Showing posts with label belajar forex. Show all posts
Showing posts with label belajar forex. Show all posts

[Currency Meter Pro]

Jadi apakah sebenarnya Currency Meter ni? Ianya berfungsi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan sesuatu matawang berdasarkan kepada perbandingan dengan matawang yang lain. Dan hasilnya kita akan mendapat satu senarai yang menunjukkan matawang yang paling kuat sehingga yang paling lemah.


Currency Meter Pro

Macam mana nak memanfaatkan meter ni?

Caranya, kita akan melihat senarai untuk mendapatkan matawang yang paling kuat dan paling lemah. Seterusnya kita akan jadikan matawang tersebut sebagai pasangan.

Contoh:-

Matawang paling kuat adalah CHF dan matawang yang paling lemah CAD dan USD.

Maka dari sini, kita tahu matawang yang kita boleh fokus untuk trade ketika itu adalah dua matawang iaitu USDCAD dan USDCHF. Namun, adakah kita perlu trade kedua-dua matawang tersebut? TIDAK!! Kita hanya fokus kepada satu atau dua pasangan sahaja bergantung kepada modal korang.

Jadi yang mana satu patut kita fokus?

Ok. Untuk menentukan pasangan yang boleh kita fokus pula, kita perlu lihat senarai lain pula dengan bantuan maklumat yang kita dapat daripada website berikut :-


Apa yang akan kita perhatikan di sini ye? Ok. Cuba korang klik dulu link tersebut dan tengok apa yang kelihatan? Yezzaa. Dekat situ akan ada senarai pasangan matawang berdasarkan kepada apa yang berlaku di pasaran semasa. Maksubnya kita dapat melihat samaada trader ramai yang sedang BUY/SELL sesuatu pasangan matawang tersebut.

USDCAD

USDCHF

Berdasarkan kepada screen shot tersebut kita dapat perhatikan bahawa trader sekarang ini memilih untuk BUY USDCAD dan USDCHF. Adakah ini bermakna kita akan terus masuk untuk join the trend untuk BUY juga?

Sabar dulu.

Sebelum kita nak masuk entry mana-mana posisi adalah seeloknya kita melakukan teknikal Analisa terlebih dahulukan? Apa guna kita belajar buat analisa tapi tak nak guna kan? Masa ni la nak tunjukkan kehandalan korang menganalisa market bak seperti Soros. Hehe.

Analisa sampai lebam. Dah puas hati baru entry menggunakan kefahaman teknikal korang. Jangan ikut2 orang@masta pula ye. Cukup2 la ikut sikenal orang tu. Cuba la guna sikenal sendiri pula. Mesti kepuasan yang dapat bila TP tu akan lebih terserlah. Hehehe.

Teknikal.

Tak pandai/tahu macam mana nak buat analisa? Meh wasap abam cepat2. Ada offer baik punya ni. Siapa cepat dia dapat ye 😊

Download?

Kat mana nak dapatkan CURRENCY METER tersebut? Meh SINI sedut sampai kenyang. Hehe. Dah sedut tu UCAP la TERIMA KASIH sekurangnya 😊

Semoga bermanfaat buat semua ye.

p/s – abam nak buat kelas di sekitar Selangor pada 17hb Febuari 2018 (Sabtu) yang mana2 rasa berminat tu boleh la wasap dulu ye. **17hb Febuari adalah cuti umum (Tahun Baru Cina)

Update :- Kelas terpaksa ditunda ke bulan March 2018 (tarikh akan diumumkan di dalam group nanti. Join segera untuk maklumat terkini berkenaan kelas tersebut)

Link group telegram: Naked Trading System

--
Hilman Nawi
Pengurus PiphijauLTD
email: terengganu@piphijaultd.com

BASIC FOREX : [TOOL UNTUK TRADE FOREX]

Hari ni abam rasa nak kongsi la satu tool/apps yang kita boleh gunakan dalam trading.

Pernah dengar atau guna website/apps https://www.investing.com tak? Yang pernah guna mesti dah tahu macam mana nak gunakan. Yang tak boleh pernah guna dan pertama kali dengar jangan bimbang, abam nak kongsi la ni macam mana nak guna apps tu 😊

Ni rupa website investing.com tu

source : https://www.investing.com

Nak lagi cantik, korang signup la siap2 satu akaun dekat investing.com tu. Jadi nanti bila korang ada buat apa2 perubahan setting custom, korang tak perlu dah load balik setting tu. Cuma perlu LOGIN je akaun investing.com yang dah korang SIGNUP tu. Tak perlu la nak setting banyak2 kali. Kan dah mudah tu.

Jadi apa yang syoknya pasal investing.com ni? Haa.. meh sini abam nak tunjuk. Sebenarnya banyak je yang kita boleh dapat dari investing.com ni kan. Contohnya boleh dapat berita semasa berkait dengan ekonomi (saham, forex dll). Tapi hari ni abam tak nak cerita pasal fungsi lain2 tu. Abam nak cerita yang istimewa sikit. Cer tengok gambar kat bawah ni jap.

source : https://www.investing.com

Apa yang korang nampak dari gambar tu? Haa.. betul la tu. Kita boleh tengok trend semasa untuk sesuatu PAIR matawang tersebut. Abam ambil contoh pair USDJPY neh. Dalam gambar tu, kita boleh tengok kesemua timeframe menunjukkan STRONG BUY. Maka yang perlu kita buat selepas dah nampak tu? Apa lagi kan. Kita cari la peluang untuk BUY sahaja pada waktu tu. Jangan terus masuk BUY, buat la analisa untuk dapatkan point entry yang terbaik. Kan kalau floating korang marah kat abam lak :p

Ehhh.. dahtu kena ON komputer ke setiap kali nak dapatkan info dari investing.com tu? Tak perlu pun. Sekarang kan zaman semua mudah. Pakai SMARTPHONE. Kena la gunakan kemudahan yang memang kita dah ada tu. Jangan la guna untuk wasap or telegram cari signal je dalam group. Banyak lagi yang kita boleh dapatkan dari henpon pintar tu 😊

Buat yang gunakan henpon android, korang cari je apps ni ye
source : PLAYSTORE
Install siap2 dalam henpon. Senang bila nak pakai nanti. Tak perlu la korang nak buka browser setiap kali nak tengok investing.com kan. Dekat android je ke yang ada apps ni? Hehe. Untuk IPHONE abam tak pasti pula sebab tak pernah lagi guna IPHONE. Tunggu abam dah guna nanti abam update semula ye. Hehehe..
 
source: PLAYSTORE
Korang login la ke akaun yang dah signup sebelum ni tu. Jadi senang la bila nak digunakan nanti. Korang boleh set kan pair yang korang nak ada dalam senarai tu. Letak la pair yang biasa korang trade. Cepat la sikit bila nak rujuk nanti. Jangan la letak banyak2 melainkan memang korang kaki entry semua pair yang ada. Hehehe.

Abam bercadang nak buat kelas awal bulan Disember 2017 nanti kat KEMAMAN, TERENGGANU. Abam nak share macam mana nak utilize kan website/apps investing.com ni. Ada yang berminat tak? Abam open untuk 20 orang je. Tak nak ramai2. Baru boleh fokus dekat sorang2.

Yang berminat whatsapp abam ye. Nanti abam bagi detail pasal kelas tu. www.wasap.my/60199590539 (hilman nawi)
---
Hilman Nawi
Pengurus Piphijaultd
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 

[Support & Resistance]


SnR adalah satu konsep di mana pergerakan harga akan berkemungkinan besar untuk berhenti dan reverse pada harga tertentu. Yang mana ia akan menyentuh harga tersebut beberapa kali tanpa memecahkan tahap tersebut.


Tahap support adalah di mana permintaan dianggap cukup kuat untuk mengelakkan harga jatuh, manakala tahap resistance adalah harga di mana penjualan dianggap cukup kuat untuk mencegah harga naik lebih tinggi

Berdasarkan kepada maksub tersebut, bolehla kita huraikan SnR dalam bahasa mudah ianya adalah tempat di mana sesuatu harga itu akan bertahan daripada terus menurun atau menaik.


[Jadi apa kegunaan SnR dalam forex trading?]

SnR boleh digunakan sebagai tempat untuk entry atau take profit (TP). Untuk menentukan samaada sesuatu SnR itu kuat atau tidak adalah berdasarkan kepada berapa kali sesuatu tahap harga itu bertahan. Semakin banyak kali harga tidak mampu untuk menembusi tahap tersebut maka semakin kuat la tahap tersebut.


[Macam mana nak gunapakai SnR dalam trading?]
Antara cara yang biasa penulis gunakan untuk menentukan kekuatan tahap SnR adalah dengan melukis satu garisan untuk melihat berapa kali tahap tersebut telah bertahan. Boleh rujuk gambarajah di bawah untuk pemahaman.


Gambarajah 1 : Carta kosong tanpa sebarang indicator.

Gambarajah 2 : Tukarkan carta kepada LINE CHART (ALT+3)

Gambarajah 3 : Lukiskan satu garisan lurus di tahap2 di mana harga telah bertahan banyak kali. Bulatan merah adalah tahap Resistance, manakala bulatan biru adalah tahap Support.

Gambarajah 4 : Seterusnya tukarkan kembali kepada Candlesticks chart (ALT+2). Maka kita akan dapati harga telah retrace/reverse di kawasan yang telah kita tandakan dengan warna merah (resistance). Sekiranya harga mampu untuk memecahkan tahap Support di kawasan bulatan biru, maka pergerakan market adalah kuat untuk turun ke bawah


Untuk yang nak download nota dalam bentuk pdf boleh klik link ni ye. Share lah sekiranya dirasakan bermanfaat untuk semua. Doakan yang baik2 untuk penulis. Terima kasih.
.
.
Yang belum ada akaun dengan broker PIPHIJAULTD boleh la ushar2 link ni ye. Pilih je yang mana2 rasa berkenan di hati. Kami sedia membantu untuk daftar akaun.
.
.
--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 

#piphijaultd #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat
.
.
Pssssttt - Yang nak dapatkan info lanjut mengenai teknik GST manual atau Expert Advisor (EA) GST boleh la berhubung dengan Abam Man ye.



[Trick FOREX] - Close All Manual dengan Henpon

Salam semua rakan2 trader.
.
.
Hari ni abam nak share trick untuk close all entry secara manual tanpa skrip dengan HP. Pernah tak rakan2 hadapi keadaan di mana entry scalping atau lot gajah duduk dah biru.
.
.
Entry dah biru, takkan nak biarkan. Iyer dak??
.
.

Nak close satu persatu banyak lak layer yang ada. Kalau close manual mesti ada potensi untuk entry yang dah biru tu jadi merah semula. Kannnnn. Jadi acaner? Ada cara cepat ke dengan HP ni?
.
.
Ada cara@trick sebenarnya kalau nak close all secara manual dengan HP ni. Meh abam share neh.
.
.
Kan dah boleh close all dalam profit kannn..
.
.
Klik link ni. P sedut kat sana. Andai rasa bermanfaat kongsi la kat rakan2 lain ye. Semoga kita semua mendapat faedah dari trick ni.
.
.
Yang belum ada akaun dengan broker PIPHIJAULTD boleh la ushar2 link ni ye. Pilih je yang mana2 rasa berkenan di hati. Kami sedia membantu untuk daftar akaun.
.
.
--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/  

#piphijaultd #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat
.
.
Pssssttt - Yang nak dapatkan info lanjut mengenai teknik GST manual atau Expert Advisor (EA) GST boleh la berhubung dengan Abam Man ye.



[CARA MUDAH MENENTUKAN ARAH MARKET]

Salam sejahtera semua. Apa khabar ye rakan2 trader sekalian? Dah lama rasa Abam Man tak membebel dalam ni ek. Ada yang rindu tak? Kalau ada taip la “SAYA RINDU ABAM MAN” kat komen sekali. Hehe..
.
.
Abam Man nak ceta apa ye kali ni. Haaa..kita ceta psal macam mana nak tentukan arah market dalam forex nak?? Tak nak?? Haaa.. p main jauh2..tak yah nak gatal2 baca lagi.. Hehehhe… Abam Man gurau je. Jangan ler marah plak neh.
.


Contoh untuk menentukan UPTREND atau DOWNTREND.
Iskkk..dah2..melalut je lebih Abam Man nim..bila nak start ceta nim..dah ready popcorn n air soda bikabonat nim. Berapa banyak NIM daa.. hehehehe..
.
.
Ok2 get serius. Jadi macam mana cara mudah nak menentukan arah market sesuatu pair tu ek? Haa..meh rapat2 Abam Man nak ajar nim.
.
.
Penah dengar n guna trendline tak?? Camna nak jadi trader kalau basic forex trendline pun tak tau nim..iye dak?? Hehehe.. Ok2 camna nak gunakan trendline untuk tentukan arah market ye. Mula2 sekali kena tentukan di mana kita nak tarik trendline tu..samaada di body atau ekor. Mana2 tempat adalah valid untuk tarik ye.
.
.
Ok2 tengok contoh kat bawah untuk cara tarik trendline yer.

Contoh trendline SELL telah break di kotak kuning, maka untuk perjalanan market seterusnya kita akan focus kepada entry BUY pulak.
.
.
.

Contoh trendline BUY telah break di kotak kuning, maka kita akan focus untuk mencari entry SELL pula selepas ini.
.
.
Boleh faham tak nim?? Kalau tak faham nanti wasap Abam Man kat sini ye. Kita ngeteh2 minom kopi jantan. Abam Man tunjuk macam mana nak tarik trendline depan2 kasi line clear lagi.

.

Contoh tempat breakout trendline berlaku.
.
.
Kalau rasa artikel ni membantu, share la ye kat kawan2 lain. Semoga bermanfaat untuk semua ye.
.
.
Yang belum ada akaun dengan broker PIPHIJAULTD boleh la ushar2 link ni ye. Pilih je yang mana2 rasa berkenan di hati. Kami sedia membantu untuk daftar akaun.
.
.
--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/  

#piphijaultd #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.


Pssssttt - Yang nak dapatkan info lanjut mengenai teknik GST manual atau Expert Advisor (EA) GST boleh la berhubung dengan Abam Man ye.



REQUOTE dalam FOREX



REQUOTE boleh diterjemahkan sebagai keadaan apabila broker tidak dapat memberikan atau sanggup memberikan harga yang trader inginkan. Keadaan ini biasanya berlaku semasa market aktif disebabkan oleh news dan sebagainya. Contohnya, abam nak beli atau jual pasangan matawang tertentu pada harga tertentu dan menekan butang untuk dapatkan harga tersebut. Pada waktu broker menerima order tersebut, market telah pun bergerak terlampau laju untuk execute harga yang diingini. 
Pengumuman REQUOTE muncul di MT4 memberitahu abam harga dah bergerak dan memberikan abam peluang untuk menerima atau tak harga tersebut. Selalunya harga yang ditawarkan pada masa tersebut biasanya tidak menyebelahi para trader. Sebab tu ramai yang tak suka apabila berlaku REQUOTE ni. Rugi untuk kita nanti.



APA YANG MENYEBABKAN REQUOTE NI??

Macam yang abam dah beritahu kat atas, biasanya market bergerak laju, namun boleh bergerak dengan teramat laju dengan tiba2 terutamanya apabila ada news. Keadaan ini menyukarkan broker untuk meletakkan order pada harga yang abam inginkan. Broker yang kita gunakan sebenarnya terpaksa melalui broker mereka sendiri iaitu LP (Liquidity Provider – nak tau apa?? Cari la sendiri plak.. kih3x)

LP boleh menarik semula order, menaikkan harga atau boleh juga tidak mahu memberitahu apa2 jika mereka mahu berbuat camtu. Sebab itu ada broker yang memberitahu bahawa harga yang ditawarkan adalah bukan harga yang kita inginkan – mereka beritahu abam harga yang diberikan adalah lebih teruk dari yang diinginkan.



MACAM MANA NAK LINDUNGI DIRI ABAM DARI REQUOTE??

Bunyinya macam tak best plak kan bila kena REQUOTE ni? Hehe.. sebenarnya ada cara atau jalan nak elakkan REQUOTE ni. Dengan meletakkan LIMIT ORDER, abam memberitahu broker bahawa abam hanya sanggup meletakkan order di harga tertentu atau yang lebih baik sahaja. Dengan cara ini, abam beritahu broker terlebih dahulu bahawa abam tak nak membayar lebih untuk entry tersebut pada harga tertentu sahaja, dan juga bahawa abam sanggup tidak entry sekiranya ianya tidak dapat dilakukan pada harga tersebut.

**Sebab itu, dengan teknik GST manual, abam diajar untuk meletakkan LIMIT dan STOP order. Meh sapa2 nak belajar teknik GST manual, hubungi pengurus2 yang dilantik PipHijauLTD (klik link ini untuk dapatkan senarai pengurus yang ada)**



REQUOTE adalah sesuatu yang biasa berlaku pada market tertentu, dan juga pada mana2 bidang FOREX. Namun, sekiranya broker yang digunakan kerap REQUOTE (terutamanya semasa market yang lemau) itu menunjukkan bahawa broker tersebut kekurangan dari segi kecairan modal. Jika ini yang berlaku, lebih baik abam mula ushar broker baru untuk melakukan trading FOREX.

--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/  

#piphijaultd #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.

Pssssttt - Yang nak dapatkan info lanjut mengenai teknik GST manual atau Expert Advisor (EA) GST boleh la berhubung dengan penulis ye.

Apa itu GAP..?Punca dan Kesannya Terhadap Pasaran Forex







Sering kali kita mendengar perkataan Gap, disebut oleh orang lain, atau kita terbaca di group telegram atau kita sendiri yang menyebutnya. Saya yakin, secara asasnya, ramai yang sedia tahu apa itu Gap. Tulisan kali ini, ingin membawa anda naik setingkat lagi, dengan kita belajar secara lebih dalam berkaitan Gap.

Apa itu Gap...? Gap ialah ruang kosong pada chart, di mana ruang kosong itu menunjukkan perbezaan harga antara candle terakhir pada hari Jumaat dan candle terbaru pada hari Isnin atau pun dengan kata lain, gap ialah perbezaan harga pada candle close pada jumaat dan candle open pada Isnin.



Kenapa terjadi Gap...? Ada beberapa faktor terjadinya Gap. Antaranya, kita tahu, seminggu ada 7 hari dan pasaran forex dibuka 5 hari seminggu, tetapi, kerana Bumi ini sering beredar menyebabkan seolah-olah pasaran forex dibuka 6 hari seminggu lantaran perbezaan garis waktu di seluruh dunia. 
Contoh mudah macam ni la, di negeri-negeri tertentu ada bank tutup pada Sabtu dan Ahad, manakala di negeri lain bank tutup pada Jumaat dan Sabtu. 
Jadi perkara seperti inilah yang sentiasa menjadikan pasaran forex itu tetap berjalan walaupun broker anda tutup pada Sabtu dan Ahad. Begitu juga di negara lain, Sabtu di US tidak berlaku serentak dengan Sabtu di Jepun. Sabtu di  Jepun mungkin lebih awal berbanding di US. Ketika pasaran Asia menutup operasi, pasaran US dan eropah masih berjalan. Faham…? Pasaran forex tak pernah cuti, yang cuti tu broker anda je.

Faktor lain terjadinya Gap ialah kerana adanya news-news berimpak besar pada hujung minggu, pengumuman pendapatan, tekanan jualan / belian yang kuat, pengumuman data ekonomi, sentimen, dan peristiwa berkaitan politik. Hah,tahukah anda bahawa pending order yang banyak sebelum penutupan market juga menjadi faktor penyumbang berlakunya Gap.

Persoalan paling popular berkaitan Gap adalah, adakah Gap itu akan tertutup kembali..?atau Gap tersebut run away and never come back dan akaun kita pun MC..?



Jawapan untuk persoalan ini akan saya jelaskan pada penulisan akan datang berkaitan jenis-jenis Gap. 

TEAMVIEWER? Apakah Fungsi dan Keperluan untuk Install?


**Ini bukan artikel iklan untuk software TeamViewer yer. Cuma review ikhlas untuk memudahkan urusan rakan2 trader kedian hari untuk selesaikan masalah yang mungkin akan timbul nanti** 




Mesti dah ramai yang pernah dengar dan gunakan software TEAMVIEWER kan? Namun ada juga yang tidak pernah ambil tahu mengenai software ini. Jadi, apakah keperluan untuk menggunakan software ini di dalam trading Forex?

Contoh situasi seperti kat bawah ni.

“Adeh, macam mana nak selesaikan masalah install MT4 ni. Dah baca panduan kat blog Piphijau.com masih lagi tak faham2.”

“Haa.. mitak tolong Abu la buatkan. Dia dah boleh install MT4 tu. Tapi masalahnya sekarang ni, Abu pulak duk jauh!”


Isk, mesti pening bila ada masalah camni kan. Nak mitak tolong, kawan pulak duk jauh2. Kat sini la fungsi software2 seperti Teamviewer ni ek. Maksubnya kawan kita tu boleh menggunakan komputer kita secara REMOTE dari jauh. Dia boleh tolong install atau setup apa sahaja yang berkaitan dengan komputer tu.


Kat mana nak dapatkan installer untuk TEAMVIEWER tu? Boleh klik link ni ye untuk pergi ke official website https://www.teamviewer.com/




Lepas dah install, apa pulak yang perlu kita tahu untuk benarkan orang kawal komputer kita dari jauh? Kita perlu berikan mereka ID dan PASSWORD yang tertera di komputer kita. PASSWORD tersebut akan sentiasa berubah setiap kali kita SHUTDOWN dan LOGIN ke komputer kita.



Maksubnya, orang tersebut hanya boleh mengawal komputer kita untuk waktu yang kita benarkan sahaja. Mereka memerlukan PASSWORD baru sekiranya perlu untuk mengawal komputer kita lain kali.

Oh yee.. komputer kita dan rakan yang ingin membantu tu perlu ada sambungan internet untuk berhubung antara satu sama lain. Tanpa internet, software TEAMVIEWER tidak dapat berfungsi.


Maka, selepas ini, andai kita mempunyai masalah berkaitan MT4 atau Expert Advisor, bolehlah minta tolong dengan MANAGER2 NEGERI (link contact manager negeri) untuk tolong setupkan EA tersebut dari jauh.

--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/  

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.

Pssssttt - Yang nak dapatkan info lanjut mengenai teknik GST manual atau Expert Advisor (EA) GST boleh la berhubung dengan penulis ye.

#piphijaultd #piphijaultdterengganu #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat

MT4: Cara Install Banyak MT4 Dalam Satu Sistem Windows



Untuk rakan2 yang pertama kali nak install MT4 boleh ikuti langkah2 di artikel ini ye.

Jadi, macam mana kalau nak install MT4 daripada platform @ broker yang sama? Kalau ikut cara2 dalam artikel kat atas ni, kita hanya dapat install hanya satu sahaja MT4.

Ok. Teruskan membaca ye. Penulis akan beritahu macam mana nak install banyak MT4 daripada broker yang sama. Penulis andaikan rakan2 telah pun mempunyai satu MT4 yang telah siap di install di dalam komputer masing2 ye.

Baik. Kita teruskan dengan artikel neh. Banyak bebel nanti orang marah. Hehe.

Untuk permulaan, kita buka FILE EXPLORER >> Program Files (x86). Cari folder di mana program MT4 kita berada.

Untuk contoh ini, penulis menggunakan MT4 untuk broker PipHijauLTD.

Seterusnya, copy folder tersebut.

Klik kanan di atas folder tersebut dan COPY.

Paste kan folder tersebut di dalam Program Files (x86) yang sama.

Klik kanan di dalam Program Files (x86) tersebut dan PASTE.

Akan keluar satu folder baru dengan nama PipHijau MetaTrader 4 Terminal - Copy. Kita boleh nak rename folder tersebut kepada nama lain yang mewakili program MT4 kedua atau biarkan sahaja nama default tersebut.

Klik kanan di atas folder tersebut dan RENAME.

Buka folder tersebut dan cari application dengan nama terminal.exe. Klik kanan >> Send to >> Desktop (create shortcut)

Create shortcut untuk application tersebut di desktop.

Rename shortcut tersebut kepada sesuatu yang mewakili MT4 kedua. Contohnya seperti nombor akaun trading di broker PipHijauLTD.

Kita juga boleh menukarkan icon shortcut tersebut kepada default icon untuk broker PipHijauLTD. Klik kanan atas shortcut >> Properties. Seterusnya akan keluar popup untuk properties tersebut. Klik Change Icon >> Browse >> cari lokasi folder yang kita paste di dalam Program Files (x86) tadi >> pilih terminal.ico >> Open >> OK >> Apply.

Tukarkan icon untuk shortcut tersebut kepada icon default untuk broker PipHijauLTD.

Ok, dah siap. Kita boleh mula gunakan MT4 tersebut macam biasa. Masukkan kembali nombor akaun dan katalaluan untuk akaun trading tersebut.

Haa..mudah je kan? Takde la banyak sangat step nak kena ikutkan..hehe :)

Tak faham jugak camne nak buat? Meh sini berguru dengan penulis, bawa pulut kuning dan ayam golek siap2..hehe :p

Gurau2 je ye..jangan buat betul2 plak ye..

Andai terdapat sebarang pertanyaan atau kurang jelas, rakan2 boleh hubungi penulis di

--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/  


#piphijaultd #piphijaultdterengganu #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :