaitu Nor Mohamed Yakcop. Khabarnya (berita yang hangat di kalangan kakitangan BNM), apa yang beliau buat ialah beliau berjual beli menggunakan komputer orang lain – pegawai-pegawai di bawah beliau. Beliau akan bergerak dari satu komputer ke satu komputer sehingga pasaran melihat BNM mempunyai ramai pedagang matawang asing yang agresif walhal yang agresif hanya seoarng sahaja. Beliau selalu datang mesyuarat lambat dan ketika mesyuarat sedang berjalan, keluar pergi ke kamar dagangan (dealing room). Beliau membuat laporan palsu kepada Gabenor tetapi kerana dia licik, maka Gebenor percaya semua laporan sehinggalah “nasi telah menjadi bubur” barulah Gabenor sedar orang yang dipercayainya selama ini telah bermain kayu tiga dengan beliau, buat cerita dongeng.
Keempat, berapa besarkah kerugian yang ditanggung BNM akibat dari perjudian itu?
Memang sukar diketahui dengan tepat tanpa penyiasatan. YB Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan. Inilah jumlah kerugian yang paling kerap disebut di kalangan pemain pasaran.
BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993.  Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan. Sebahagian kerugian itu disorokkan melalui menilai semula pegangan emas BNM pada harga pasaran yang telah menjadi lebih tinggi berbanding harga mula-mula ia dibeli dan menilai pelaburan BNM dalam saham tersenarai dan beberapa lagi harta yang lain. BNM juga menggunakan “creative accounting” bagi menyorok kerugian. Kerugian telah ditukarkan menjadi “harta” dengan mencipta istilah baru perakaunan, iaitu, “deferred expenditure” atau “perbelanjaan tertunda” – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian. Ini adalah penipuan. TSJH, seorang akauntan bertauliah, telah menderhakai profesyen beliau sendiri.
Kelima, siapakah yang bertangungjawab di atas kerugian?
BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran matawang asing semasa Tun Daim Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. Semua orang maklum, TDZ ini seorang spekulator besar dalam pasaran saham.  Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham. Dengan nada angkuh beliau pernah dilaporkan berkata: “Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya.”
Diyakini bahawa arahan “pergi buat duit di pasaran pertukaran asing” kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (TMM).  Umum mengetahui kedua-dua mereka rapat, bagaikan isu dengan kuku.  Arahan itu dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang Gabenor yang berwatak “Yes Man” bukan macam Tun Ismail Ali  dan Tan Sri Aziz Taha.  Harus diingat TDZ – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah – telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai “Yes Man” lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop.
Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. Mereka, walaubagaimana pun mengambil arahan  daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa itu, Tan Sri Dr. Lin See Yan diketepikan.  Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong  jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing. Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara.  Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai “raja perompak” (robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing.
Jadi, empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad,  Menteri Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar  Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.
Bila Dato Sri Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai Menteri Kewangan dalam tahiun 1991, BNM memang sudah terperangkap di dalam perjudian di pasaran. Beliau dinafikan maklumat mengenai keterdedahan BNM dalam pasaran pertukaran asing – berapa besar pelaburan, untung  atau rugi, semuanya disembunyikan dari beliau. Beliau mendapat maklumat serpihan dari pihak ketiga.
Beliau, seperti yang diakui. pernah meminta maklumat terperinci dari Gabenor TSJH tetapi beliau disuruh pergi memintanya daripada Perdana Menteri. Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan, kerugian telah menggunung – “nasi telah menjadi bubur.” Apa yang boleh beliau buat hanyalah memberhentikan pendarahan dan itu beliau telah berjaya buat.
Beliau “membuang” Gabenor dan Nor Mohamed Yakcop dari BNM pada pertengahan tahun 1994 selepas pembentangan laporan Tahunan BNM 1993 yang mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu. Beliau juga melarang sama sekali BNM dari bersepekulasi di pasaran matawang asing. Larangan ini berkuatkusa hingga kini.
Penganalisis merasakan beliau akhirnya membayar kos yang tinggi atas tindakan beliau itu – difitnah, dibuang kerja dan dipenjara 6 tahun.
Orang yang memberi  arahan supaya BNM berspekulasi di pasaran wang asing adalah TMM dan TDZ dan “kerja kotor” diserahkan kepada TSJH dan NMY untuk melaksanakannya.  Jadi, TSJH dan NMY mempunyai pelindung.  Sebab itu mereka bebas, tidak didakwa langsung.
Keenam, Kenapakah orang yang bertanggungjawab dibiarkan lepas-bebas?
Nor Mohamed Yakcop dipaksa meletak jawatan pada Julai 1994, satu hukuman yang amat ringan berbanding jenayah yang telah beliau lakukan terhadap negara. Malah, beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar – kembali ke BNM dan menjadi menteri kabinet.
TSJH juga dipersilakan meletakkan jawatan tetapi dengan segera beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi  PNB sebagai habuan. Sejak dari itu, beliau hidup murung – jarang mendapat liputan media – dan dua tahun kemudian beliau menginggal dunia akibat penyakit barah.
Perdana Menteri dan TDZ pula tida siapa yang berani sentuh. Buat penyiasatan mereka tidak mahu. Mereka tidak lut undang-undang.
Ketujuh, kenapakah skandal kerugian pertukaran asing BNM tidak disiasat?
Ini adalah kerana, pertama, pemimpin tertinggi negara nampaknya terlibat dan bersekongkol dalam perjudian ini. Kedua, penyiasataan mungkin mendedahkan banyak kepincangan dan perkara buruk yang boleh membawa kacau bilau politik kepada golongan berkuasa. Ketiga, perincian-perincian skandal ini mungkin terlalu mengerikan (too gruesome) kepada umum dan boleh menyebabkan malu besar kepada golongan berkuasa, sekiranya didedahkan. Keempat, wujud unsur-unsur jenayah di dalam skandal berkenaan yang boleh menyebabkan orang bertanggungjawab masuk penjara bukan masuk kabinet seperti yang berlaku sekarang.
YB Lim Kit Siang telah mencadangan di Parlimen supaya Suruhanjaya PenyiasatanDiraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian pertukaran asing ini tetapi cadangan tidak langsung diendahkan.
Kelapan, patutkah Ada Agensi atau Siasatan Diraja menyiasat kembali skandal ini?
Di Mongolia, dua orang bekas Gabenor dan tiga orang kakitangan bank pusat negara itu telah didakwa dimahkamah atas tuduhan kecuaian dan melebihi kuasa sehingga menyebabkan kerugian USD90 juta di pasaran pertukaran asing.  
TSJH dan NMY telah melakukan kesalahan yang lebih besar dan menyebabkan kerugian gergasi, maka sudah sewajarnya mereka di bawa ke muka pengadilan. Mereka mestilah disiasat. Jenayah yang terlibat termasuklah kecuaian, menyalahgunakan kuasa, memalsukan akaun, memesongkan maklumat, pecah amanah, konspirasi dan rasuah.
Aktiviti spekulasi yang dibuat sebenarnya berlawan dengan prinsip-prinsip utama bank pusat. Bank pusat sepatutnya membanteras spekulasi. Manakan boleh BNM melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran matawang asing secara besar-besaran?
Kerugian wang rakyat terlalu besar untuk dilupakan begitu sahaja.Maka wajiblah kerajaan akan datang menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal ini walaupun ia telah terlewat 20 tahun.

Sekian.


Senarai 66 Agensi Pengumpulan Deposit Awam Yang Berlesen Oleh Bank Negara Malaysia

Salam Semua,

Bagi menjawab Soalan cepu emas rakyat Malaysia,

Adakah Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan Dagangan Forex Online?

Admin berhubung Terus Kepada "Orang Dalam" Bank Negara Malaysia,





Jawapan mereka detail:

Buat Masa Sekarang (Setakat Tarikh 9 Mei 2016)  "TIDAK" DIBENARKAN kepada individu mahupun Syarikat.Melainkan yang diberi "Autoriti" khas seperti yang admin senaraikan di Lampiran A.

Untuk makluman, Bank Negara Malaysia (BNM) hanya memberi lesen kepada semua bank, institusi kewangan dan pengurup wang yang berdaftar untuk menjalankan urusniaga dalam mawatang asing. Individu yang terlibat dalam perdagangan matawang asing dengan syarikat yang tidak mempunyai lesen yang sah harus menanggung risiko kerugian jika sesuatu berlaku kepada syarikat berkenaan.
Untuk kemudahan anda mengenal pasti sama ada sesebuah syarikat itu
berlesen dengan Bank Negara Malaysia atau sebaliknya, sila rujuk senarai
syarikat yang diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia (Lampiran A)
Sekiranya syarikat tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam (Lampiran A),
bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank Negara Malaysia untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.
Anda juga boleh merujuk kepada laman web Suruhanjaya Sekuriti untuk
membuat pengesahan lanjut.
Sukacita kami ingin menasihati anda supaya menghubungi Unit Penyiasatan
Khas, BNM di talian 03 2691 0824 / 2692 6482 / 2698 2810 / 2694 2143
jika anda mengesyaki atau mengetahui mengenai sebarang urusan perdagangan matawang asing yang dijalankan secara haram, atau e-mel kepada upkinfo@bnm.gov.my.
Harap Maklum
TELELINK
BANK NEGARA MALAYSIA
1-300-88-5465

(LAMPIRAN A)

Senarai Agensi yang diberi lesen "SAH" oleh Bank Negara Malaysia


1. 
Malaysia International Islamic Financial Centre (MIFC) Community Directory

2. Licensed banking institutions in Malaysia (Termasuk perbankan dan trading "online")


3. Licensed Insurance companies & Takaful operators


4. List of Development Financial Institutions (DFIs)


5. List of Principal Dealers and Islamic Principal Dealers


6. Registered Adjusters


7. List of Issuers of Credit Cards, Charge Cards, E-money and Remittance Service Providers


8. List of Money Services Business Licensees


9. Approved Insurance Brokers


10. Approved Insurance and Takaful Brokers


11. Approved Takaful Brokers (Specialised)

12. Approved International Marine, Aviation and Transit (MAT) Insurance Brokers

13. Approved Financial Advisers


Lihat juga: 

14. List of Financial Advisers' Representatives  
(23 Syarikat bersama Board Director)  
[PDF,41K] ** kemaskini 12 April 2016
(Pengatara Kewangan Lain Yang Bukan Bank)

26. Cagamas Berhad


27. Employees Provident Fund (KWSP)

28. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
(Inisiatif Kerajaan)
60MyIdeas Web Portal 
61.
 Ministry of Science, Technology and Innovation Malaysia


62. Portal Rasmi Kerajaan Malaysia


63. Sistem Penyampaian Perkhidmatan di Kawasan Lembah Klang - eKL


64. Integrity Institute of Malaysia (IIM)

65Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) 
66. Kemudahan Semakan Daftar Pemilih


Semoga yang membaca mendapat banyak manfaat.Jika ada syarikat atau leader broker,syarikat MLM yang mengaku ada lesen dari bank negara,namun tidak tersenarai seperti yang di lampirkan di atas. Pandai-pandailah korang jaga diri dari terkena Skim-skim "Croottt" .Tak faham juga.Berhiburlah di video ini.
SKIM CROT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :