Showing posts with label hukum forex. Show all posts
Showing posts with label hukum forex. Show all posts

Hukum Forex Dan Jauhi 3 Perkara

Salam,

Penerangan video melalui Ustaz Abdul Somad Lc.
Beliau berpesan, jangan ada 3 unsur :

1. Tipu
2. Aniaya
3. Judi





Di bawah ialah komen dari sahabat saya, Tuan Sherhan di FB :
Ini pula rujukan posting piphijau tulisan beliau : KLIK SINI


As Salam ,
1st tentang fatwa majlis fatwa kebangsaan...dibuat awal tahun 2012, hasil nasihat dari kertas kerja ISRA, sebuah badan bawah bank negara.

[Support & Resistance]


SnR adalah satu konsep di mana pergerakan harga akan berkemungkinan besar untuk berhenti dan reverse pada harga tertentu. Yang mana ia akan menyentuh harga tersebut beberapa kali tanpa memecahkan tahap tersebut.


Tahap support adalah di mana permintaan dianggap cukup kuat untuk mengelakkan harga jatuh, manakala tahap resistance adalah harga di mana penjualan dianggap cukup kuat untuk mencegah harga naik lebih tinggi

Berdasarkan kepada maksub tersebut, bolehla kita huraikan SnR dalam bahasa mudah ianya adalah tempat di mana sesuatu harga itu akan bertahan daripada terus menurun atau menaik.


[Jadi apa kegunaan SnR dalam forex trading?]

SnR boleh digunakan sebagai tempat untuk entry atau take profit (TP). Untuk menentukan samaada sesuatu SnR itu kuat atau tidak adalah berdasarkan kepada berapa kali sesuatu tahap harga itu bertahan. Semakin banyak kali harga tidak mampu untuk menembusi tahap tersebut maka semakin kuat la tahap tersebut.


[Macam mana nak gunapakai SnR dalam trading?]
Antara cara yang biasa penulis gunakan untuk menentukan kekuatan tahap SnR adalah dengan melukis satu garisan untuk melihat berapa kali tahap tersebut telah bertahan. Boleh rujuk gambarajah di bawah untuk pemahaman.


Gambarajah 1 : Carta kosong tanpa sebarang indicator.

Gambarajah 2 : Tukarkan carta kepada LINE CHART (ALT+3)

Gambarajah 3 : Lukiskan satu garisan lurus di tahap2 di mana harga telah bertahan banyak kali. Bulatan merah adalah tahap Resistance, manakala bulatan biru adalah tahap Support.

Gambarajah 4 : Seterusnya tukarkan kembali kepada Candlesticks chart (ALT+2). Maka kita akan dapati harga telah retrace/reverse di kawasan yang telah kita tandakan dengan warna merah (resistance). Sekiranya harga mampu untuk memecahkan tahap Support di kawasan bulatan biru, maka pergerakan market adalah kuat untuk turun ke bawah


Untuk yang nak download nota dalam bentuk pdf boleh klik link ni ye. Share lah sekiranya dirasakan bermanfaat untuk semua. Doakan yang baik2 untuk penulis. Terima kasih.
.
.
Yang belum ada akaun dengan broker PIPHIJAULTD boleh la ushar2 link ni ye. Pilih je yang mana2 rasa berkenan di hati. Kami sedia membantu untuk daftar akaun.
.
.
--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 

#piphijaultd #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat
.
.
Pssssttt - Yang nak dapatkan info lanjut mengenai teknik GST manual atau Expert Advisor (EA) GST boleh la berhubung dengan Abam Man ye.



[Trick FOREX] - Close All Manual dengan Henpon

Salam semua rakan2 trader.
.
.
Hari ni abam nak share trick untuk close all entry secara manual tanpa skrip dengan HP. Pernah tak rakan2 hadapi keadaan di mana entry scalping atau lot gajah duduk dah biru.
.
.
Entry dah biru, takkan nak biarkan. Iyer dak??
.
.

Nak close satu persatu banyak lak layer yang ada. Kalau close manual mesti ada potensi untuk entry yang dah biru tu jadi merah semula. Kannnnn. Jadi acaner? Ada cara cepat ke dengan HP ni?
.
.
Ada cara@trick sebenarnya kalau nak close all secara manual dengan HP ni. Meh abam share neh.
.
.
Kan dah boleh close all dalam profit kannn..
.
.
Klik link ni. P sedut kat sana. Andai rasa bermanfaat kongsi la kat rakan2 lain ye. Semoga kita semua mendapat faedah dari trick ni.
.
.
Yang belum ada akaun dengan broker PIPHIJAULTD boleh la ushar2 link ni ye. Pilih je yang mana2 rasa berkenan di hati. Kami sedia membantu untuk daftar akaun.
.
.
--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/  

#piphijaultd #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat
.
.
Pssssttt - Yang nak dapatkan info lanjut mengenai teknik GST manual atau Expert Advisor (EA) GST boleh la berhubung dengan Abam Man ye.



Penjelasan kepada Fatwa HARAM forex di Malaysia

Salam,
Di hujung tahun 2014 yang penuh mencabar ini,penulis ingin merekodkan kenyataan dan penjelasan yang telus daripada "Profesional Trader" Atuk Pemalu FX bagi menjawab muzakarah JAKIM yang mengharamkan FOREX online untuk diurusniagakan oleh orang awam,mudah-mudahan perkongsian ini membawa manfaat yang banyak buat trader kita yang gundah gulana atau was-was mengenai fatwa yang dikeluarkan JAKIM.




https://www.facebook.com/forexprofit

MUNGKIN ARTIKEL INI SANGAT BERGUNA BAGI ANDA SEMUA YANG MASIH KELIRU DENGAN HUKUM FOREX. KALAU NK HARAPKAN PIHAK JAKIM, SURUHANJAYA FATWA KEBANGSAAN ATAU MANA2 JABATAN DALAM KERAJAAN, SEBENARNYA DIRI KITA DIANAK TIRIKAN OLEH KERAJAAN SENDIRI. SEBAB TU SAYA MENGAJAK ANDA BASE PADA SEORANG PROFESSIONAL TRADER KERANA PROFESSIONAL TRADER AKAN BERURUSNIAGA DI DALAM FOREX DENGAN CARA YANG BETUL.


Di ruangan terhad ini pihak kami ingin menjawab beberapa kekeliruan tentang hukum berkaitan dengan perdagangan matawang asing atau Forex ( forex exchange). Kekeliruan dalam memberi fatwa tentang haramnya perdagangan matawang asing timbul disebabkan dangkalnya ilmu tentang tentang perkara tersebut hanya melalui mendengar cerita tentang perlaksanaannya atau sekadar membaca artikel yang ditulis tentangnya di internet atau di mana- mana tanpa terlibat secara langsung untuk memahami proses perdagangan matawang asing ini dilakukan.

Sesetengah pihak begitu tegas mengatakan dan cuba membuktikan ianya haram sehingga menjengilkan biji mata untuk menegakkan hujahnya tanpa menilai secara kajian yang mendalam atau memahaminya terlebih dahulu dengan secara tepat. Pertama, beberapa pihak ada menyatakan bahawa perdagangan matawang asing pada hukum asalnya adalah harus dan kemudiannya haram berlangsung selama 24 jam sehari secara berterusan. Untuk makluman sidang pembaca, perdagangan matawang asing hanya boleh dilakukan 24 jam sehari dan selama 5 hari seminggu bermula Isnin hingga Jumaat sahaja secara online. 

Pada hari Sabtu dan Ahad, pasaran matawang seluruh dunia ditutup. Hanya pasaran Da Ma Cai, Sport Toto, Magnum 4D dan yang sewaktu dengannya dibuka secara “off-line” ( Ini hukumnya adalah haram tanpa adanya syak wasangka lagi ).

Mereka juga menyatakan bahawa berlakunya “Riba an-Nasiah” daripada pertukaran wang kerana tidak dilakukan secara “yadan bi yadin” atau dalam Inggerisnya “on the spot basis” atau dalam bahasa Melayunya “tangan ke tangan” atau dalam bahasa yang lebih mudah adalah “serah dan terima” atau qadabh. Di dalam perdagangan matawang asing tidak akan dibenarkan membuat pembelian atau penjualan sekiranya mudharib (trader) tidak mempunyai duit yang mencukupi di dalam akaunnya sendiri.


Ini bermakna Mudharib (trader) perlu menjual atau membeli atau dengan istilah lain menukar matawang bergantung pada nilai yang dimiliki bertepatan konsep “serah dan terima” atau “on the spot basis” qabadh secara hukmi. Di dalam perdagangan matawang asing tidak berlaku tempahan nilai matawang atau pembidaan nilai matawang. Apa yang berlaku ialah pembelian dan penjualan sesuatu nilai matawang yang dikategori oleh Ulama sebagai “ bay’u naqdu bi naqdi kas sil’ati “.

Nilai matawang yang diniagakan adalah dari jenis yang berbeza dan bukannya dari satu jenis kerana di dalam perdagangan matawang asing tindakkan berlaku jual beli pada matawang dari yang sama jenis. Contohnya dibeli (buy/long/mine ) atau dijual (sell/short/yours) matawang US Dolar bersamaan dengan Japanese Yen ( USD/JPY).

Great Britain Pound bersamaan dengan US Dolar (GBP/USD).

Mereka juga menegaskan bahawa perdagangan matawang asing adalah haram kerana transaksi diuruskan oleh sebuah institusi kewangan konvensional. 

Adakah muamalah di dalam Islam diharamkan untuk orang Islam berdagang dan berurus niaga dengan orang bukan Islam secara mutlak ? 

Bagaimana pula hukumnya sebuah bank konvensional yang menggaji pegawai syarie’nya untuk menjaga atau memantau kaunter Islam bank tersebut sedangkan selebihnya terlibat dalam riba dan haram? 

Dan pegawai syari’e tersebut terpaksa redha dengan selebihnya kerana alasan bukan dalam bidang kuasa beliau?
Memang benar bahawa Panel Penasihat Syariah Sedunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI) yang antara Panel Penasihat Syariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof Dr . Syeikh Wanbah Zuhayli, Prof Dr . Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani’ dan ramai lagi menyatakan bahawa transaksi antara matawang secara tangguh dan “ forward” akan menghasilkan “Riba an-Nasiah”. Tetapi perniagaan matawang secara tangguh dan “forward” tidak berlaku dalam realiti perdagangan matawang asing . 


Ini kerana setiap belian atau jualan hendaklah dilakukan secara langsung dan semasa ataupun “instant” dalam pasaran tanpa adanya penangguhan waktu dan “forward” walau sesaatpun.
Mereka menyatakan bahawa perdagangan matawang asing adalah haram kerana berlakunya SWAP. SWAP sebagaimana yang didefinisikan adalah “sebagai satu perjanjian atau kontrak di antara dua pihak bagi pertukaran bertempoh bagi sesuatu asset kewangan yang khusus, asset material atau kadar faedah. Proses ini hanya berlaku antara institusi kewangan dengan institusi kewangan yang lain sahaja. 

Apa yang berlaku ialah istilah SWAP dalam perdagangan matawang asing tersebut merupakan caj penyetoran dagangan (storage fees) untuk penjualan atau pembelian matawang yang melebihi 24 jam dan bukannya pertukaran bertempoh atau jualan matawang secara tangguh.

Mereka mendakwa bahawa perdagangan matawang asing adalah haram kerana konsep “options” yang didefinasikan sebagai ; ‘Satu kontrak yang mana hak diberikan (tetapi tidak menjadi kewajipan) untuk membeli atau menjual sesuatu item yang dipersetujui (sama ada dalam bentuk saham, komoditi, matawang, indeks dan hutang ) pada harga yang ditentukan. Tiada kewajipan bagi penempah untuk memenuhi tuntutan kontrak bagi membeli item yang ditempah, tetapi penjual hak item itu, wajib memenuhi tuntutan kontrak.”Dan beliau kaitkan “options” ini dengan penjualan benda yang belum dimiliki berteraskan hadis Nabi s.a.w yang berbunyi :
“Jangan kamu membeli ikan dalam air, karena sesungguhnya jual beli yang demikian itu mengandungi penipuan”. (Hadis Ahmad bin Hambal dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas’ud)

‘Options’ dengan penjualan benda yang belum dimiliki adalah topik dan perbahasan yang jauh berbeza . Nampak gayanya beliau terkeliru antara dua benda yang tidak berkaitan ini.

Kami memang akui bahawa ‘options’ adalah salah satu urus niaga yang terlibat dengan gharar dan riba serta hukumnya haram akan tetapi ianya tidak dibenarkan dan tidak berlaku dalam perdagangan matawang asing atau forex ( foreign exchange ) tetapi ianya hanya berlaku dalam ekuiti dan komoditi.
Mereka juga mendakwa berlakunya “futures” dalam perdagangan matawang asing dan ianya adalah haram bila terlibat dengan matawang kerana ianya membawa kepada “Riba an-Nasiah”. “Futures” itu didefinasikan sebagai : “ Satu kontrak komersial yang dibuat bagi melakukan pembelian atau jualan satu aset dalam satu kuantiti yang khusus pada tarikh akan datang yang khusus “ (Britannica Encyclopedia, 1988. 5/65). 

Para cendiakawan dan ilmuwan Islam membenarkan “futures” dilakukan dengan syarat kontrak komersial yang dibuat itu hanya janji dari satu belah pihak atau “unilateral promise from one side”.
Oleh itu, apa yang berlaku dalam perdagangan matawang asing adalah bertetapan dengan syarat yang diberikan oleh Ulama’ Islam dengan futures yang dibenarkan dalam perdagangan matawang asing adalah dikenali sebagai “pending order” dan proses perlaksanaan yang diberi kuasa sepenuhnya kepada mudharib (trader) tanpa gangguan atau campurtangan dari mana-mana pihak untuk membuat keputusan meletakkan dan meneruskan “pending order” tersebut atau sebaliknya.


Mereka mendakwa bahawa di dalam pelaburan perdagangan matawang asing terdapatnya Guaranteed Capital ( Jaminan Wang Modal tidak lupus) dan juga ‘Guaranteed Fixed Return’ (jaminan pulangan dan jumlah yang tertentu). Kami dapati dua unsur ini tidak berlaku di dalam perdagangan matawang kerana kami pernah berjumpa dengan mereka yang rugi berjuta-juta ringgit dan tidak kurang juga yang membuat keuntungan berjuta-juta ringgit. Itulah risiko sebuah perniagaan dan dalam apa jua perniagaan. Hanya mereka yang kuat dan kental sahaja akan bangkit dan yang lemah akan terus menjadi semakin lemah. Mungkin beliau tersilap faham tentang orang yang membuat skim Pak Man Telo dengan realiti perdagangan matawang asing.

Daripada penelitian dan pemerhatian yang kami lakukan serta kajian yang mendalam tentang bagaimana urusan serta perjalanan perdagangan matawang asing dilaksanakan, kami dapati tidak terdapat unsur-unsur atau terma-terma yang bercanggah dengan Islam. Setelah dihalusi tentang perlaksanaan dan perjalanannya untuk ketika dan saat artikel ini ditulis, tiada satupun yang bercanggah dengan kehendak syara’ atau terlibat dengan syubhah atau ribawi. Walaupun dibuat secara secara maya di internet, ianya mewakili akaun dan duit yang sebenar serta berhadapan dengan risiko yang tinggi kepada sesiapa yang berurusan dengan perdagangan matawang asing ini.


Kredit to:
Atuk Pemalu Ftt Fx

Di bawah ini penulis berkongsi kepada anda penjelasan daripada Ustaz Ahmad Dasuki mengenai forex kerana beliau "Ahli" dalam bidang muamalat ini.
Semoga bermanfaat.




Buat newbie Forex. Pesanan ikhlas

Perniagaan Forex Halal atau Haram Menurut Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani

Hukum forex

Dalam Kuliah POP 11-04-2013 bersama Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah membahas tentang Perniagaan Forex

Salam Semua..
Panggil je Along..

http://facebook.com/synergyrush



Saya seorang kaki game di cyber cafe..tahun 2003 buat pertama kalinya mengenali forex melalui Broker North Finance.

Deposit Usd100.hangus semua.

Deposit Usd300 sekali lagi menjadi ke Usd1000++ .

Kusangkakan panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari.Apabila hendak withdraw agen broker email pelbagai alasan.
Akhirnya North Finance hanya tinggal nama dan berkubur.Trader Senior mesti mengenali platform ini.

2004 along hampir berputus asa bila dengar FOREX.Namun masih belum putus semangat nak belajar.

Bila nak duduk dekat dengan trader forex professional,along dihalau pula dari duduk dekat dengan trader-trader melayu kita."Kau belum Layak". :)

2005,along mengenali Marketiva,kini re branding AGEA JINRONG.
Bermula USD5 percuma..Kemudian jatuh ke Usd0.20 sen.
Dari sini along belajar sesuatu,kenapa aku tak berguru.

Dari situ lah akaun Usd0.20 menjadi USD100 dalam tempoh sebulan.Kemudian terus konsisten ke usd5000 setiap hujung bulan.

Along withdraw Usd3k @ Usd4k buat urusan bayar hutang,infaq dan kegunaan peribadi.


Along silent trader sebenarnya,bukan Full Time Trader sehingga kini.
Masih kena stop loss.Namun peratusannya along dapat kurangkan.

Selepas berguru dengan 3 orang guru..
Alhamdulillah sekadar usd300-usd500 sehari tidak lagi mustahil.
Dan yang penting secara konsisten sehingga hari ini.
Rezeki forex ini adalah income pasif saya yang ketiga disamping kerjaya Oil and Gas dan
New Wave marketing.

Mudah2han Allah buka satu lagi cabang rezeki buat anda  ..in sya Allah
Forex = Foreign Exchange = Tukaran Matawang Asing

Orang yang main forex dipanggil = Trader

Terminal graf forex dipanggil = platform


Rezeki Allah ini luas..
Forex adalah salah satu seni buat duit yang ramai orang tidak tahu atau
Atau ada sesetengah orang tahu tapi mereka rugi kerana kekurangan ilmu.
Belajar forex harus jika ada ilmu dan guru..

Haram jika main macam 
berjudi..

Macam mana nak berkat dan rezeki melimpah jika platform (Tempat Trading Forex) yang kita trade juga ada interest dan riba'.

Forex adalah perniagaan antara takut dan tamak..
Dapat atasi keduanya,forex itu lubuk rezeki.
Saya hanya berkongsi ilmu dan rezeki yang ramai tidak tahu.
Dan orang yang tahu ilmu Forex ini takkan bagitau.

Panduan 1:

Along cadangkan broker XM buat yang mengenali MT4 .
Islamic Account.Tanpa Swap dan Riba'.
Boleh deposit withdraw guna debit kad anda.
Disini panduan daftar.100% bonus mengikut promosi bulanan.



Panduan 2:
Anggap forex ini satu perniagaan.
Klik sini  

Along ada sediakan  jadual (copy paste dalam word) dan patuhi step by step.
Saya dapat dari 3 orang guru..
Kesemuanya jutawan dengan modal mula mereka kecil antara usd100-usd500
Kalau boleh print dan tampal.
Beli satu buku khas untuk trade forex.
Target setiap hari 2 , 3 posting sahaja (sebaiknya satu posting sehari)..
Biasanya lebih dari itu ikut nafsu..
Patuhi jadual..InsyaAllah Berjaya.

Panduan 3:
Buang tanggapan ini :)
Tanggapan 1 : "Jika saya tahu bermain saham, maka saya
juga tahu bermain forex..."
Tanggapan 2 : "Pasaran Forex buka 24 jam sehari.. Jadi sayaboleh buat duit bila-bila masa"
Tanggapan 3 : "Di dalam forex tiada "trading fees..hentam je"
Tanggapan 4 : "Anda perlu bertindak berdasarkan ramalan
yang akan berlaku ke atas pasaran Forex.."Maka.. boleh buat trading
banyak-banyak dalam satu hari..."
Tanggapan 5 : "Strategi yang rumit dihasilkan, adalah strategi yang terbaik..."





Mohd Zubir Amry Bin Ghazali
"Dari Budak Kampung ke Super Tader"
2003-2014
Disini along ada simpan bukti profit forex terkini


More u learn,More U EARN.
Seminar Jelajah Malaysia






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :