Skip to main content

Posts

Showing posts with the label brexit

Analisa Teknikal GBPUSD 4/3/19 - 8/3/19 - Sell at Top, Buy at Dip

Pada hari Khamis minggu lalu (28/2/2019), pair GBPUSD melengkapkan Monthly Candle yang membentuk satu lagi Bullish Candle, dengan rejection yang ketara pada area body candle sebelumnya- menandakan pair ini masih dalam Bullish Mode. Rujuk gambar di bawah:

Tf : Monthly

Kita mulakan analisis dengan menandakan base-base penting pada Weekly Candle, yang merupakan Reaction Zone yang akan menentukan halatuju trend seterusnya. Rujuk gambar di bawah:

Tf: Weekly

Kita dapat lihat price telah pun berinteraksi dengan Supply ZoneWeekly pada minggu lepas namun gagal untuk close dalam base tersebut.
Beralih pada Timeframe Daily, kita tandakan base terkini yang terhasil daripada pergerakan minggu lepas;

Tf; Daily

Price action yang berlaku dalam Supply Zone Weekly telah membentuk satu lagi base (Supply) yang signifikan pada timeframe Daily. 
Saya menjangkakan pair ini akan terlebih dahulu melakukan correction move pada awal bulan Mac ini, sebelum meneruskan Bullish Trend pada pertengahan dan hujung bulan.

Analisa Teknikal EURGBP 8/10/2018 - Rundingan Brexit Beri Kelebihan Pada Pound

Dalam sesi dagangan pada minggu lepas, pair EURGBP telah membuat penurunan sekitar 140 pips tanpa correction. Seperti yang kita tahu, range bagi pair ini agak kecil, kerana kedua-duan matawang ini 'berkawan' rapat dari segi ekonomi dan politik. Namun, sejak UK memutuskan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah, pair ini agak volatile dan sensitif, lebih-lebih lagi dengan sebarang rumors berkenaan rundingan Brexit.

Tambahan pula, pada minggu lepas, Perdana Menteri Ireland, Varadkar menggesa Theresa May (PM UK) untuk mempercepatkan perancangan tentang sempadan Ireland bagi rundingan Brexit. Kenyataan ini disokong pula oleh peningkatan data-data ekonomi di UK, seperti kenaikan KDNK kepada 1.2%, peningkatan inflasi harga pengguna kepada 2,7% dan juga penurunan kadar pengangguran kepada 4%, yang terendah sejak Februari 1975!

Apapun, kita lihat dulu analisa teknikal pair ini bermula dengan Weekly Chart.


Bearish Marubozu @Weekly Candle

Seperti yang anda dapat lihat di atas, momentum bea…

Analisa GBPAUD 8/10/2018 - Benteng Kuat di 1.85000 Akhirnya Ditembusi!

Dalam 3 hari terakhir dagangan minggu lepas, GBPAUD membuat bullish rally berterusan tanpa retracement, sekaligus memecahkan benteng resistance sekitar 1.85000 yang sudah beberapa kali gagal ditembusi sejak Mac 2018 lalu.

Sentimen pelabur nyata tidak berpihak kepada Australian Dollar, meskipun data ekonomi yang baik ditunjukkan pada Jumaat lepas. Dan pastinya, matawang Pound telah menarik pembeli dengan respon positif berkenaan rundingan Brexit yang 'hampir pasti'.

Beralih kepada analisa teknikal, kita rujuk terlebih dahulu kepada Weekly Candle yang terhasil pada minggu lepas. Candle Bullish Marubozu terbentuk hasil daripada momentum pergerakan bullish yang kuat bermula hari Rabu.


Bullish Marubozu terbentuk di Weekly Candle

Kemudian kita lihat pula pada Daily Candle untuk double-confirmkan arah yang perlu dipilih pada minggu ini.


Strong Bull Momentum at Daily Candle

Nyata kita dapat lihat strong bullish momentum di Daily Candle, menandakan kita perlu mencari peluang buy pair GBP…

Analisa Teknikal GBPUSD 24/9/18 - Strong Possible Bearish Move Detected!

Pergerakan pair GBPUSD pada minggu lepas agak menegejutkan, setelah membuat bullish rally bermula hari pertama dagangan sehingga sekitar 230 pips hingga hari khamis, tiba-tiba pada hari terakhir dagangan, GBP mula melemah dan membuat penurunan sehingga sekitar 215 pip.

Ianya tidak lain tidak bukan, disebabkan isu Brexit yang kembali memainkan peranan. Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri UK, Theresa May menyatakan bahawa rundingan Brexit sedang dalam keadaan 'standstill' - tiada perubahan positif buat masa ini.

Hasilnya, setelah bermula dengan optimis pada awal minggu lepas, pergerakan bullish mula menunjukan 'exhaustion' dengan free fall pada jumaat lalu. Menariknya, Candle Weekly yang terhasil (anda boleh rujuk di bawah) membentuk Pin Bar / Shooting Star atau juga dikenali sebagai Gravestone Doji (anda boleh google candlestick pattern untuk maklumat lanjut).


Candle Weekly membentuk Shooting Star

Beralih ke Timeframe Daily, anda dapat lihat Candle yang terbentuk pada Jum…

Analisa GBP 6/9/18 - Barnier Yakin Perjanjian Brexit Bakal Dimeterai

Satu jam selepas permulaan sesi dagangan US semalam (8.00pm waktu Malaysia), matawang Pound tiba-tiba menguat, sekaligus melonjak mengatasi semua matawang lain. Major pair GBPUSD mengalami lonjakan sehingga 120 pips dalam tempoh lima minit, manakala cross pair GBP seperti GBPJPY, GBPAUD dan GBPCAD melonjak sehingga 200 pips.




Ia berlaku berikutan kenyataan Ketua Perunding EU, Michael Barnier yang amat yakin bahawa perjanjian Brexit antara Kesatuan Eropah dan UK bakal direalisasikan. Bloomberg turut melaporkan bahawa kerajaan British dan Jerman bersetuju untuk mengenepikan 'key brexit demands' yang selama ini melambatkan proses perjanjian tersebut. Kenyataan itu sekaligus memberikan gambaran bahawa the key players dalam perjanjian Brexit ini benar-benar bersungguh untuk memastikan perjanjian tersebut dimeterai

Walaubagaimanapun, rata-rata penganalisis pasaran matawang global berpendapat bahawa situasi ini  membuatkan matawang Pound sangat fragile, kerana perkara yang sama juga t…

MT4: Cara Install Banyak MT4 Dalam Satu Sistem Windows

Untuk rakan2 yang pertama kali nak install MT4 boleh ikuti langkah2 di artikel ini ye.
Jadi, macam mana kalau nak install MT4 daripada platform @ broker yang sama? Kalau ikut cara2 dalam artikel kat atas ni, kita hanya dapat install hanya satu sahaja MT4.
Ok. Teruskan membaca ye. Penulis akan beritahu macam mana nak install banyak MT4 daripada broker yang sama. Penulis andaikan rakan2 telah pun mempunyai satu MT4 yang telah siap di install di dalam komputer masing2 ye.
Baik. Kita teruskan dengan artikel neh. Banyak bebel nanti orang marah. Hehe.
Untuk permulaan, kita buka FILE EXPLORER >> Program Files (x86). Cari folder di mana program MT4 kita berada.

Seterusnya, copy folder tersebut.

Paste kan folder tersebut di dalam Program Files (x86) yang sama.

Akan keluar satu folder baru dengan nama PipHijau MetaTrader 4 Terminal - Copy. Kita boleh nak rename folder tersebut kepada nama lain yang mewakili program MT4 kedua atau biarkan sahaja nama default tersebut.

Buka folder tersebut dan cari…