Showing posts with label forex hero. Show all posts
Showing posts with label forex hero. Show all posts

Pegang 5 Kunci ini, Dunia Forex Milik Anda






👉Fokus
Kita selalu dengar nak berjaya perlu fokus. Tapi kita hanya dengar sahaja tanpa action daripada kita sendiri. Fokus pada trading, fokus pada satu teknik. Dalam bidang forex, ramai yang saya lihat mereka tidak fokus. Terlalu ghairah untuk kaya, nak cepat pandai tapi tidak fokus. Belajar terlalu banyak teknik tapi hakikatnya satu teknik pun dia tidak dikuasai. 


Kata Bruce lee “ saya tidak takut pada orang yang belajar 10 000 teknik tendangan, tapi saya takut pada yang selajar 1 tendangan dengan 10 000 kali latihan”



Percayalah, sekali anda belajar teknik baru, sekali lagi anda jadi newbie untuk teknik itu. 


👉Emosi 

Emosi antara perkara paling penting dalam trading. Ramai trader boleh tahan floating 20 usd tapi bila profit 2 usd terus take profit. Banyak perkara yang merosakkan emosi seorang trader antaranya apabila analisa yang dilakukan oleh trader tersebut tidak sama dengan analisa trader-trader lain. 


Faktor lain lemahnya emosi seorang trader ialah kerana kurangnya penguasaan terhadap sesuatu teknik, dengan kata lain, tidak tahu apa SOP teknik yang dipelajari. 



👉Pip 

Antara psikologi trader berjaya ialah keuntungan mereka tidak lagi dikira dengan banyaknya USD, tapi diukur pada bilangan pip yang berjaya dikutip.


👉Rajin Membaca


Ciri orang berjaya yang utama ialah rajin membaca. Nak berjaya dalam trading, ada jalannya. Anda lalui jalan itu dan anda akan terjumpa satu bilik, untuk masuk kebilik itu anda perlukan satu kunci, kuncinya ialah ilmu. Membaca ialah jalan utama untuk mendapatkan ilmu. Anda membaca artikel ini, insyaALLAH, sifat orang berjaya ada pada anda.


👉Sabar


Gagal itu proses, rugi itu proses, mc juga satu proses. Proses untuk berjaya. Proses ini bukan sehari atau sebulan, boleh jadi bertahun. Belajar daripada kegagalan dan kerugian, tulis sebab kerugian dan jangan ulangi lagi kesilapan itu .Pejam mata, sabar, Jalan terus.



Sabar yang penting dalam trading ialah apabila anda nak masuk position. Jangan terburu-buru masuk position hanya kerana anda melihat pergerakan pasaran sedang bergerak laju. 

[CARA MUDAH MENENTUKAN ARAH MARKET]

Salam sejahtera semua. Apa khabar ye rakan2 trader sekalian? Dah lama rasa Abam Man tak membebel dalam ni ek. Ada yang rindu tak? Kalau ada taip la “SAYA RINDU ABAM MAN” kat komen sekali. Hehe..
.
.
Abam Man nak ceta apa ye kali ni. Haaa..kita ceta psal macam mana nak tentukan arah market dalam forex nak?? Tak nak?? Haaa.. p main jauh2..tak yah nak gatal2 baca lagi.. Hehehhe… Abam Man gurau je. Jangan ler marah plak neh.
.


Contoh untuk menentukan UPTREND atau DOWNTREND.
Iskkk..dah2..melalut je lebih Abam Man nim..bila nak start ceta nim..dah ready popcorn n air soda bikabonat nim. Berapa banyak NIM daa.. hehehehe..
.
.
Ok2 get serius. Jadi macam mana cara mudah nak menentukan arah market sesuatu pair tu ek? Haa..meh rapat2 Abam Man nak ajar nim.
.
.
Penah dengar n guna trendline tak?? Camna nak jadi trader kalau basic forex trendline pun tak tau nim..iye dak?? Hehehe.. Ok2 camna nak gunakan trendline untuk tentukan arah market ye. Mula2 sekali kena tentukan di mana kita nak tarik trendline tu..samaada di body atau ekor. Mana2 tempat adalah valid untuk tarik ye.
.
.
Ok2 tengok contoh kat bawah untuk cara tarik trendline yer.

Contoh trendline SELL telah break di kotak kuning, maka untuk perjalanan market seterusnya kita akan focus kepada entry BUY pulak.
.
.
.

Contoh trendline BUY telah break di kotak kuning, maka kita akan focus untuk mencari entry SELL pula selepas ini.
.
.
Boleh faham tak nim?? Kalau tak faham nanti wasap Abam Man kat sini ye. Kita ngeteh2 minom kopi jantan. Abam Man tunjuk macam mana nak tarik trendline depan2 kasi line clear lagi.

.

Contoh tempat breakout trendline berlaku.
.
.
Kalau rasa artikel ni membantu, share la ye kat kawan2 lain. Semoga bermanfaat untuk semua ye.
.
.
Yang belum ada akaun dengan broker PIPHIJAULTD boleh la ushar2 link ni ye. Pilih je yang mana2 rasa berkenan di hati. Kami sedia membantu untuk daftar akaun.
.
.
--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/  

#piphijaultd #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.


Pssssttt - Yang nak dapatkan info lanjut mengenai teknik GST manual atau Expert Advisor (EA) GST boleh la berhubung dengan Abam Man ye.



APLIKASI ANDROID BANTU TRADER MAHIR FUNDAMENTAL

Assalamualaikum wbt, selamat berpuasa pada mereka yang beragama islam dan selamat sejahtera pada mereka yang bukan islam. 

Pada artikel kali ini, saya akan kongsikan satu aplikasi android yang mungkin dapat membantu anda serba sedikit dalam memahami FUNDAMENTAL VIEW di dalam forex. Didalam dunia forex, terdapat dua kaedah analisis yang digunakan trader antaranya adalah teknikal dan fundamental. 

Pada trader baru seperti saya pasti akan ada yang bertanya “Bro FUNDAMENTAL tu apa ?” Baiklah, mari kita lihat apa itu fundamental view.

APA ITU FUNDAMENTAL ?
  
Kaedah analisa market menggunakan fundamental adalah kaedah yang sering digunakan oleh kebanyakan trader diluar sana. Fundamental  merupakan kaedah analisa market dengan cara membaca data atau report yang dikeluarkan selepas berlakunya sesuatu event atau news. 

Melalui data inilah para trader dapat menjangka apakah trend besar dimasa hadapan. Terdapat beberapa tempat yang dapat kita gunakan untuk membaca data yang dikeluarkan antaranya di Forex Factory, Investing.com, Myfxbook dan banyak lagi. Keistimewaan fundamental adalah kita akan mengikut gaya Bank dan juga Big Player dan membuka position

BAGAIMANA CARANYA UNTUK MAHIR FUNDAMENTAL ?

Terdapat beberapa beberapa sumber yang boleh digunakan untuk belajar fundamental antaranya ialah aplikasi FOREX HERO di sistem android anda, dan anda bole muat turun aplikasi ini di Play Store anda.




Aplikasi ini dicipta oleh ForexIllustrated.com dengan tujuan untuk membantu trader memhami serba sedikit rumus dan terma yang kebiasaan nya digunakan dalam analisa fundamental, aplikasi ini menyedikan pelbagai quiz yang berulang ulang mengenai fundamental agar pengguna dapat mengingati apa yang kita pelajari dengan lebih cepat dan juga disediakan beberapa nota asas tentang inflasi, deflasi dan sebagainya. 

Tambahan pula, setiap soalan yang salah dijawab akan diperbetulkan dengan penerangan yang terperinci. Saya yakin selepas anda mencuba  dan bermain aplikasi ini, anda pasti akan mendapat asas fundamental yang kukuh. Saya sendiri memberikan aplikasi ini 5 bintang diatas usaha mereka memudahkan trader untuk mempelajarinya. 

Semoga artikel ini dapat membantu anda mendapatkan rentak untuk dimana perlu anda mula untuk mempelajari fundamental. Semoga kita berjumpa di artikel yang akan datang. Assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :