Showing posts with label expert advisor ea. Show all posts
Showing posts with label expert advisor ea. Show all posts

8 Cara Gain Income dalam Forex (Part 2)

Post ini adalah sambungan daripada post 8 Cara Gain Income Dalam Forex (Part 1).


Setuju atau tidak, urusniaga forex ini melibatkan banyak pihak, jadi tidak wajar untuk kita mengecilkan skop pendapatan kepada sekadar trader dan chart. Asalkan ia merupakan pendapatan yang sah dan kita tidak menipu atau mendapatkannya dengan cara yang salah, maka ia wajar dikategorikan sebagai salah satu sumber pendapatan, samada sampingan atau sumber utama.

Jadi mari kita teruskan dengan 4 cara lagi, bagaimana untuk memperolehi pendapatan dalam bidang forex ni.


4. Expert Advisor (Robot)

Selain menghadap chart 24 jam siang malam, anda boleh leverage tugas itu kepada Expert Advisor(EA) atau lebih popular dengan nama Robot. Terdapat pelbagai jenis robot yang anda boleh dapati, samada percuma atau berbayar.

Robot-robot ini melakukan trading (entry,TP,SL,Cutloss) berdasarkan setting yang dibuat oleh pereka-pereka mereka berdasarkan teknik dan strategi masing-masing. Antara Trading Strategy yang selalu diadaptasikan kepada EA adalah Martingale Hedging (anda boleh google istilah ini) atas pair-pair tertentu.

Untuk memastikan robot ini berjalan 24 jam 5 hari seminggu, anda perlu melanggan VPS iaitu Virtual Private System yang membolehkan robot dan MT4 anda on sepanjang tempoh tersebut.

Namun sebelum anda membeli atau menggunakan mana-mana robot, anda hendaklah backtest dulu keupayaan robot tersebut supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.


5. Jual EA

Bagi golongan programmer pula, mereka berbesar hati untuk menterjemahkan teknik dan strategi yang proven ke dalam bentuk EA, supaya memudahkan para trader yang tidak ada banyak masa untuk menganalisa chart. EA yang telah siap ini boleh dijual dengan harga yang munasabah, sesuai dengan konsistensi dan kadar profitnya.

Namun ia bukanlah semudah itu untuk mencipta EA yang benar-benar bagus. Jadi jika anda berhajat untuk membeli mana-mana EA yang sudah terbukti keberkesanannya, jangan terkejut dengan harga yang ditawarkan. Ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk membuktikan satu-satu EA itu profitable, malah setiap tahun pasti ada versi baru daripada EA tersebut dikeluarkan sebagai penambahbaikan kepada EA sebelumnya. Tepuk dada, tanya selera!


6. Training

Jangan terkejut jika ada traders yang mampu memperolehi pendapatan sampingan daripada training yang mereka jalankan. Biasanya level-level ni dah dipanggil 'masta' kerana teknik-teknik yang mereka kongsikan bukan calang-calang. Asalkan students yang pergi kelas mampu profit dengan konsisten, itu sudah menjadi satu benchmark untuk mereka meneruskan training dengan niat membantu lebih ramai traders.

Tidak seperti 4-5 tahun lepas, yuran kebijaksanaan yang dicas juga rata-rata tidak mahal berbanding dengan ilmu yang bakal diperolehi para peserta.

Namun anda masih perlu berhati-hati jika berhajat untuk menyertai mana-mana kelas berbayar. Masih terdapat ramai scammer yang bertopengkan masta di dalam Malaysia ini. Bagaimana untuk pastikan kelas yang anda nak sertai itu genuine? Senang saja, ini tipsya:

1. Dapatkan feedback students yang pernah pergi kelas terdahulu
2. Jika mereka tunjukkan profit trading yang gila-gila, pastikan ia bukan akaun demo.
3. Harga kelas yang munasabah.
4. Tiada upsell dalam kelas tersebut, -seperti penyertaan percuma, tapi siapa yang hendak private coaching kena bayar RM sekian-sekian ribu. Wooot!((tarik handbrake cepat!)


7. Digital Sharing / E-book

Bagi sesetengah trader yang tidak gemar berkongsi di khalayak, mereka lebih suka menghasilkan e-book yang boleh dipelajari bila-bila masa. Untung kepada pembeli, mereka boleh refresh ilmu bila-bila mereka mahu dengan e-book tersebut. Suka atau tidak, ia tetap cara yang sah untuk menghasilkan pendapatan sampingan dalam bidang ini, asalkan harga yang ditawarkan munasabah dan sesuai dengan profitability teknik dan strategi tersebut.

Namun kekurangannya adalah- pembeli mungkin tidak dapat menghadam ilmu tersebut sepenuhnya, kerana harus kita akui bahawa ilmu yang terbaik mesti dituntut secara 'talaqqi', berhadapan dengan guru.


8. Build A Broker

Ya, bangunkan broker sendiri. Ia tidak mustahil, tetapi terlalu banyak kekangan jika anda berhajat untuk capai ke level ini. Modal? Modal mungkin adalah perkara ke-5 yang anda perlu risaukan. Di Malaysia hanya ada beberapa broker tempatan yang mampu bertahan dan beroperasi lebih dari 3 tahun. Kenapa 3 tahun? Kerana ini adalah fasa di mana 95% business lingkup, Fasa ikat perut, fasa jalan terus never look back, fasa do or die.

Lebih memburukkan keadaan, terdapat banyak kisah silam di mana wujudnya broker-broker tempatan yang bermodus operandi skim ponzi atau money-game, tetapi bertopengkan broker forex yang konon genuine. Hasilnya, tak perlu 3 tahun, setahun pun dah lingkup!

Ia tidak mudah, tetapi mengambil kira 90% traders 'mensedekahkan' modal setiap bulan kepada broker luar, ia adalah satu fardhu kifayah yang perlu diperjuangkan oleh mereka yang benar-benar mahu melihat industri forex terus maju dan mendapat pengiktirafan di tanah air kita sendiri.


BONUS

9. Prop Trader

Prop Trader belum lagi popular di negara kita, namun di kebanyakan negara Europe dan US, ia adalah kerjaya yang common  terutamanya bagi retail traders yang tidak mempunyai modal besar, namun mampu untuk konsisten profit dalam trading setiap bulan.

Skop kerja Prop Trader adalah sangat simple - anda hanya perlu trade bagi pihak broker. Dengan kata mudah, anda trade akaun broker dengan modal yang besar. Keuntungan pula akan dibahagikan dengan nisbah yang biasanya 60:40 (Trader:Broker). Ok la tu kan?

Namun untuk menjadi Prop Trader bagi sesebuah broker, anda biasanya perlu menjalani saringan sekitar 6 bulan hingga 12 bulan. Antara syarat yang biasa diletakkan dalam tempoh saringan tersebut adalah:

1. Drawdown kurang 50%.
2. Profit konsisten minimum 10% setiap bulan (purata)

Ya, itu sahaja syarat yang biasa diberikan oleh broker. Dan selalunya anda kena trade dengan modal sendiri dahulu, dan ditambahkan dengan ekuiti tambahan daripada broker sehingga 200%.
Jika anda berjaya melepasi proses saringan tersebut, pihak broker akan memberikan anda modal untuk ditrade serendah USD10,000 dan boleh mencecah USD100,000 berdasarkan perfomance trading anda!

Jika anda benar-benar serius untuk menjadi trader yang berdisplin dan bercita-cita untuk menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan utama anda, maka Prop Trader adalah sasaran kerjaya yang sesuai bagi anda. Namun masih belum ada broker tempatan yang menawarkan posisi sebegini, tapi anda boleh survey broker-broker luar negara yang regulated.

So that's it, 8 cara untuk gain income dalam bidang forex. Anda dialu-alukan untuk komen/ tambah sumber-sumber lain yang bermanfaat.

Til then, Happy Trading!


MT4 : Fibonacci??

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan2.

Hari ni, penulis nak berkongsi sikit lagi pasal BASIC MT4. Kita bercerita pasal Fibonacci Retracement (atau biasa orang sebut Fibo). Dalam bidang analisa teknikal ni macam2 jenis teknik Fibo diperkenalkan. Diantaranya Smart Fibo, Fibo Musang, Fibo Gear dll (penulis sebutkan beberapa contoh shj ye, kalau ada lagi jenis2 fibo lain boleh la beritahu nanti penulis update semula).

Ok. Kembali kepada tujuan utama artikel ni. Jadi apakah perkongsian BASIC MT4 kali ini?? Hehe..tak sabar sungguh orang muda kalau nak dapatkan ilmu. Pakat dahaga ilmu belake.

Artikel ni bukan mengenai macam mana nak guna Fibo atau cara nak Tarik fibo ye. Untuk belajar teknik2 menggunakan fibo tu, rakan2 boleh la cari dalam FB. Ramai cikgu2 yang mengajar sekarang ni dalam FB. Bersilaturahim la dengan mereka, bertalaqi untuk mendapatkan ilmu dari mereka. Baru berkat ilmu yang kita nak belajar tu. Opss..panjang lebar pulak bebel. Ok2, terus ke tajuk utama.

Yang penulis nak berkongsi hari ini adalah macam mana kita nak dapatkan nilai untuk setiap level fibo tu secara automatic tanpa perlu kita menggunakan Crosshair atau dengan meletakkan horizontal line. Ada cara mudah sebenarnya untuk dapat nilai tu. Dalam forex ni kite kena cepat, baru tak terlepas entry yang berharga.

Gambar 1 : Perhatikan di sebelah kanan carta.

Sila perhatikan di sebelah kanan carta tersebut. Yang ada hanyalah level2 yang telah di setting secara default tanpa sebarang nilai. Maksubnya, untuk mengetahui nilai setiap level tu kita perlu klik crosshair dan letakkan di setiap level untuk mengetahui nilai level tersebut.


Untuk mudahkan kerja masing2. Ikuti langkah2 kat bawah ni untuk ubah setting default Fibonacci tersebut.

1) Klik 2x di atas fibo yang dah ditarik tadi.

2) Klik kanan, dan pilih Fibo properties.

Gambar 2 : Klik kanan, pilih FIBO PROPERTIES.

3) Akan keluar windows seperti di bawah.

Gambar 3 : Windows untuk setting Fibonacci.

4) Klik tab FIBO LEVELS.

Gambar 4 : Klik tab FIBO LEVELS.

5) Edit di bahagian Description. Tambahkan simbol %$ di tepi setiap level tersebut.

Gambar 5 :  Edit description. Tambahkan simbol %$.

6) Letakkan simbol tersebut untuk kesemua level fibo yang ada.

Gambar 6 : Edit kesemua level fibo yang ada.

7) Seterusnya klik OK.
8) Perhatikan di tepi setiap level fibo tadi telah ada nilai secara automatik. Jadi mudah la untuk kita letakkan PO, ikut je nilai yang terdapat disetiap level tersebut (mengikut teknik2 yang dipelajari la ye)

Gambar 8 : Perhatikan di sebelah kanan carta. Nilai untuk setiap level automatik diletakkan.

Pesan penaja – cari la cikgu untuk belajar macam mana nak gunakan Fibonacci Retracement dengan optimum. Melaburlah sedikit untuk mendapatkan ilmu. Tak rugi melabur untuk ilmu ni.

Psssttt..ada lagi yang nak join kelas PiphijauLTD di Suria Beach Resort, Cherating pada 27hb Ogos 2016? Klik link ni cepat2.

#piphijaultd.com #piphijaultdterengganu #sharingiscaring #kemahkeming #jomwithdrawsokmo #teknikGST #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.

--

Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 




**UPDATE
  1. Rakan2 sudah tengok performance EA GST MasterPiece by Piphijau? Kalau belum, boleh ke sini untuk tengok dan nilaikan performance EA tersebut.
  2. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan EA tersebut. Rakan2 boleh berhubung dengan manager2 untuk setiap negeri berdasarkan kepada list ni. Whatsapp je mereka, insya Allah mereka akan membantu rakan2.

MT4 : Install Expert Advisor (EA) dalam Metatrader (MT4)


Salam rakan2 trader semua. Masih belum terlambat nak ucap "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kan. Rakan2 dah tahu cara nak combine semua indicator dalam MT4? Kalau belum boleh klik sini ye.


Ok. Bebalik kepada tajuk artikel kita plak ye. Jadi apa itu Expert Advisor? Mudah ke nak guna? Camne nak masukkan dalam MT4? Haaa...kalau nak tahu kena la baca sampai habis ye. Hehe..

Expert Advisor atau singkatannya EA boleh kita katakan sebagai robot yang menjalankan proses trading untuk kita. Maksubnya semua proses JUAL dan BELI akan dilaksanakan secara automatik berdasarkan kepada analisis programming EA tersebut. Kita cuma perlu ON kan EA tersebut. Cuma untuk memastikan segala proses berjalan lancar, adalah digalakkan untuk menggunakan VPS. Adehhh..ape plak VPS ni?? Hehehe..kena tanya kat pakcik Google la ye.

Jom kita sambung topik pasal camne nak masukkan EA dalam MT4 ye. Ok, langkah2nya adalah (macam nak memasak la plak ek..hehehe)

1 - Pastikan kita dah download siap2 EA tersebut kat dalam komputer kita ye. Nak tahu betul ke tak file tu EA senang je..pastikan extension dia adalah ***.EX4 ye. Kan tak pasal2 takleh nak guna sebab salah download file lain. Hehehe.. Copy siap2 file tu sebelum kita mulakan step2 kita ye

2 - Lepas tu, macam biasa, open MT4 rakan2 ye.

3 - Klik File -->> Open Data Folder


4 - Pastu akan keluar windows explorer. Apa lagi..klik la folder MQL4 -->> Experts. Haaaa..paste je file EA yang dah copy siap2 tadi. Takpun drag je dari folder kita save file EA tu.


5 - Dah setel tu. Close je dulu MT4 tu atau refresh semula connection. Yang mana2 dirasakan mudah la ye. Pastu buka semula MT4 tadi.

6 - Ok. Dah setel yang tu, kita teruskan dengan step seterusnya ya. Mula2 klik butang Auto Trading (bertukar warna kepada hijau). Seterusnya klik juga butang Navigator atau CTRL + N.



7 -  Haaa.. seperti dalam artikel sebelum ni, panel Navigator akan keluar di sebelah kiri MT4 kita. Scroll ke bawah sekali. EA yang telah di copy tadi akan berada di dalam senarai Expert Advisors seperti dalam contoh di bawah. Dalam contoh artikel ini, kita gunakan EA CloseAll_Acc_profit. Dah nampak EA yang kita nak gunakan tu kan..so apa lagi..drag la EA tu ke arah chart yang kita nak gunakan. Contohnya pair EuroUsd di timeframe H1.



8 - Dah drag tu, maka akan keluar la windows untuk setting EA tersebut. Ubahla setting tersebut mengikut SOP yang telah disediakan untuk EA tu. Atau pun kalau taknak pening2, gunakan sahaja setting default yang telah diberikan. Try and error. Hehehe..tapi kalau nak selamat baik dapatkan setting yang terbaik daripada programmer EA tersebut. Kan tak pasal2 akaun MC. Hehehe.




9 - Aikkk..takde perubahan pun kat chart? Tak jadi ke? Ada masalah ke? Tersilap langkah ke tadi? Hehehe.. sabor orang muda.

Cuba perhatikan sebelah kanan atas chart tu. Ada muka senyum tak? Haaa.. kalau ada maknanya step2 yang dibuat sebelum ni dah betul la. Kalau takde muka senyum tu maksubnya ada silap la tu kat mana2. Cuba ulang semula langkah2 kat atas. Selamat mencuba. Hehehe.



10 - On kan EA dah tahu. Takkan nak bior camtu je kan? Mesti la nak tahu cara camne nak Off kan plak ye. Ok, untuk Off kan EA tersebut mudah sahaja. Tekan kembali butang Auto Trading tadi. Pastikan butang tersebut bertukar warna merah dan muka senyum tadi dah jadi masam. Kih3x.. (masam la sebab deme dah Off kan dia) Tapi takpe. Nanti kita On kan semula bila perlu. Ikut je langkah2 kat atas ye.

Panjang lebor plak membebel kali ni ye. Hehehe. Seperti biasa, andai dirasakan artikel ni bermanfaat kepada anda dan rakan2, sila la share ye. Sharing is caring :)

Ada komen atau persoalan sila la kemuka di bawah ni ye.. takpun email ke sini ye.

#sharingiscaring
#nakedchart
#piphijaultdterengganu
#teknikGST
#wearemakinghistory

p/s - Penulis memohon maaf di atas kesilapan teknikal yang berlaku. Artikel ini telah diolah semula.

Rakan2 trader sekelian, anda dijemput untuk menjenguk dan menglike page fb kami ye. Support kami :) terima kasih

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.


--

Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 


**UPDATE
  1. Rakan2 sudah tengok performance EA GST MasterPiece by Piphijau? Kalau belum, boleh ke sini untuk tengok dan nilaikan performance EA tersebut.
  2. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan EA tersebut. Rakan2 boleh berhubung dengan manager2 untuk setiap negeri berdasarkan kepada list ni. Whatsapp je mereka, insya Allah mereka akan membantu rakan2.

Drawdown Maksimum dan minimum forex trader

Salam semua,perkongsian penulis kali ini melibatkan penggunaan tester stategy report mana-mana teknik,indikator atau ea yang digunakan trader.

Namun walau apa pun jenis ea yang di"momokkan" pengalaman mengajar penulis bahawa trade "manual" dengan berguru ,fokus satu dua teknik,lebih menjamin profit yang konsisten dan penjagaan emosi yang lebih terkawal.

Apa itu DrawDown ?


Seperti kita ketahui setiap kali kita melihat Report Bactest (Strategy Tester Report) dari suatu EA (Robot Trading) atau Statement Account Trading seperti di gambar di bawah ini pasti selain Total Net Profit yang paling diperhatikan adalah deretan Drawdown, dan Drawdown secara Umum dapat diertikan sebagai penurunan modal, 
disini ada 3 jenis Drawdown iaitu:

Absolute Drawdown, Maximal Drawdown dan Relative Drawdown.



Berikut ini penjelasan penulis berkait ketiga Drawdown tersebut :

ABSOLUTE DRAWDOWN

Absolute Drawdown adalah jumlah kerugian awal yang memakan modal.
Sebagai contoh, pada pertama kali EA dijalankan, EA tidak langsung memperoleh untung profit tapi mengalami kerugian terlebih dahulu (meskipun setelahnya akan profit) sehingga modal "termakan" (kurang)dahulu.

Contoh: 

Modal awal usd2000 dan kerugian "floating" yang ditanggung trader sebelum profit ialah 500, maka Absolute Drawdown-nya adalah 500.


MAXIMAL DRAWDOWN

Maksimal Drawdown adalah "floating" maksima penurunan dari modal awal setelah kerugian dari beberapa trading yang berurutan.

Contoh : 

Seorang Trader melakukan trading dengan modal awal Usd1000 dan mengalami rugi secara berturut-turut, "balance" modal setelah mengalami kerugian terus menerus adalah Usd750 dari modal awal yang sebesar Usd1000, maka Maximum Drawdown-nya adalah sebesar Usd250 / Usd1000 atau sebesar 25%.

Kesimpulannya semakin besar nilai Maximal Drawdown maka semakin besar juga resiko EA atau Teknik Trading tersebut karena menunjukkan puncak tertinggi dan terendah secara keseluruhan.

Ertinya, kalau nilai Maximal Drawdown sangat besar, maka kebarangkalian mangalami kerugian yang berturut dan kemungkinan loss atau Margin Call akan lebih tinggi daripada profit kerana mengalami proses susut modal yang sangat risiko yang mengakibatkan profit beserta modal boleh hangus ditengah jalan akibat penggunaan layer atau lot yang "full margin"


RELATIVE DRAWDOWN

Sedangkan Relative Drawdown tidak menggambarkan risiko sebenarnya kerana hanya bersifat sementara.

Maksudnya Relative Drawdown mengambil ratio dari nilai profit dan nilai floating, jadi Relative Drawdown ini boleh untuk mengesan awal apakah EA atau Teknik Trading yang anda pelajari benar-benar profit atau floatingnya berbulan-bulan hinggakan anda digelar teknik pengecut atau "harapan" kerana "top up" menambah modal dikala entry anda floating yang menghampiri margin call.

Contoh: 

Modal Usd2000, saat entry anda floating hampir Usd500, atau equity menjadi bertambah Usd2500 dan kemudian floating negatif Usd300, maka kiraan Relative Drawdown-nya adalah :
= ((2000+500) - (2000-300)) / (2000+500) x 100
= (2500 - 1700) / 2500 x 100 = 32%

Dengan demikian dapat disimpulkan, tidak menjadi masalah apabila nilai Relative Drawdown besar sepanjang nilai Maximal Drawdown-nya tetap kecil.
Yang sering jadi persoalan, Berapakah angka maksima dari Maximal drawdown yang bagus itu?

Pendapat penulis,ianya bergantung kepada emosi dan jenis teknik trading atau EA yang digunakan, untuk teknik trading atau yang menggunakan EA berjenis one shot one kill (satu OP satu close) yang paling bagus adalah Maximal Drawdown dibawah 10%.

KESIMPULAN BESERTA JADUAL DRAWDOWN.

Sewaktu anda memulakan untuk melakukan trading, anda tidak boleh hanya menetapkan target keuntungan yang akan anda raih. Anda juga harus menetapkan batas kerugian yang boleh terjadi sebelum anda memutuskan untuk melatakkan "sl" atau "cut profit"

Dengan kata lain anda harus menetapkan ‘drawdown maksimum’yang boleh terjadi.Ini adalah langkah awal dalam pengurusan risiko. Jika anda tidak melakukan pengiraan ini, sikap emosional yang terjadi apabila anda mengalami kerugian boleh menyeret anda ke dalam kerugian demi kerugian yang semakin membinasakan. 

Harus anda fahami bahawa dalam trading kemungkinan rugi selalu ada, bahkan pada trader paling hebat sekalipun. Yang membezakan trader hebat dan trader yang ‘merasa hebat’ adalah ini: 

Trader hebat tahu bila harus berhenti ketika mengalami kerugian, sedangkan trader yang ‘merasa hebat’ selalu yakin,over confident, biasanya akan mc secara berjemaah,dan sudah pasti digelar "the lagend mc trader".
Boleh jadi, beberapa kali keadaan memang berpihak kepada "the lagend mc trader"  ,dalam 10 kali trading,yang diikuti ratusan follower,bila profit,ditayang ss menjadi viral di "like" di facebook.Bila mc,senyap seribu bahasa.Tapi cukup 8 kali loss dari 10 (merugikan) yang berterusan akan dapat menghabiskan seluruh keuntungan yang diraih, bahkan lebih parah lagi akan dimaki hamun trader yang follow signal "the lagend mc trader",maka kebiasaanya trader yang "Berasa Hebat" yang bagi signal pasti "unfriend dan block" untuk meredakan keadaan

Dalam menetapkan drawdown maksimum anda harus menyedari bahawa semakin besar drawdown yang terjadi maka semakin rumit juga "cover loss" yang perlu anda lakukan untuk mengembalikan modal.


Jadi misalnya anda memiliki equity sebesar Usd10,000 dan anda mengalami kerugian total sebesar 50% dan equity anda tinggal $5000, maka untuk mengembalikan modal anda harus mendapatkan keuntungan sebesar 100%. 

Dan ini sudah pasti merupakan beban berat yang akan membuat stress dalam bertrading. Biasanya akibat stress yang berlebihan, anda akan kehilangan seluruh kapital dalam hitungan hari

Jadi langkah awal dalam management risiko adalah menetapkan‘drawdown maksimum’ yang boleh terjadi. Besarnya memang relatif, tapi aturan yang paling sederhana adalah:

Semakin besar equity maka semakin kecil pula drawdown maksimum yang boleh terjadi.


Jika anda memiliki deposit $100 tentu drawdown sebesar 50% masih sangat wajar. Akan tetapi ketika anda trade account dengan nilai melebihi Usd10,000 maka drawdown maksimum sebaiknya tidak melebihi 20%.





Apa yang terjadi jika drawdown maksimum ini tercapai? 
Satu perkara yang perlu segera dilakukan adalah menghentikan semua kegiatan trading untuk sementara waktu. Anda perlu masa untuk beristirehat selama beberapa hari. Setelah itu anda dapat belajar dari kesilapan dan mencari entry beserta "sl" yang munasabah yang sangat diperlukan sambil menanti pergerakan chart dan keadaan market kembali stabil dan anda santai mengambil entry dan profit dengan drawdown yang selamat.


Semoga bermanfaat,
W'salam. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :