Showing posts with label huawei. Show all posts
Showing posts with label huawei. Show all posts

Trump Tak Suka Huawei

Google tarik balik lesen Android buat Huawei, ini apa yang anda perlu tahu

Google telah menggantung perkhidmatannya untuk Huawei lalu memaksa syarikat China itu memindahkan perkhidmatan perkakasan dan perisian.

SYARIKAT teknologi Amerika Syarikat, Google hari ini mengumumkan penggantungan perkhidmatannya untuk syarikat China, Huawei, sekali gus memaksa syarikat China itu untuk memindahkan perkhidmatan perkakasan, perisian dan teknikal.
Namun, perkhidmatan Google masih boleh diakses menggunakan telefon pintar Huawei menerusi lesen secara sumber terbuka (open source).

Bagaimanapun, pengguna telefon pintar Huawei sedia ada masih boleh mengguna dan memuat turun kemas kini aplikasi yang ditawarkan Google, kata seorang jurucakap Google kepada Reuters.

Katanya; “Bagi pengguna perkhidmatan Google, Google Play, serta perlindungan keselamatan Google Play Protect, mereka boleh kekal menggunakan perkhidmatan tersebut pada peranti Huawei sedia ada.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :